AHAD, 23 September 2012
Kami ke sini lagik .... SETIA CITY MALL. Macam tak puas-puas, macam dekat jer dari rumah, macam tak ada tempat lain lagi. Hehehehe ... gitu lah gamaknyer yer tempat baru. Semua orang pun suka yang baru kan. Sifat semulajadi manusia. Dah dah dah .... sebelum aku merapu panjang. Aku nak cerita ni, hari Ahad tu aku kesini, semata-mata nak temankan Hilman carik baju untuk Dinner Pengawas yang akan diadakan pada 29 Sept 2012 hari Sabtu ni. Carik hari lain dah tak sempat. Budak seorang ni dah terikut perangai kakak-kakak dia, nak ke dinner pun nak carik baju baru. Dah tu nak yang lawa-lawa pulak tu, nak kaler yang cenggini, nak tie yang cenggitu. Cerewet amat kalah pompuan. Habis satu pelusuk Setia City Mall ni kita orang jalan. Dari utara ke selatan, timur ke barat ... dah nak naik hafal dah kat mana kedai ni dan kedai tu.
Sebelum ni dia merungut, "Kenapa ler orang pompuan ni kalau nak shopping semua kedai nak masuk. Belek-belek baju, tengok harga lepas tu keluar, masuk kedai lain buat benda sama , last-last masuk balik kedai yang memula tu ... lepas tu baru nak beli atau memang tak beli langsung. Beli jer lah bila dah jumpa tu ... buat penat jer nak jalan keluar masuk kedai". Hambik, bila kena time sendiri nak beli barang, tahu pulak masuk survey semua kedai yer. So next time jangan mengata orang yer. Nasib baik lah mak kau ni memang suka window-window shopping ni.
Dalam duk mengukur shopping mall tu, banyak jugaklah lalu kat kedai-kedai yang display benda-benda yang comel. Aku memang suka jer deko yang comel-comel dan gubahan bunga yang cantik-cantik ni. Ubat untuk membuatkan hati berbunga-bunga dan ceria :) ini pun satu terapi gak. Disamping kasik idea macammana nak mengemas rumah supaya secantik display kat kedai-kedai ni. Jom korang, kita jamu mata ...
Ini kat Parkson Setia Alam Mall,
Sebenonyer banyak lagi barang cantik kat sini,
tapi tak sempat bila perempuan kat hujung tu dah start bangun dan tengok aku ....
Dia ingat aku berminat nak beli barang, Walhal berminat nak ambik gambo jer
hahahaha tahu pun takut ... nasib baik tak kena perambat keluar dari situ ;)
Cantik gubahan kedua-dua bunga kat atas ni kan
Main letak-letak jer tapi Kaler dia sweet sangat ...
Main letak-letak jer tapi Kaler dia sweet sangat ...
Yang ni kat Lovely Lace ... forever my favourite place
Aku sangat suka bau 'Teddy's Dream' yang terbau di segenap ceruk kedai ni
Duk kat kedai ni membuatkan aku rasa nak beli semua barang dalam dia ... huhuhu
Bilo lah Acik kau ni nak kayo rayo
Ini pun kat Lovey Lace ... comel kan
Satu lagi kedai cute yang aku jumpa
Aku tak ingat nama kedai ni
Tapi sangat-sangat cantik barang kat dalam ni
Meh belek satu satu barang dalam cermin ni ...
Meja comel & bantal comel
Kotak kayu untuk menyimpanan
Disamping dapat dijadikan hiasan sudut rumah
Meja tulis comel, frame-frame menawan, bantal bantal cantik
Frame dinding yang comel dan cermin muka yang lawa sangat
Meja sisi, lampu meja, bunga, frame, flower from map ... lawa lawa lawa
Kotak-kotak seperti beg zaman dulu kala
Boleh dijadikan bekas hadiah jugak
Atau letak kat sudut bilik buat simpan CD ... mesti cun kan kan kan
Lampu lampu beraneka jenis dan bentuk,
Sangat sesuai untuk bilik anak anak atau orang bujang
Jom skodeng display kedai lain pulak ;)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Idea menarik ... letak bunga dalam sangkar
Model Menara Eiffel dan En Bunny yang kurus tapi cute ...
Pokok kayu yang boleh di letak barang hiasan
Barangan cute lagi .... nak semua nak semua
Tapi tak tahu nak letak mana :)
Kasik 'Close-Up' sikit ...
Yang ini aku ingat ... kedai Living Cabin
Yang ni kalau dapat bawak balik keseluruhannya sangat lah best
Boleh buat tempat letak kuih raya dan sewaktu dengan nyer ... hahahaha
Yang ni Aran ... bukan untuk dibeli
Setia menemankan aku kemana-mana sahaja
Hatta nak menghantar kakak dia pergi sekolah pun nak ikut :)
Yang ni pulak Hilman
terlebih gumbira sebab dah jumpa baju dan tie
Tag harga baju siap terjuluq keluar
Jangan tak tahu, dia angkut Blazer dia dari rumah ... sanggup tu
Sebab nak matchingkan dengan meja dan tali leher
Cerewet abis .... nasib baik Mission Accomplished.
p/s : Aran kena Chicken Pox ... cian dia. Doakan Aran cepat sembuh yer
4 comments:
Hahaha....Akak rasa sepatutnya tokey2 kedai tu bagi commision kat fairos sebab advertise barang2 dlm kedai diorg yg cantik2 tu dlm blog fairos.....
To Arina ...
Hahahahaha ... macam ala-ala majalah Anjung Seri lah jugak kak, ada iklan. Tapi iklan saya ni free free jer. Percuma untuk pandangan mata semua orang. Dan untuk simpanan saya jugak.
Nanti saya pi Shopping Mall lain, kita buat perbandingan lak ;) Terima kasih kak sebab masih sudi datang blog saya. Sebab masih ingat kat saya. Terharu rasanyer ...
HILMAN dah macam artis Koreaaaaa....!!!!
To Azieazah ...
Dia perasan jadi Hilman Yong macam dalam buku ASST. Walhal tak abih baca pun lagik. Dia kata, mak baca novel tu nanti cerita kat Man yer. Huhuhuhu.
Post a Comment