Friday, July 9, 2010

HARI AMBIK REPORT CARD SEKOLAH

KHAMIS, 8 JULAI 2010



Aku cuti hari ni, sebab nak ambik buku laporan sekolah Hilman dan Aran. Waktu persekolahan lak tak sama. Hilman sekolah pagi, Aran sekolah petang. Untuk tidak menyusahkan diri berulang alik banyak kali, jadi nyer terpaksa lah cuti. Lagi pun cuti tahunan aku banyak lagi. Sebelum 'burn' untuk tahun depan baik lah kasi perabih dulu.

Elok jer sampai sekolah, Hilman dah tunggu kat pintu sekolah. Dia boring kot, mak bapak orang lain semua dah datang. Aku sampai tak lah lewat sangat pun, 10.30 pagi jer. Tapi dapat No. 30 dah. Ada lah kena tunggu dalam 20 minit. Nasib baik dah tak ramai orang. Jadi nyer sempat ler jadi paparazi jap ;)



Sampai turn aku, tiba tiba 3 orang sekali cikgu attend aku dengan Hilman. Okaylah bagi aku, mamat ni dapat No. 9, masih Top 10 dikelas 'A' di sekolah. Nasib baik lah kau anak murid favourite Cikgu, jadi laporan yang diberikan adalah bagus bagus belaka. Cuma cikgu komplen kau banyak cakap serta tak tumpu perhatian kat pelajaran. Tapi cikgu tak risau, sebab kau ada I.Q. yang bagus ... ceh ceh ceh mahu ada muntah darah korang baca statement ni. Hik hik hik. Bangga lah jugak mak dia ni bila cikgu kata gitu. Dan lagi bangga bila cikgu kata, Wak ni adalah calun Ketua Sekolah tahun depan, dapat tak dapat tak sure lah lagi, baru jer calun ;)

Dalam pukul 2 petang lak, aku pergi sekolah lagi untuk turn Aran. Kali ni tak ramai orang lagi yang datang. Jadi aku orang ke 3 gitu. Pun laporan cikgu adalah amat amat membanggakan mak. Aran dapat No. 4 juga di Kelas'A' di sekolah. Cikgu kata Aran pendiam, tak banyak cakap sampai cikgu pun tak tahu Aran faham ker tak apa yang di ajar. Hik hik hik... kontra lah pulak dengan perangai abang dia. Tapi cikgu terkejut sebab dalam diam pun dia boleh score dan dapat semua A untuk semua subjek. Alhamdullilah. Gambar Aran tak sempat nak ambik :)


Sebab mak rasa sangat seronok dengan laporan cikgu itu, mari lah mak belanja korang makan. Kat Medan Selera The Store Sungai Buloh jer, jadik lah kan. Tak mampu ler nak pergi restoran besar. Hehehehe ...

10 comments:

ayang said...

Tahniah utk budak hensem Hilman..MOga tahun depan dapat le jadi ketua murid. To Aran yg cute gitu, diam-diam berisi tak pe.. Tahniah gak...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

tahniah buat dua-dua hero akak.. (^____^)


Hari Khamis saya pun pergi The Store jugak kak.. Pergi Guardian pastu medan selera. Tapau lauk.
Tapi pukul 12.30 masa tu.. hehehe..

My Life My World said...

ayang - Salam Ayang :)

Terima kasih bagi pihak Hilman dan Aran... Semoga mereka berdua ni terus berjaya hendak nya. AMIN

My Life My World said...

a.z.r.i.n.a.03.07 - Salam Rina :)

Terima kasih yer. Eh, kita pergi pun time time tu jugak. Tapi tak nampak lak Rina ... hehehehe ... tak ada rezeki nak jumpa.

Nanti kita jumpa yer ;)

Anonymous said...

saya suka menumpang gembira bila ada ibubapa prihatin yang realist. tahniah atas pencapaian anak2 puan.

My Life My World said...

noir - Salam Noir :)

Terima kasih dan rasa berbesar hati Acik kerana Noir sudi mampir di sini ;) Rasanya semua pun ibubapa begitu 'realist' terhadap anak anak mereka kan. Atau mungkin kah saya yang terlebih hingga bisa buat orang lain jemu ... hehehehe

Alhamdullilah, setakat ini pencapaian anak anak tidak mengecewakan. Terima kasih juga atas ucapan Tahniah Noir yer.

Mrs Taz said...

Alhamdulillah zia tumpang bangga huhu bukan senang woi nk jaga anak lagi2 nak didik diorang tuk rajin belajar n study sampai dpt top 10 kelas pertama tu ,tahniah aran n hilman .....

IXORAROXI said...

Tahniah buat Hilman & Aran..Auntie Ix tumpang bangga..tahniah juga buat Emaknya

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia :)

Alhamdullilah ... Syukur sangat. Harap prestasi anak anak Acik berkekalan. Takut kalah dengan keadaan persekitaran jer. Terima kasih yer ;) nanti acik sampaikan ucapan Tahniah tu kat budak berdua ni.

My Life My World said...

Ixoraroxi - Salam Ix :)

Terima kasih yer IX. Panjang lagi perjalanan ni,semuanya baru bermula. Semuga dipermudahkan ALLAH segala galanya. AMIN