Thursday, July 22, 2010

PEMANDU PEREMPUAN MEMANG MACAM NI KER



I found this dalam FB. Terkejut beruk aku tonton sambil menutup mulut. Weih! tak sangka aku ada pemandu wanita yang macam ni. Aku pun pompuan gak. tapi aku tak rasa semua pompuan so 'careless' macam ni. Malah pemandu wanita lebih berhemah di jalanraya dari lelaki. Walaupun, kekadang adalah sorang dua lebih ganas dari lelaki, tapi tak lah sampai menyusahkan orang lain kan. Statement abang aku masa kita orang pergi Konvoi ke Pantai Timur hari tu, dia tuju kat aku, "Kau bawak lagi laju dari aku" ... hehehehe ... "Sorry la, aku pun tak sedar" aku jawab balik.

Cakap pasal bawak kereta ni, baru aku sedar ... tahun ni adalah tahun ke 23 aku pegang lesen memandu. Phew! lama tu ... kalau ada anak dara dah leh kawin umur gitu ... hehehehe. Aku mula dapat lesen tahun 1987, betul betul lepas SPM. Waktu tu aku ambik test di JPJ Jalan Sultan, Petaling Jaya ... dekat area Hotel Singgahsana/Hotel Hilton PJ. Macam dah tak ada lagi dah JPJ kat situ sekarang ni. Masa ambik test parking tu, kacang jer. Yang sakit nyer masa 'on the road' ... tahulah jalan kat Petaling Jaya, dah lah sibuk memanjang, banyak 'slope' dan bukit lak tu. Aku fail cubaan pertama ... nasib baik cubaan kedua lepas.

Kereta jenis ni lah masa belajar bawak keta dulu ...Datsun 1200

Aku ingat lagi ... masa aku ker JPJ tu siap pakai uniform sekolah lagik. Masa tu baru balik dari sekolah ... aku masuk Lower 6 sekejap. Dah la masa tu bawak kereta Datsun 1200 yang empat segi kotak, kira besarlah kalau dibanding dengan orang sekarang yang bawak kancil tu. Masa tu masa nak ambik lesen hanya kena bayar RM300++ jer, yang sudah pasti nyer duit abah aku. Terima kasih Abah ... I Love U ketat ketat ;D. Sekarang ni aku dengar nak ambik lesen kena bayar dekat RM1 Ribu jugak lah. So, sesiapa yang tak hambik lesen lagi tu cepat cepat lah ambik yer. Dikhuatiri nanti lagi mahal nak bayo ... hehehehe ...


Keta Datsun jenis ni lak masa pergi dating dulu dulu .... hehehehe ...

Sekian, cerita aku hari ini dengan ucapan. Berhati hati di jalanraya, jangan sebab kita sorang jer, satu Lembah Klang jalanraya boleh sesak ;)

6 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,


saya mmg pandu laju tapi insyaAllah tak careless..hikhik.. dah biasa dulu dari BBSentul - USJ 6 tahun pahtu Rawang-USJ 4 tahun.. nak berdesup aje.. hehe.


wahh...akak lagi otai lah kan. Saya baru 14 tahun memandu..anak remaja gitu..hehe

My Life My World said...

a.z.r.i.n.a.03.07 - Salam Rina ...

Ha'ah ... baru masuk sekolah menengah lah kira umur lesen Rina... hik hik hik. Sudah semestinyer akak otai, akak kan lagi tua dari Rina ;)

Akak pun sama Rina, nak laju jer, especially kalau dah lambat masuk opis atau lambat nak hantar Kak Long masuk tuition. Melambung lambung Kak Long dalam kereta. Heheheheh ...

LiNda said...

Salam ..

Bulan lepas saya pun kantoi ngan hubby time bawak kereta . Dia nampak saya bawak laju, lebih laju dari dia. Dan yang kelakarnya , saya boleh tak perasan potong kereta dia . hahahaha

My Life My World said...

LiNda - Salam Linda ....

Ha! kan dah kantoi ... hehehehe ... lawak jer kan bila hubby kata gitu. Mesti masa Linda baru potong keta dia dalam hati berkata "Macam ku kenal jer kereta ni, Laaa bini aku rupa nyer" .. hehehehe

kakzie said...

masih ingat plat number kereta arwah ayah WX9257 Datsun 130Y green colour :D

My Life My World said...

kakzie - Salam Zie :)

Wah! ingatan Zie memang bagus. Akak memang tak ingat no. keta abah akak. Yang akak tahu, dia pernah pakai keta Volkswagen dengan Colt Galant. Orang dulu dulu pakai keta import jer.