Monday, July 19, 2010

DI BAWAH TENDA UNGU

SABTU, 17 JULAI 2010

Hasil kerja tangan keluarga pengantin ... comel sangat sangat

Ada apa dibawah Tenda Ungu ??? Ada makanan yang lazat lagi sedap sehingga menjilat jari jemari, yang terhidang sempena majlis perkahwinan kakak Iman Comei ... iaitu AMAL dan KHAIRI. Aku sekadar menjadi tetamu jer, untuk menjadi salah seorang penyumbang bagi menghabiskan makanan makanan itu :D


Bila tengok lauk pengantin ni rasa lapar balik lah pulak ...

Iman tu kawan rapat Kak Long ... pernah kan aku inform dulu, siapa kawan anak anak aku, turut menjadi kawan aku. Termasuklah keluarga keluarga mereka sekali :) Insya ALLAH. Kan bagus kita tahu dengan siapa anak kita berkawan dan siapa keluarga mereka. Pada pendapat aku lah, pada orang lain aku tak tahu. Dan Alhamdullilah, keluarga kawan anak anak aku amat baik dan tidak pulak sombong, walaupun hakikatnya mereka dari golongan yang ada ada dan dihormati.


Nur Farhanah dan Nurul Farhana a.k.a. Susu

Kak Long awal-awal lagi dah bermalam kat rumah BFF dia, Susu. Sebabnyer Susu duduk satu kawasan dengan Iman, jadi senanglah nak sampai cepat. Pertama kali dapat tugasan di rumah orang kawin ... jadi penanggah jer ;) Tolong kasi cenderahati untuk tetamu yang hadir. Tak per Kak Long, belajar belajar sikit, jap lagi banyak kali nak kena buat macam ni. Sepupu Kak Long kan ramai lagi yang tak jumpa tangga-tangga rumah. Nanti kena bertugas lagi, anggap lah ini satu pembelajaran ... hehehe

Tengku Puan Pahang dan dayang-dayang nya

Masa kita orang tengah makan tu, sedang elok jer Pengantin datang berarak. Cak pung cak pung. Tengok dari jauh jer masa tu, kan tengah makan. Tetamu kehormat majlis ini adalah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kebetulan kawan emak pengantin perempuan. Seronok dengar Kak Long yang teruja dapat bergambar dengan VVIP. Dan bercerita tentang kecantikan, keanggunan dan baik nya hati Tengku Puan Pahang. Opssss....gambar ini dan gambar di atas credit to Susu. Yang kat belakang berbaju putih tu lah pengantin.



Seperti biasa, kalau tak pergi rumah orang kawin ...dan tak ambik gambar pelamin memang lah tak sah. Aku suka pelamin ni ... simple dan kemas. Tak serabut ... dengarnya cerita hasil Puan Sabariah, mak pengantin. Tak payah nak tempah atau upah Designer bagai, tetap cantik.Mak Iman memang kreatif dan berseni, paling suka pergi rumah dia yang dihias cantik.Dekorasi English Style memang buat aku sentap ... sebab aku paling suka hiasan macam ni :D


Yang ni hantaran iringan pulak.
Sweet jer colour nyer, dan simple jer.



Yang ni pulak ...
Kak Long dan kawan kawan seperjuangan
yang menjadi dayang-dayang iringan.
Pun tetap sweet jugak ... macam hantaran kat atas tu... hehehe
Credit to Susu untuk gambar ini juga ;)

4 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,

wah ada kenangan dengan kerabat Pahang.

Ada juga buat kenduri kawen masa ni. Kalau cuti sekolah..kena ozom lah jawabnya..

kakzie said...

comel la kak pelamin dia.kreatif dan lain dari yang lain(tang pasu bunga yang melekat kat dinding pelamin tuh...simple tapi menarik

My Life My World said...

a.z.r.i.n.a.03.07 - Salam Rina

Yang ada kenangan Kak Long, akak ambik bau jer... hikhikhik

Kita orang memang suka pergi kenduri kawin. Tak tahu lah kenapa, sebab lauk dan nasik lain dari kat rumah kut ;)

My Life My World said...

kakzie - Salam Zie

Betul Zie, memang comel pelamin dia. Semua mak pengantin yang buat. Dia orang ni memang kreatif, hiasan rumah dia orang pun cantik cantik. Semua jahit sendiri.