Monday, September 24, 2012

LAKSAMANA SUNAN ...

Aku baru jer habis menyudahkan membaca novel kat bawah ni. Kali ni aku ambik masa yang sangat lama untuk menghabiskan nya. Sebab nyer aku rasa macam sayang nak abiskan ... sebab lepas ni tak tahulah lagi bila Ramlee Awang Murshid akan keluarkan sambungan nyer ni. Ada ker tak ada aku pun tak tahu. Harapannyer mintak mintak ada lah. Tapi kalau ikut catatan penulis di hujung nyer dia kata "Novel ini merupakan episod 'Selamat Tinggal' untuk bahagian kedua siri Laksamana Sunan yang bermula dengan Cinta Sufi dan Sutera Bidadari" .... hmmm tiada kepastian di situ. Aku pasti merindui Laksamana Sunan. 



Teruk betul pengaruh buku cerita dalam hidup aku. Bila baca karya-karya penulisnya, aku membayangkan macam aku pun turut ada dalam novel itu. Membayangkan yang indah dan menarik, merasakan detik cemas dan kepayahan, menghayati perih dan kesedihan. Itu yang selalunyer aku boleh menangis dengan hanya membaca buku cerita tu. Terlalu menghayati. Dan jika diberi pilihan aku lebih suka membaca novel dari menonton TV. Apa lagi trend sekarang ni, bila banyak penerbit yang buat cerita dari Novel-novel  'Best-Seller' di pasaran. Macam tak best jer bila di drama atau difilemkan. Sebab aku rasa, arahan dalam kepala otak aku ni lagi happening dari olehan oleh pengarah cerita kat TV tu. Tu yang menyebabkan bila tengok di layar perak kan atau dilayar kaca rasa macam tak sampai kat hati. Huhuhuhuhu ... bukan senang sebenarnya nak mengarah cerita dari Novel yang ada. Setiap kepala orang yang membaca berfikir benda dan suasana yang tak sama.

Tapi aku terfikir gak ... harapnyer kalau cerita Laksamana Sunan ni di TV atau difilemkan, orang yang paling layak jadik hero adalah Eman Manan. Hehehehehe ... sebab dia ada Aura Cool gitu. Eh! beberapa musim yang lalu rasanyer ada ura-ura Ziela Jalil nak dramakan cerita ni. Tapi sonyap jer. Mungkin sebab ini cerita periodical ... banyak belanja kut.  



'BAGAIKAN PUTERI' novel pertama Laksamana Sunan. Aku tak terfikir pun nak beli novel ni masa belek-belek buku cerita kat Minerva Jalan TAR satu hari tu, sehinggakan ada sorang mamat ni tegur aku. "Buku ni best sangat, beli lah .... tak kan menyesal punyer. Adik-adik perempuan saya kat rumah semua gila baca buku ni" ... erk yang pasti dia bukan Ramlee Awang Murshid yang tengah promo buku sendiri. So aku pun terfikirlah ..Wah! kalau orang lelaki yang aku rasa jarang baca Novel melayu boleh suka novel ni, mesti novel ni best sangat. Maka aku pun beli lah. Wow! memang best giler pun novel ni. Dia bukan bukan pendekar yang giler nak bersilat jer, tapi novel yang sarat dengan pengajaran Islamik. Dengan perjalanan hidup yang sangat-sangat menarik. Sungguh aku jatuh cinta dengan Laksamana Sunan kala itu .... dan hingga saat ini pun. Ada ker orang yang sesempurna Laksamana Sunan dalam realiti hidup ini. Kalau ada ... Ya Allah! bestnyerrrrrrrrrrrrrrrr . 

Dan mulai dengan 'Bagaikan Puteri' aku tak miss satu pun buku-buku sinambungan dari ceritanyer. Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan akhir sekali Sunan Musafir. Aku sayang kesemua koleksi Laksamana Sunan ni. Cerita-cerita nyer memang tak pernah menghampakan aku.  Yang paling bestnyer ada bait-bait kata nasihat berunsur islamik yang terselit di sepanjang penulisan ni, memang menginsafkan. Sesiapa yang tak pernah baca kumpulan siri Laksmana Sunan ni, carik lah. Pasti tak rugi punyer :). Ikhlas ni. Ramlee Awang Murshid pun tak kenal aku. Tapi sesuatu yang bagus tu tak rugi kalau di kongsi kan ;) Cerita lain karya penulis yang sama pun best best jugak, antaranya yang sempat aku beli adalah Rahsia Perindu, Hatiku di Harajahu, Ungu Karmila, 9 Nyawa Dan Fiksyen 302.



Bagi aku ... dengan membaca buku buku cerita ni, dia memberikan warna dalam hidup aku. Bagi aku lah orang lain aku tak tahu, mungkin sebab  hidup aku tak menarik seperti cerita-cerita dalam novel yang ada kut. Inilah salah satu hobi aku, aku tak boleh putus dengan novel baru untuk menceriakan hari hari aku. Sehingga ada orang mengatakan hidup aku tak realistik dan sentiasa di alam fantasi sebab terlalu banyak baca novel. Setakat ni aku tak giler lagi dan masih tahu yang mana realiti dan fantasi. Masih boleh menilai yang mana elok dan tidak. Insya ALLAH ....  



Antara petikan nasihat dalam Siri Bagaikan Puteri ...

"Berhati-hatilah dengan pujian, kerana pujian adalah senjata syaitan yang boleh menjadikan kita riak"

"Lebih baik tersalah ampun dari tersalah hukum"

"Tanpa kerelaan ibu bapa dan keluarga ibarat tidak mendapat keredhaan Allah. Tanpa restu Maha Pencipta, apa pun yang dilakukan akan menjadi sia-sia ibarat rintihan sang pungguk kepada bulan, walau dirayu berulangkali, sang bukan tidak sekali-kali akan jatuh ke riba"

"Memuja sesama manusia ... manusia tetap akan mati. Tetapi mencintai Allah, kasih sayang itu akan berkekalan"

"Jangan sekali-kali kita meratapi jenazah kerana kita juga akan menjadi seperti itu apabila masanya telah tiba. Sabar dan Redhalah. Kematian itu amat sakit dan penawarnya hanyalah sabar"

7 comments:

azieazah said...

Percaya tak? Kak Azie peminat tegar novel, tapi tak pernah ada satu pun novel RAM. Baca pun tak pernah. Pelik kan?

Hati belum terbuka...

My Life My World said...

To Azieazah ...

Laaa iyer ker kak, tu lah macam susah nak percaya sebab akak kan giler novel. RAM tulisan dia lain dari novelis lain. Dia banyak menulis cerita misteri dan suspen thriller.

Macam Novel 'Fiksyen 302', Kak Long kata tak best sebab dia tak faham. Kak Long jenis orang yang baca laju. Tapi saya faham cerita tu, sebab saya ni jenis baca sepatah-sepatah. Hahahaha ... baru menghayati. Then siap belek-belek balik apa yang dah berlaku sebelumnyer.

Saya ambik masa nak habiskan satu novel sebab saya slow reader dan tak ada banyak masa. Tu yang masa tengah jem pun belek belek kejap tu. Huhuhuhu

icaland pelangi indah said...

bila baca novel laksamana sunan ni..tidur pun..terasa bagai dlm kisah sunan. setiap kali tidur..pasti tidur tak nyenyak sbb mengambara bersama2 sunan. kdg2 tu..tidur pun..masih terasa terus membaca novel sunan. kdg2 sakit kepala sbb tidur tp letih.

icaland pelangi indah said...

bila baca novel laksamana sunan ni..tidur pun..terasa bagai dlm kisah sunan. setiap kali tidur..pasti tidur tak nyenyak sbb mengambara bersama2 sunan. kdg2 tu..tidur pun..masih terasa terus membaca novel sunan. kdg2 sakit kepala sbb tidur tp letih.

My Life My World said...

To icaland pelangi indah ...

Kan Kan Kan ... rasa macam nak bercinta dengan Laksamana Sunan. Macam nak masuk dalam buku cerita tu sama. Hahahaha.

khairul farhan said...

Kami yang lelaki ni pun gila jugak dek Laksamana Sunan ni. Bukan calang calang orang yang boleh jadi dia. Pemikiran, tahap kesabaran dia kalau betullah mcm apa yang diilustrasikan dalam novel novel ni, Subhanallah.

Saya kat sekolah dulu pernah berebut dengan kawan novel ni sebab novel ni ada kat library. Sampai sekarang dah berapa tahun keluar sekolah novel tu tak dipulangkan hahaha ada pada siapa tah

Farah said...

Assalamualaikum. Tumpang iklan sekejap ye admin. Saya ada menjual kelapan-lapan siri LAKSAMANA SUNAN;
1. Bagaikan Puteri, RM 19.90
2. Cinta Sang ratu, RM 19.90
3. Hijab Sang Pencinta, RM 19.90
4. Cinta Sufi, RM 19.90
5. Sutera Bidadari, RM 22.00
6. Sunan Musafir, RM 22.00
7. Sunan, Nanggroe Sang Kembara, RM 23.00
8. Sunan Cinta Nan Sakti, RM 30.00

Boleh survey di saya punya pages https://www.facebook.com/KC.ReadOn/photos/?tab=album&album_id=986101984820572
Jangan malu, Jangan segan. Hanya perlu pm/whatsapp saya di 017-2256654 utk pembelian.
Terima kasih :)