Friday, July 16, 2010

KENDURI TAHLIL @ KLANG. COM

SABTU, 10 JULAI 2010

Chek Yah dan anak anak sedaranya ... Hana, Liyana, Nurin dan Huda

Maafkan lah aku, memang siaran tertunda yang amat amat tertunda dah ni. Sibuk sangat sampai tak sempat nak update blog. Dah nak masuk seminggu dah baru nak cerita. Ini pun curik curik masa tido jap. Tak per asalkan eksklusif kan. Siaran tertunda sekali jer, kalau kat Astro, siaran tertunda dia berkali kali. Opppssss, dah lari dari landasan ketapi lak dah. So, bersempena Israk dan Mikraj hari tu, Mak Klang buat kenduri Tahlil. Mak tak panggil ramai orang pun, adik beradik dan anak sedara belah mak jer plus the anak anak sendiri dan cucu-cucu nyer. Dah cukup penuh dan gamat rumah mak. Tapi still rasa tak cukup sebab anak sedara kesayangan ku Alia dan Sarah tak dapat datang, sebab baru jer daftar belajar semula. Rasa lain kenduri umah nenek bila kau orang berdua tak ada. Nak harapkan anak sedara kecik yang kat atas tu, dia orang tahu main jer ... hehehehe.



Mak masak sayur campur, asam pedas ikan, sambal goreng, paru goreng dan bermacam macam lagi. Kuih pun ada banyak lah jugak. Dan seperti biasa ... lepas tu adik beradik mak yang hadir pun bawak bermacam macam kuih dan lauk pauk. Memang penuh semeja, mengalahkan lauk Buffet kat Hotel. Aku puasa hari tu, kebetulan Kak Long Aida pun puasa jugak. Jadi kami bukak puasa sama sama masa maghrib tu. Bila tengok lauk yang best nih, boleh lagi 2nd trip makan tu. Anak aku dah geleng kepala tengok mak dia. Hehehehe ...



Kak Long Farhanah & Ain

Ini lah antara budak yang jadi mangsa membasuh pinggan selepas kenduri hari tu. Oh! ada sorang lagi ... Iqa yang tiada dalam gambar. Nasib korang lah. Kalau ada Kakak Alia dan Kakak Sarah sure ringgan jer kerja korang kan? Tak per praktis, nak pergi rumah mak mertua nanti tak leh malas malas, kena rajin baru saham korang naik.


Mak Lang, Mak Ngah dan Mak Klang.
Masa ni tengah nak tunggu Pak Yin datang ketuai bacaan Tahlil.
Masa mula mula ambik gambar ni Mak Ngah tak ready lagi,
abih lepas tu dia bersuara "Kau ambik gambar aku ker?, aku tak
ready lagi. Ha! ambik semula" terus control ayu jer Mak Ngah. Hehehehe


Mak Alia, Mak Ijah dengan Mak Ngah tengah khusyuk cerita apa lah tu.



Belah orang pompuan, sebelum start majlis tahlil


Tujuan asal nak ambik gambar Ita dan anak pompuan dia,
Nurin dan Liyana ... eh tapi ada lak kat ujung tu, Ain sempat pose lawa lagi ;)


Kita orang yang duk belah dapur jer makan berhidang ... cehcehceh
Bila tengok lauk kenduri ni rasa lapar balik pulak dah.
Aku tak ambik banyak gambo pun, giler hapa orang nak kenduri
aku lak yang tak abis abis nak ambik gambar macam kenduri kawin.
Ambik gambar pun belah perempuan jer,
tak adalah melangkau sampai belah lelaki.
Tata susila diri kena jaga gak kan kan kan ;)

p/s : Alia and Sarah ... sajer jer auntie nak kasik korang jelez ... hikhikhik

8 comments:

zulkbo said...

salam..
sedap nampak kek tu?he he

mohdandmeriam said...

salam ros..seronok makcik baca ,meriah betul kenduri tahlil..suka kalau semua berkumpul..

My Life My World said...

zukbo - Salam zukbo :)

Sedap sangat kek tu, datang dari seberang laut tu. Kek Lapis Sarawak ;)

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Makcik Meriam :)

Yang hadir tahlil ni saudara terdekat jer, pun dah cukup meriah. Memang seronok kalau dah dapat berkumpul ramai-ramai gini. Macam macam cerita ada.

alia zarfullah said...

seronoknya dapat jumpa semua ;)
tu la alia and sara takde time ni. fariz pe la lagi ;(
cikya de cakap suruh bawak kawan kawan. first time nenek buat tahlil kat rumah, selalunya hantar makanan kat surau je.
kak ira semua datang ke? yang remaja2 la? haahaa.

My Life My World said...

alia zarfullah - Salam Alia :)

Seronok ... nenek kan masak sedap. Tu lah, tahun lepas kita buat kat rumah Mak Ijah kan.

Tak best tak ada Alia dengan Sarah, sebab tak leh Buli korang buat kerja ... hik hik hik hik.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,

eriah bila reramai camtu kan?.

My Life My World said...

a.z.r.i.n.a.03.07 - Salam Rina :)

Memang meriah, itu baru kerabat terdekat jer tu, tak abih lagi sebenarnyer yang datang :)