JUMAAT, 14 September 2012
Sekembalinyer Mek JB ke KL semula dari Maktab sejak hari Jumaat petang yang lalu, jadual hidup aku sangatlah sibuk. Bukan sibuk apa pun, sibuk bawak anak jalan-jalan. Dia sampai pukul 5 petang kat KL Sentral, pukul 8.30 malam aku dah keluar balik hantar dia ke Mc'D Bukit Rahman Putra sebab nak bagi hadiah kat kawan 'baik' dia. Ditemani Aran dan Hilman yang membawa laptop dan Galaxy Tab untuk 'Kill The Time' masa menemankan kakak kesayangannyer ... erk iyer ker kesayangan. Hehehehe. So sewaktu menghantar tu aku dah malas nak balik umah dan keluar lagi. Kebetulan Mak Tok pulak nak pergi hantar SEBIJIK BUAH BETIK ... diulangi SEBIJIK BUAH BETIK sahaja ke rumah anak sulong nyer yang tersayang di Bandar Menjalara. Memula aku dengar pun rasa nak gelak beso, alahai sebab nak hantar sebijik buah betik, yang bersaiz agak besarlah jugak kena pergi sampai ke Kepong tu. Nasib baik Sg. Buloh-Kepong tak jauh. Mak aku cakap, abang aku dan kakak ipar aku duk selalu tanya, ada tak buah betik, sebab dia orang kepingin buah betik dari Kuang. Kebetulan aku dengan Tok Abah yang memang suka makan betik ni dah usha-usha nak pi potong jer buah tu. Mak Tok duk kasik peringat, jangan makan buah tu, itu buah Faizal (Abang Long aku) yang punyer. Huhuhuhu....
Memang padat kereta malam tu. Dengan anak-anak aku empat orang + mak tok + anak buah aku Sarah dan Yaya. Entah macamana Kak Long pun nak ikut jugak. Mungkin nak lepas geram dengan nak keluar rumah kut, sebab pagi tadi baru abis buat add math, last paper akhir dia untuk Trial SPM. Bila Iqa, Hilman dan Aran keluar kat Mc D baru rasa lapang kereta. Sampai Menjalara, dan berjaya menge'pass' kan Buah Betik tu, tetiba Kak Long (Kak Ipar aku) buat surprise, "Jom kita semua makan Aiskrim kat ParkCity, kita orang tunggu rombongan Mak Tok sampai jer, nak ajak pergi sekali". Wallah! Budi baik menghantar Sebijik Betik dan dibalas dengan makan Aiskrim mahal kat Parkcity" Best, best, best .... Moral of the story kat sini "Buat baik lah selalu, sebab ianya pasti di balas baik. Cuma masa yang menentukan cepat atau lambat jer"
Tukang Taja Aiskrim malam tu, tengah Q-up.
Berkemeja hijau muda dan bertudung oren.
Ramai lah pulak malam Sabtu ni ...
Kami pergi konvoi 3 kereta ... hahahaha walhal sekangkang kera jer Menjalara dengan Desa Parcity ni. Kereta Mummy Rose (Mak Kakak Ipar aku), Keta aku dan keta Abang Long aku. Yang paling seronok, hmmm pastinyer bebudak kenot ni. Dah dapat jumpa geng, ParkCITY tu macam wilayah dia orang jer lah pulak. Jenuh aku dengan mak dia orang nak terjerit-jerit jangan main tepi jalan. Aduyai ... Nasib baik disejukkan dengan New Zealand Ice Cream yang sangat sedap tu. Duk borak-borak, meratah keropok sambil makan airkrim ... best betul.
Generasi ke2 'JAF' - dari kiri Jaf Dara Mar'iyah, Jaf Iris, Jaf Iskandar dan Jaf Dara Maisarah.
Kesian Yaya ... dia baru baik dari demam campak. Ada lagi kesan-kesan kat badan dia.
Budak paling aktif - tak kisah orang langsung
Kamcing dia orang ni sebab sebaya ... sibuk jer macam nak meng'order'
Hehehehe ... berpelukan Jaf Iessa dan Jaf Dara Maisarah.
Tengok ler Sarah tu, siap pakai baju tidur lagik.
Yer lah pulak, ingat tak moh pergi mana-mana kan
Wajah-wajah seronok anak anak cilik ...
Yang berbaju merah ni nama dia Jaf Iris ...
Anak-anak aku kalau tengok dia akan stare dia cukup-cukup sambil tersenyum - sebab apa ...
Dia kata Iris jelmaan aku, sebijik muka aku. "Takutnyer ... apasal muka sama"
Mak dan Tok Abah serta mak dan ayah dia pun kata muka dia macam aku.
Siap lah kau Iris, beso nanti macam muka Mak Lang ler kau.
Nasib baik Mak Lang comei ... hahahahaha
Tak abis kat situ, lepas makan airkrim, dilanjutkan dengan membawa budak-budak kenot ni kat Taman Permainan di Sentral Park, belakang Mall ni jer. Hu alah ... bebudak ni macam jakun kejap, melompat memanjat, berlari . Ghuper-ghupernyer mak bebudak ni kata, anak-anak dia dah seminggu tak keluar rumah, gitu ler gamaknyer kalau terlepas kandang.
Dah ler malam, aku dengan kak long duk pakat kira kepala setiap masa, cukup ke bilangan dia orang ni. Takut ada yang tersesat dan tertinggal. Kami bertolak balik dari situ dah pukul 10.30 malam. Hambik kau, Yaya dah tertidur dalam kereta sebab penat sangat. Lepas kutip Iqa, Hilman dan Aran kat Mc'D terus balik umah. Kena tidur awal, sebab esok banyak agenda lagik :)
Iskandar kepenatan lepas main taman
Gambar kelabu Desa Parcity di waktu malam
5 comments:
Kalu sebijik betik boleh dapat bermangkuk-mangkuk eskrim mahal cenggitu, Kak Azie nak tanam betik banyak-banyak lah! hahahaha
Baru nak tegur, ada yang berbaju tidor tuuu. Yang penting, they have fun!
To azieazah - Hahahahaha ... bagi Betik di balas eskrim. Berbaloi baloi gitu kan. Tapi dah tanam betik tu, tanam ler derian sekali. Lagi berbaloi-baloi.
Itu tak tengok uniform mak tok lagik. Pakai kain batik dengan T-Shirt jer. Mak Tok siap declare lagik, dia jadi bibik malam tu. Huhuhu Kesian ibuku.
To aieazah - alahai, sori ler kak. Tak signout pulak dah tadi terpakai Mek JB punyer account. Almaklumlah pakai Laptop dia. Hehehehe ... yang kat atas tu saya lah jugak bukah Hajiqah yer..
Alhamdulillah .. setuju sgt2 dengan tajuk acik tu , kalo niat baik dan ikhlas insyaAllah pasti akan ada ganjarannya .. Allah tak pernah bohong kan?
sedap2 nama anak2 buah acik ... and eskrem New Zealand is my fav. ;)
To Mrs Taz - Iyer betul Zia. Percayalah pada janji janji ALLAH. Biarlah orang baling taik kat kita, kita balaslah dengan bunga. Apa lagi orang kasik bunga pada kita, lagilah kita balas dengan bunga-bungaan.
Nama anak anak buah acik sesedap nama Mak Lang dia kan ... Hahahaha. Perasan jap. Zia suka eskrem New Zealand ker, Jom pi New Zealand, makan eskrim dia puas puas. Hehehe
Post a Comment