Thursday, June 17, 2010

CUTI @ KELANTAN DAY 3

ISNIN, 07 JUN 2010



Setelah mendapat tidur yang cukup, dan sakit kepala pun dah hilang. Maka bangun pagi dengan penuh keceriaan dan kelaparan. Nasib baik la stok makanan beli kat Tesco banyak lagi. Dalam pukul 10 pagi baru keluar Paloh Inn. Destinasi seterusnya adalah ke Warung anak sedara mak aku merangkap sepupu aku, di tengah tengah pekan Kota Bharu, berhadapan dengan KB Specialist dan IPD Kota Bharu. Waktu sampai tu, nasi lemak dan nasi berlauk semua dah abis licin, yang tinggal adalah roti canai. Roti canai pun jadik, yang kelakar nyer sorang makan sampai 2 pinggan. Tapi serius, roti canai dia sedap. Aran hampir makan untuk pinggan yang ke 3 :D ... mentang mentang ler tokeh kedai belanja.... sungguh tak malu hik hik hik.


Destinasi seterusnya adalah ke Pekan Rantau Panjang. Satu lagi tempat wajib pergi setiap kali ke Kelantan :) Lalulintas amat amat lancar, dan cuaca amat cerah sekali. Dalam lebih kurang 30 minit jer dah sampai. Sepanjang laluan dah tak sunyi lagi, macam dulu dulu lengang jer kiri kanan jalan. Sekarang dah berjujut rumah dan kedai naik macam cendawan lepas hujan.



Bukti kena tunjuk, dah sampai pun. Sebab tak ada gambar lain kat Rantau Panjang. Masa tengah membeli belah tu tak ambik gambo pun. Tak beli apa pun. Tujuan utama ... Hilman dan Aran nak beli Pistol jer. Kak Long beli beg, mak dia beli baju. Iqa tak ada beli apa apa pun. Hajat hati nak lah beli pengukus cap buaya tu kan, tapi mengenangkan tak ada space dalam keta nak bawak balik, so hajat yang murni tu dipadamkan lah dari kotak ingatan. Next time, kena datang Kelantan bawak lori lah pulak. Baru sedap membeli belah. Tengok Narita pun macam nak beli, tapi memang tak ada space nak mengangkut bawak balik KL kan ... Hu hu hu



Tiap kali ke Rantau Panjang, aku akan tercari cari rumah ni. Sejak 10 tahun dulu lah gitu. Macam gah sangat, ke'emas-emasan' ... anak anak aku tengok pun, mesti bunyik "WOW!" . Sapa ler punya rumah ni.



Balik dari Rantau Panjang, singgah di KB Mall. Tercapai ler hajat bebudak nih. Kami makan tengahari di sini. Boleh tahan lah, sodap ... aku ni memang main sedap jer semua makanan. Aku kan memang suka makan ... hehehehe



Lepas makan Abang Ngah, Kak Ngah dan Mak Tok serta Farisha balik dulu. Dah tu anak anak aku, Aiman, Endi dan Mak Su, semua tak nak balik lagi. Nak tawaf KB Mall dulu. Tu yang cari Amusement park kat situ. Kecik jer ... 1 lot kedai, jadilah nak lepas gian.



Aran pulak baru jer berapa hari duk KB dah mengidam Mc Flurry. Kak Long nak cari 'Jeans' sebab stok nak pakai untuk hari seterusnyer dah abis. Aiman nak carik 'Sneakers'. Kalau ikut kan hati, kita orang nak berlama-lamaan lagi kat sini. Tapi lepas tu Abg Ngah call suruh balik, sbb bilik aku aircond rosak, dan orang yang jaga kunci ada sampai pukul 7 ptg jer. So kita orang terpaksa berpindah bilik. Maka dengan berat hati kita orang pun balik ler, tak puas lagi ronda KB Mall. Nasib baik barang semua dah beli.



Lepas pindah bilik dan solat Maghrib, kita orang keluar lagi. Kali ni ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Jalan jalan cari makan. Tak nampak laut pun, dah tu sampai pun dah malam. Hambik gambo jer lah sambil main main pasir. Next time, kena datang siang siang pulak.


Singgah makan di Gerai berhadapan PCB.
Macam best jer gerai ni, tapi memang best pun.
Makan Nasi Kerabu dan 'Seafood' goreng.
Biasa ler aku, kalau bab makan ni tak banyak komplen punyer ;)


Macam macam ada, sotong, ketam, udang, ikan, bebola ikan, keropok lekor dan entah hapa hapa lagi lah. Hehehehe ... makanan dah masuk perut, baru ingat nak 'snap' gambar. Ini jer lah yang tinggal.

Aran memang yang paling enjoy giler makan 'Seafood' tu. Non Stop dia mengunyah, banyak jugak lah dia makan. Masa balik dari PCB tu, kami berhenti di kedai kedai yang jual batik kat tepi jalan. Tak sangka aku, batik kat sini lagi murah dari tempat lain. Kalau aku tahu, tak yah beli kat tempat lain. Design dia pun cantik dan lebih kemas. Tak per, tak per ... lain kali ada lagi kan ;)

12 comments:

ayang said...

Ni buat i jelous ni... Terliur nak makan sotong celup tepung tu.. Dah la puasa.. Nak jugaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkk
Nak Jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Anonymous said...

salam ros..kalau nak makan sotong,ikan n udang celup tepung yg paling sedap ialah dipenarik..kakyam yg tinggal dikk pun sanggup pergi kesana..dipcb tak sedap..roskan datang ikut jalan pantai mesti passed that restaurant..
hehe sampai juga ros dan rombongan kerantau panjang..nak makan nasi kerabu sedap ialah direst.yati nasi kerabu n ayam percik..
rumak makcik di kg.binjai...about 1 kilometre from the crossroads..jalannya arah ke bukit marak..jemputlah ya kalau datang kekb lagi..beritahu makcik bagi tel.rumah.

ummu said...

salam Ros
sedapnya sotong tuu
bebrapa bulan lepas sempat juga menjenguk rantau panjang ni.

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Alamak... seronok betul your CCPT ni ya? Jealous sungguh I. Bab shopping tu tak sangat le tapi bab makan tu. Sungguh menggiurkan.... macam nak mengigau tengoknya. Anyway, Have a Real Good Time and Safe Driving. Agak2 kalau singgah Pantai Kemaman on the way balik, singgahlah gerai sata yang dekat pejabat perikanan dia tu. Kalau tak silap I namanya Gerai Sata wan Embung. Out-of-this-world dia punya sedap... Everytime we make a trip to Pantai Timur, we will always stop there. Beli sampai 25 tangkai - betul ke penjodoh bilangan I ni? 1 tangkai tu ada 8 sata. Heaven, Babe! :-D

Anonymous said...

nape x dtg umah i???
umah i kat rntau pnjg!!!!!!

My Life My World said...

ayang - Salam Yang ;)

I memang sengaja nak jelez kan u pun :) Diwaktu posa ni kan macam macam nak makan. I tengok gambar ni balik pun, tetiba jer rasa ... LAPAR. Hehehehe...

Tapi kan Yang, tak leh lawan Sotong, Udang Bakar kat Lapangan Terbang KT tepi laut tu ;)

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Macam ni kalau ke Kelantan semula, wajib nak jumpa Mak Cik ni. Memang ada lalu Penarik, bagi kita orang yang tak tahu ni, memang okay jer makan kat mana mana pun.

Mak Cik nanti buatlah post khas, kat mana tempat paling best kat Kelantan untuk shopping dan makan. Boleh jadikan pedoman. Tapi Info Mak Cik ni pun dah cukup bagus ni ;). Thanks Mak Cik ....Sayanggggggggggggg Mak Cik :D

My Life My World said...

ummu - Salam UMMU :)

Terima kasihlah sudi datang singgah Blog Acik. Sotong tu memang sedap, lebih lebih lagi tang telur dia kan. Berebut kita orang ... hehehehehe

Mesti banyak ni UMMU membeli kat Rantau Panjang kan ;) Eh, saya dah masuk blog awak ...Nice Blog :D

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam MM :)

Pergi mana mana pun, bab makan la yang paling sedap. Tu ler anak anak I kalau berjalan lapo memanjang :)

Wah! MM duk jauh kat sinun pun masih teringatkan Sata kat sini yer. Mesti sedap abis tu. Tapi sayang la, kita rombongan kita orang tak singgah Kemaman. Tahu rasa nyer tempat tu. Insya ALLAH nanti kalau lalu sekali lagi nak singgah lah. GERAI SATA WAN EMBUNG ... Thanks MM :)

My Life My World said...

Jantan Keparat - Salam JK

Terima kasih sudi singgah Blog saya yer. OH! Rumah awak kat Rantau Panjang yer. Laaaa ... Kalau tahu sure singgah, tapi takut menyusahkan pulak. Kita orang ni ramai sangat, nanti ada lak orang kata rombongan meminang pulak kan ... hehehehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

salam kak.

saya macam turut ikut berjalan rasanya..seronok.


tengok gaya Aran makan memang sedaaaaplah sangat. laporlah pulak ni..

ok kak. take care.

nak gi siapkan bekfes.

My Life My World said...

azrina03.07 - Salam Rina ...

Macam laporan kan setiap kali kena buat bila pergi kursus ...hehehehe

Rina, pergi lah jalan jalan ke Pantai Timur, best ...cuma kena tahan suhu panas sikit la.

Wah! bangun tidur terus buka tenet ler ni yer, breakfast kendian ;)