AHAD, 06 JUN 2010
Bangun pagi amatlah lambat, sambung balik tidur lepas subuh :) dah nama nyer pun cuti kan. Disamping makan dan berjalan-jalan di waktu cuti, qada tidur juga adalah penting. Dalam pukul 11pagi macam tu baru kita orang keluar bilik, pergi bayar duit bilik di opis Paloh Inn yang terletak di Butik Nordin Batik. Sambil membayar kami ambil kesempatan meninjau batik yang ada kat situ. Cantik cantik dan mahal mahal jugak. Tak sampai tahap aku lagi untuk beli batik ni. Tak ada pun Kak Long beli topi, sebab takut muka dia kena 'Sunburn' ... cheh jaga muka la sangat minah sorang ni.
Yang best nyer, Hilman boleh lak jumpa songkok Jawa ni kat Butik tu.
Sukar bukan main lagi dia. Tahu ler dia JAWA kan.
Siap dia suruh aku snap gambo dia banyak banyak lak tu ...
Iyolah Wak Hilman, tapi kan hensem gak si Jawa sorang ni.
Dia excited siap paling sisi sebab nak tunjuk kat songkok Jawa tu ada toncet kat belakang dia.
Destinasi seterusnya setelah men'yetel'kan (jangan ler ada guru bahasa baca blog aku :) bayaran untuk penginapan kami bagi 4 hari 3 malam di situ. Kami berpusing pekan nak carik Pasar Siti Khadijah. Orang katakan kalau tak datang sini tak sah ler datang Kelantan. Sebab ngeri dengan kisah makan warung semalam. Hari ni kita orang makan kat atas ni haa. Rasa selamat sikit. Dan sedap jugak. Selama ni baca kat paper jer pasal Radix Fried Chicken, kat KL tak jumpa la lagi kan.
Shopping Centre yang kita orang singgah ni betul betul sebelah Pasar Siti Khadijah. Tak sangka aku, banyak sungguh Shopping Centre besar besar kat KB ni. Kami parking kat sini jer. Senang sangat, tak macam macam dulu dulu, berpusing dan berjalan jauh untuk ke Pasar Siti Khadijah. Budak pompuan kat atas ni tengah senyum keriangan sebab perut kenyang.
Masih kat dalam Shopping Centre yang baru di buka ni,
masih ada banyak lot kosong kat area Medan Selera di Tingkat 3.
Aran dan Hilman suka sampai melompat...hik hik hik
Masa turun tu terjumpa poster besar yang comel kat situ.
So budak bertiga yang perasaan sangat comel ni pun,
sajerlah nak meniru gelagat bebudak kat dalam gambo tu
Benda ni dulu yang kita orang nampak masa kat Siti Khadijah.
Masa ni baru kat Tingkat 2. Tak singgah kat Tingkat Bawah,
sebab kat situ jual barang basah jer
Murah murah, tak macam harga kat KL,
rambang mata lah pulak tak tahu nak pilih yang mana satu.
Bebudak lelaki ni pun sibuk suggest yang itu lawa yang ni tak lawa
Macam pandai jer ...hehehehe
Sungguh menarik, tak akan dapat dilihat di pasar pasar yang lain ;)
Sempat 'snap' gambar ni, mak cik tu tengah tunggu pelanggan beli sayur-mayur dia
Masa ni lak kat Tingkat 2 juga lepas puas merayau kat Tingkat 3 iaitu tempat jual kain baju. Kat Tingkat 3 tu punyalah panas giler, sampai kita orang tak boleh duk lama. Jalan gitu jer. Tak beli apa apa pun :D Mak aku ni setiap kali dia balik Kelantan dia mesti terjah mak cik kat atas tu. Macam macam le dia borong ... serunding, dodol, keropok, popia comei entah hapa hapa lagi tah. Korang tengok ler, Mak Cik tu punya barang kemas hampir penuh satu badan, pendek kata kalau hantaran orang kata "SERBA BERDIRI" hehehehe. Pakai baju pun lawa jer, macam orang pergi kerja opis gitu.
Aku dengan anak anak aku memang tak tahan panas.
Parking elok jer depan kipas. Tu yang boleh tersengih tu.
Kalau Kak Long dengan topi dia, aku lak kemana mana mesti ler bawak payung.
Yang ni baru sempat nak 'snap' gambar KB Mall, walaupun dah banyak kali terserempak. Anak anak aku sibuk nak singgah. Tak tahu lah apa yang dia orang nak carik kat sini. Nak sangat singgah. Jalan KB agak sesak lah jugak, sebab cuti sekolah kan, ramai orang balik kampung dan bercuti. Termasuk ler kita orang ni termasuk dalam rating yang menyebabkan kesesakan kat KB ni :)
Lupa lak ... aktiviti petang adalah merayau ke rumah sedara di Telipot. Tak sempat nak hambik gambo, sebab masa tu aku pening giler sampai muntah muntah. Aku memang alah kalau kejap panas kejap sejuk. Balik Paloh Inn terus aku tido. Makanan anak anak dan Mak pun, abang ngah aku belikan. Sebab aku tak larat nak drive.
5 comments:
salam ros..begitulah uniknya kb..kalau kekb tak sah kalau tak kepasar siti khadijah n pasar buluh kubu..walaupun keadaannya sesak namun pasar siti khadijah menjadi lokasi penting untuk dilawati..ros tak kerantau panjang n pemgkalan kubur ke..
rumah makcik dikubang kerian..lain kali datang beritahu ya..
kelainan yang ada kat Kelantan(yang saya sgt2 perasan masa kali pertama pergi)iklannya semua dalam tulisan Jawi dan kalau wanitanya semua bertudung hehehe...
Masa ila dan along serta adik pergi dulu kami menginap di hotel yang beberapa langkah je sampai ke Pasar Sii Khadijah..tapi ila tak langsung menjejakan kaki di sana..(terasa malas)duk melepek kat hotel je..dan hanya berjalan ke Pengkalan kubur..Tapi tak beli ape pun(borong narita jer 3 beg).
Pasar malam yang berhampiran pun tak menarik langsung cz tak de sgt org berniaga berbeza pasar2 malam di Terengganu.Tak sempat ke Wakaf Che Yeh,sebab terperasan duit along hilang RM500.duduk 3 hari 2malam balik terus ke KL dan rupanya duit tersebut tercicir di hall rumah kami huhuhu...(potong stim betuk nak bercuti panjang)
kak,sori terkomen panjang..saje2 suka nak berkongsi cerita..tak pe kan ? :))
mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)
Memang lah Mak Cik, tetap ada ke'unik'an nyer Pasar Siti Khadijah ni. Macam macam ada kat sini.
Saya ke Rantau Panjang hari Isnin. Abg Ngah saya tak nak pergi hari Ahad, sebab dia kata, ramai orang hari Ahad.
Rumah Mak Cik di Kubang Kerian yer, dekar spital ker? Okay, next time kalau balik Kelantan ... InsyaALLAH
kakzie - Salam Zie :)
Wah! nasib baik jumpa balik duit tu. Padan pun tak nak keluar bilik, mood terbantut rupe nyer. Rugi wooo ... banyak benda menarik kat KB ;)
Eh! Zie nak komen panjang panjang lagi akak suka. Tak per la Zie. Seronok berkongsi pengalaman dan rasa kan.
dapat shopping barulah happy si anak dara..ye kak?
macam dah bersih bbanding dulu kak..
Post a Comment