Friday, June 25, 2010

DEMAM PIALA DUNIA 2010

Turut jugak melanda rumah aku. Tapi tak lah teruk pun demam Piala Dunia kat rumah aku ni, ada ler ALA ALA SUAM SUAM KUKU gitu. Nasib baik ler aku ada 2 orang jer anak lelaki, dah lah 2 orang ... kocik kocik lak tu. Kalau la aku ada 10 orang anak lelaki mahu tercabut bumbung rumah aku dengan jeritan masa tengok bola tu.



Kecik kecik pun tetap nak ikuti perkembangan Piala Dunia. Tak penah penah bukak paper, alih alih masa Piala Dunia ni lak rajin nak baca. Tapi bukak mukasurat belakang jer lah, tang SPORT. Berebut dua beradik ni nak tengok paper dulu. Siap kalau aku balik kerja, dia orang tanya "Mak, bawak balik paper tak?" ... hehehehe




Masa belum start Piala Dunia lagi budak kecik 2 orang ni dah start ber'qasidah' kat telinga aku, suruh beli T-Shirt kegemaran pasukan masing-masing. Kemain tu, dah ada 'Favourite Team'. Hilman dengan SPAIN dia, Aran lak dengan PORTUGAL. Nak tahu kenapa Hilman suka SPAIN ... sebab ada Fernando Torres ... yang juga pemain LIVERPOOL untuk EPL.




Dan Muhammad Farhan lak sebab .....Haa ... mamat kat atas ni ler punca Aran sokong sangat kat PORTUGAL. Sejak Christiano Ronaldo main untuk Manchester United lagi, dia dah minat kat mamat ni. Masa Portugal lawan Korea Utara awal minggu ni, bukan main suker lagi Aran bila Portugal menang dengan 7 gol tanpa berbalas. Malam ni pukul 10.00 malam waktu tempatan, Portugal lawan Brazil ... dia dah siap 'booked' nak duk depan TV tu. Aku takut TV lak yang tengok Aran malam ni. Budak kicik ni mana tahan berjaga malam.


Sampai tersenget suratkhabar tu, kusyuk dan tawaduk nyer dia membaca pasal bola. Dah ler paper lagi besar dari orang. Lupa nak cerita ... Kak Long pulak minat Holland. Iqa sure minat Team yang ada player paling ramai hensem, yang tu ler favourite dia ... hehehehe ... Aku? ..... Aku pulak, siapa yang menang piala dunia nanti, yang tu ler aku minat .. hikhikhik

6 comments:

Anonymous said...

salam ros..rumah makcik tak dijangkiti demam bola..tapi semua demam ..hehe
rumah makcik demam ragbi..semua suka tenguk ragbi..pelek kan..

Mrs Taz said...

yeay Aran give me 5 ... kita sama sokong portugal sbb player no 7 -CR hehe

Noorul Wawan said...

sama la kak.. Yg mane menang World Cup nanti, yg tu la yg saye minat.. hehe

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Makcik Meriam :)

Selamat la dari kebisingan dan merebut channel kat rumah mak cik kan. Marissa dan Muzafar best ler layan kartun tanpa gangguan... hehehe

Pelik jugak tu, memang susah nak carik satu rumah suka ragbi. Mak Cik pun mesti suka ragbi jugak kan ;)

My Life My World said...

Mrs Taz - Ha'ah ... minat giler kat CR tu. Kebetulan Aran pun lahir 7 Januari ... lagi ler suker player No. 7 tu. Favourite number dia tu ;)

My Life My World said...

Noorul Wawan - Salam Noorul

Hehehehe ... sama yer kita. Ingatkan tak ada orang macam akak. Tapi si Wawan tu mesti ada Favourite Team dia kan. Minat apa lah dia agak nyer.