Tuesday, July 13, 2010

MAK ESOK KITA MAKAN APA?

Itu lah pertanyaan yang Aran selalu tanya aku sebelum dia tidur. Dia mesti nak tanya, esok aku nak masak apa untuk sarapan pagi. Sampai buntu kepala otak aku nak fikir, apalah aku nak masak nanti. Dah jadi emak emak ni, itu lah yang selalu terbayang dalam kepala. Fikir nak masak apa, esok sarapan nak buat apa apa pulak. Sebelum balik kerja pun kena fikir jugak, nak beli apa untuk masak. Aku ni bukan jenis beli sekali banyak. Bila nak masak tu, baru lah terhegeh hegeh nak singgah kedai @ supermarket beli barang basah.

Gitu lah agak nyer mak aku dulu-dulukan. Tak pernah tak ada sarapan pagi sebelum aku pergi sekolah. Dah ler aku keluar rumah nak ke sekolah pagi pagi buta, sebelum subuh lak tu. Seawal 5.30 pagi dah naik bas. Maklumlah sekolah aku jauh dari rumah, ditengah tengah Kuala Lumpur tu. Terpaksalah pulak berebut bas dengan orang nak pergi kerja dan juga dengan Makcik Makcik jual lemang. Betul tak tipu ni :) ... kekadang rindu pulak zaman berebut rebut naik bas...hik hik hik. Besarnyer pengorbanan ibu tercinta, sanggup bangun seawal 4.30 pagi tolong kejutkan aku dan siapkan sarapan. Benda macam ni lah yang memotivasikan aku untuk hadiahkan result yang bagus masa tu. MOK, oghe sayang mok sangat sangat :D


Sarapan pagi ni penting, lebih lebih lagi untuk budak budak sekolah ni. Kalau tak ambik sarapan nanti takut anak anak jadi lemah, sebab tak cukup oksigen naik kat kepala. Hehehehe ... itu ler yang aku dengar. Salah ke tidak, aku pun tak sure. Sooooooooo ... semalam aku beli benda kat atas ni :) ... INSTANT MASHED POTATOES. Sebelum ni, ada jugak beli, tapi bukan brand ni lah, dan kena tambah susu sendiri. Yang ni, memang aku suka lah sangat sangat. Hanya larutkan dalam air panas jer, dan tak sampai seminit ... Wallah! ... siap untuk dimakan. Suker nyer aku ...



Tapi tak lah makan 'Mashed Patotoes' tu semata-mata kan. Kenalah ada benda sampingan, such as scrambled eggs dan sosej juga. Baru lah laju jer menyuap. Seronok bila tengok anak-anak berselera makan. Cian Aran minum air kosong jer pagi tadi. Kes mak dia lupa nak buat air ... hik hik hik.

15 comments:

Mrs Taz said...

menarik nampaknye kentang tu ... haaa tu dia ..rahsia anak2 acik pandai ..mesti bfast ye cik? .. anak2 zia esp syarah selalu malas nak minum pagi ... sama ngan faliq susah betul nak suh sarapan.. si kecik lebih suka mengadap kartun pagi2 sebelum pi sekolah ...huhuhu

mohdandmeriam said...

salam ros..betul ros mak kita dulu ada je yg dapat mereka buat untuk sarapan..agaknya sebab mereka tak kerja,kita yg kerja ni nak buat sarapan yg paling mudah siap..ertinya roti je lah sebab berebut nak gi kerja..akcik siggah kedai beli kueh kesukaan marissa n muzafar n mereka makan atas kereta..hehe..rasanya nak cuba carilah mashes potato yg mudah buat n sedap tu..thanks for sharing..

kakzie said...

zaman persekolahan saya dulu,saya jarang bersarapan di rumah.selalunya time rehat baru nak sarapan.

Akak,macam best je mashed potato tuh...swiss bear(sos cili A&W hehehe)dia siap dengan gravy(betul ke eja ni) sekali ke kak?

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia :)

Boleh tahan sedap la kentang tu. Anak anak acik suker :) Rahsia anak acik pandai? Alahai malu lah pulak, Zia cakap gitu ... jauh lagi perjalanan nyer Zia. Tak sure lagi masa depan... huhuhu

My Life My World said...

mohdandmeriam - Wa'alaikumsalam :)

Iyalah, mungkin sebab mak kita tak kerja, ada jer sarapan marbelles yang tersedia kat atas meja. Saya buat sarapan tak lah se'marvellous' macam mak buat. Tapi boleh lah mengenyangkan. Tapi Mashed Potatoes ni memang senang nak buat, saya kirim kat kawan opis, dia beli kat outlet yang selalu jual kat hotel hotel di KL ni.

Untung Marissa dan Muzafar dapat nenek macam Makcik. Harap saya pun nanti dapat bermanja manja dengan cucu macam Makcik :) hehehehe ... jauh lagi tuh.

My Life My World said...

kakzie - Salam Zie :)

Kalau dah biasa tak sarapan tak per, anak anak akak dah biasa bersarapan. Kalau tak buat sarapan kat dia orang rasa macam bersalah sangat sangat. Sebab tahu dia orang ternanti nanti akak nak masak apa.

Best Mashed Potato tu ... tapi Bear A&W tu berdiri, yang ni Bear dia meniarap. Hehehehe ... Gravy dia akak buat sendiri, ada jual serbuk brown sos jenama Knorr kat Giant dan Tesco. Sos ni pun boleh guna untuk bar-b-q. Cuma tambah air dan panaskan. Ha! kan semua main segera jer akak nih.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,

zaman saya pun takde bekfes pergi sekolah kak...

.....

kenapalah saya tak terpikir nak buat sarapan simple-dimple cam tu kak..


nak ikut beli lah camni..

ayang said...

Kenangan zaman dolu-dolu. Zaman sekolah memang, menarik le sesangat. Terindah dalam kehidupan ni rasanya.. syok kan.. Mak kita pun muda je lagi masa tu...

ayang said...

Kenangan zaman dolu-dolu. Zaman sekolah memang, menarik le sesangat. Terindah dalam kehidupan ni rasanya.. syok kan.. Mak kita pun muda je lagi masa tu...

My Life My World said...

a.z.r.i.n.a.03.07 - Salam Rina :)

Alahai cian dia, tak per jadi orang jugak kan kan kan. Cantik, cute mute lagi. Akak bab sarapan ni memang banyak buat segera jer, tapi sebenonyer tak elok sangat makan segera segera nih... beza nyer akak dengan mak akak ... huk huk huk

Lagi satu ... tima kacih tolong 'back-up' akak dari si JEMU tu yer. Ramai orang sayang akak. Terharu nyer....

My Life My World said...

ayang - Salam Ayang ;)

Mak kita pun masih lagi muda di mata kita ;)Tak ada tandingan ... hik hik hik

Lovely Kitchen said...

ooo senang ada yang instant yer...kena cari bila balik nanti...;-P

My Life My World said...

Lovely Kitchen - Salam Ena :)

Carik jangan tak carik... hehehehe

yatt688 said...

salam....nak tanya braper rege, berat mashed potato tu? biasa kat maner ada jual yer selain brand di atas.

yatt688 said...
This comment has been removed by the author.