'Three Stooges in action'
Yang dikatakan tak berapa nak tegar tu, sebab apa kan ... sebabnyer aku tak berapa nak rajin 'up-date post'. Walhal setiap aktiviti rajin jer aku ambik gambo, berkobar kobar nih konon nak masuk dalam blog. Sampai Kak Long kata "dah dah lah tu mak" .. hehehe.
Aku suka gambar ni, nampak Hilman sayang kat adik dia ... hehehe
Tapi tak lah jugak aku nak mengemaskini blog pun. Lastly tersimpan jer lah gambar tu dalam PC. Itu kira baik jugak tu bila tersimpan dalam PC, kekadang tu tersimpan dalam camera, terus tak bawak keluar transfer ker PC/Laptop.
Aktiviti paranormal kali ni berlaku lebih kurang bulan lepas. Diulangi .... bulan lepas! tak lah lama sangat kan kan kan :) Seingat aku lah sebelum anak anak cuti sekolah penggal ke dua. Aku baru tersedar sebenarnya bila tengok post Azrina.03.07 .... tiba tiba, Eh! Aku pun ada ambik gambar la kat Taman Tasik Perdana. Tu yang mencari semula tu...
Presenting ... our next Supermodel in making 'Sarah'
Kami pergi satu kereta jer, tujuan utama nak bawak anak anak dan anak sedara aku yang comel lagi vogue ... Sarah dan Yayah. Sebab dah lama jugak lah tak datang kat Taman. So lepas hantar Kak Long ke Perfection ... off we go to Taman Tasik Perdana.
Mak Tok tengah sedap menjamu selera
Sebelum tu Mak Tok a.k.a. mak aku singgah beli nasi lemak sotong kat Tangling, Mia's Mom ... I sajer nak kasik u terliur, nanti U balik Malaysia I belanja ek ;) hehehehe. Beratur panjang lah jugak. Berduyun duyun orang. Maklumlah pagi Ahad. Mak Tok first time makan, dia kata sedap banget. Nanti nak datang dan beli lagi, biar pun beratur panjang.
Main badminton sambil diperhatikan oleh Dinasour
Lepas tu carik pot baik punyer. Banyak nyer kereta weih. Parking yang biasa aku letak kereta semua penuh. Berpusing dan kena jalan jauh jugak lah. Hilman dan Aran siap bawak Raket lagi. Ece ce ceh ... maklum ler baru lepas abis Piala Thomas masa ni. Macam gitu ler bebudak, sekarang ni sibuk lak dia orang main bola, sempena Piala Dunia 2010 ... ikut musim. Kita dulu dulu pun cam gitu jugak. Hehehehe...
Ni ler Yayah, adik Maisarah ... dan Nanny nyer Fatimah
Dapat lah satu meja kosong, dekat jer dengan playground. Lupa nak bawak alas meja. Aku bawak tikar jer, sebab ingat nak stand-by kalau tak ada meja. So boleh ler duk atas tikar jer. Tapi sebab dah ada meja, so tikar tu jadi ler alas meja. Semua orang siap bukak bungkusan nasi lemak yang harum semerbak ... perghhhhh ... :)
Main puas puas Man, nanti lagi 2 tahun kau tak leh main dah :)
Lepas makan anak anak semua bertempiaran melarik kan diri ke Playground. Main buai ler, gelongsor ler ... layannnnnnnnnnn. Puas main kat Playground, main badminton lak. Masa tengah tengah main badminton tu ler, kita orang dengar ada orang main 'Bagpipe'. Kuat giler bunyik nyer.
Aku siap pergi menyiasat dengan Aran, mana datang bunyi tu. Mana lah tahu kut kut 'School Band' mana mana ker, leh menebeng tengok dia orang praktis. Usha-usha, jumpa lah 2 orang Mat Salleh tengah main benda tu. Sedap gak bunyi nyer ... ada music live di tengah tengah taman. Ini mesti lepas gian, kalau kat rumah mahu orang sebelah menyebelah marah kut.
Terima kasih lah sayang jadi model mak... ikut jer apa mak suruh kau buat kan.
Main punyer main punyer main ... nengok nengok dah pukul 11++ dah. Alamak! Kak Long keluar 11.30. Jadi nyer dengan kaki dan hati yang berat kena lah balik. Sampai dekat Kepong dah pukul 12.00 tengahari masa tu. Kak Long dah tunggu dalam Mc D yang berhampiran.
Mari ambik gambar ramai ramai yer ... tak nak lah berbaris kan, dah 'klise' style tu
Memang aku tak bagi dia tunggu sorang kat luar Perfection kalau hari Ahad. Sebabnyer ramai orang kulit hitam baru keluar gereja berhampiran time tu. Bukan 'racist' yer, tapi berjaga-jaga. Takut gak aku, sebab banyak cerita tak best yang keluar tentang onar orang kulit hitam ni buat pada orang tempatan. Lebih lebih lagi kat area Kepong ni. Minta dijauhkan.
Lastly... inilah post blogger yang tak berapa nak tegar.
Harapnya akan lebih tegar selepas ini. AMIN :D
12 comments:
eee..nama saya ada ! kekeke..
Memanglah kak.. bebudak ni tak puas2 nak main. Tu pun baru pergi playground yg kat dkt entrance tu. Belum pergi yg dekat dgn toilet tu lagi.
Minggu ni mungkin bawak dorang pergi butterfly park pulak. hari tu tak sempat. Itupun kalau takde apa-apa hal.
salam ros..seronok tenguk gambar2 tu lebih2 anak teruna ros hilman yg pandai bergaya tu..
emak ros masih lagi kuat..salam padanya ya..
maisara dah besar la.
mne gambar kak long and iqa?
wahhhhh bukan main, asyik berjalan je.
hey, hai? mak tok. lama tak jumpa.
Salam Acik :-D
You ni memang menyakat tahap Gaban la... Balik nanti kita jumpa ek? Makan2 kat Tangling. Kalau LG balik gak masa tu, kita angkut dia sekali :-D (Tu lah, sebenarnya I pun tak sure bila I balik - tapi tak kira, kita mesti pergi jugak makan Nasi Lemak Tangling - Mak Tok pun angkat sekali :-D)
Eh! Sarah tu bukan ke yang mintak permission jadi menantu you? Waa... menantu tahap Supermodel tu :-D
I pun macam tu juga lebih kurang Acik, gambar banyak - tiap2 kali snap, mesti ada draft cerita nak masuk blog tapi, hm.... hampeh jugak. Lagi pulak sekarang ni sedang "hyper" nak siapkan dissertation. I target kurang2 siap buat data dengan analysis dalam first week of July. Sebabnya lepas tu nak la jugak merayap. Rasa macam ada batu sebesar Batu Caves atas kepala I dah ni! Bila I cakap I stress kat my husband dia kata, Ha siapa yang nak belajar dulu?" Padan muka I. Hopefully batu tu pecah tak lama lagi :-D
azrina.03.07 - Salam Rina :)
Credit mesti bagi kat Rina, sebab Rina la akak teringat kan gambar gambar ni semua. Hehehehe ...
Nanti jangan lupa pergi Taman Burung jugak tau. Best kat dalam tu, kalau nasib baik boleh jumpa Burung Kakak Tua yang pandai bercakap. Boleh la lawan cakap dengan anak anak U yang comel tu ;)
mohdandmeriam - Salam Makcik Meriam :)
Hilman tu memang perasan hensem sikit ... hahahaha. Ikut perangai sapa lah tu ;) Insya ALLAH, nanti saya sampaikan salam Makcik Meriam kat mak saya.
Setakat ni mak saya kuat lagi, rajin makan ubat dan setiap bulan mesti nak jumpa Doktor ambik ubat. Itu belum kira pergi check-up every 3 bulan kat Hospital. Saya pun dah cerita sikit sikit pasal Makcik kat mak saya... hik hik hik ;D
alia zarfullah - Salam Adik Manis :)
Dah besar dah Maisarah, ingat hari tu nak bawak balik umah nenek, tapi tak jadi lak. Nanti aunty bawak dia balik Klang.
Kak Long pergi tuition, Iqa setakat taman taman ni dah tak main ler, tapi cuba ajak pergi OU ker Midvalley ker, dia ler orang pertama yang siap masuk kereta. Hahahaha ...
Alia, rindu kat Mak Tok ker ... meh datang Kuang ;)
Mia's Mom - Salam MM :D
Ala ... I sajer jer nak kasih U ingat kat makanan di Malaysia ni. Manalah tahu duk lama kat sana, nanti lupa lak makanan kita kat sini. Hehehehe ... wokey, nanti kalau balik kasik tahu tau, I belanja U nasik lemak Tangling :) dengan Mak Tok sekali I angkut.
Ha! dah betul la tu. Sarah ni ler yang mintak nak kawin dengan Aran tu. Dia anak sedara I. Selalu jer ada kat umah Mak Tok. Supermodel??? ... hehehehe
Kesian lak I dengar cerita study U. Tak per MM, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. I'm sure U mesti boleh punya. Dengan sokongan padu husband, lagi U boleh. I baru ingat nak sambung study semula. Tapi tak lah sampai ke oberseas macam U, dalam Malaysia jer ;) Insya ALLAH, doakan hasrat suci murni I tercapai yer :)
nampak muda Mak Tok..kirim salam kat Mak Tok yer
Salam Acik :-D
Ha... tu cerita best. I suka sangat la bila dengar ada niat nak belajar ni! InsyaAllah - kita sama2 doa -niat suci murni macam tu sure termakbulnya, AMIN... Nanti kita boleh laga2 scroll ya? :-D Oh ya, Kak Long apa khabar? Dia dah makin dekat dengan PMR kan? Sampaikan salam I kat dia & Selamat Study ya? :-D
Dulu lupa nak tanya, Pak Cik main bagpipe tu pakai skirt ke pakai seluar. Terkejut gak I tengok kat Taman Tasik ada lak orang main bagpipe!!! Selalunya gambar Hilman mesti pose macho & cool kali ni ada theme kasih sayang lak! Aran memang Sweet!!!
kakzie - Salam Zia :)
Wokeh ... Mak Tok dah berumur 63 tahun. Dia kawin dulu masa umur 16 tahun.Nanti akak sampaikan salam Zie kat mak tok. Mesti suker dia ..hehehehehe ...
Mia's Mom - Insya ALLAH I belanja U nanti. Yer lah .... seronok nyer bayangkan nak langgar2 scroll. Kak Long sihat. Betul tu, lagi 3 bulan lebih nak PMR. Harap dia berjaya dapat straight 'A'.
Mat Salleh yang main 'Bagpipe' tu pakai seluar ler sayang oii ... kalau pakai skirt mahu ramai duk bawah bukit tu sebab dia orang main kat tepi bukit. Hehehehhehe
Hilman tu secara tak sengaja tu 'posing' berkasih sayang dengan adik dia. Selalu dia luku jer kepala adik dia :D
Post a Comment