Thursday, September 13, 2012

MY FIRST REPORT CARD

Hari ni hari ARKIB NEGARA aku ... tetiba teringat kat 'Personal File' yang abah buat untuk kami anak-anak nyer. Abah aku ni sangat-sangat 'organised'. Seawal kami anak-anak nyer lahir, dia akan siapkan satu file, yang kat dalam tu segala mak nenek semua ada. Dari resit spital (kalau beranak kat spital-aku tak ada sbb beranak kat rumah), surat beranak, salinan kad pengenalan, surat daftar masuk tadika, masuk darjah satu, report card tadika, report card sekolah rendah, surat tawaran masuk IPTA ... aku tabik kat abah. Siap semua rekod, lahir kat mana, sekolah darjah 1-6 kat mana, tingkatan 1-5 kat mana. Saya sayang Abah saya.

Bila dan tuo-tuo ni abah akan suruh anak-anak dia simpan sendiri dan sambung segala catatan dia dalam fail tu. Hehehehe ... aku tak se'organised' abah, tak ada nyer aku nak menyambung cerita pun. Tapi aku jaga fail tu dengan baik. So aku terjumpa balik fail ni masa geledah laci kat rumah, elok jer menelaah fail tu terjumpalah 'Kad Laporan' aku semasa umur 6 Tahun sewaktu Tahun 1975. Masa ni aku dan keluarga duk kat Jalan Khalsa, Batu 3 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Perumahan kami ni dekat dengan SMP Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Dan peristiwa tak leh lupa, kawasan ni jugak dekat dengan Kilang Kayu tempat 'Botak Chin' (Penjenayah fofular Tahun 70an) ditangkap. Aku dapat pendidikan awal kat Nirmala Kindergarden. Batu 3 1/4 Jalan Ipoh. Ni lah yang paling dekat dengan rumah kami. Jalan kaki jer susup susup rumah setinggan orang cina kat situ. Kalau abah rajin, pagi-pagi merasalah naik kereta ikut jalan jauh, sebelum Abah masuk kerja kat Kem Batu Kentomen Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Yer saya anak askar, dan bangga menjadi anak askar ... hehehehe tetiba iklan.


Yang aku ingat Tadika aku ni share bangunan dengan Gereja. Amat besarlah jugak Gereja tu. Kalau ada orang mati selalu dibawa ke Gereja, kami bebudak kenot masa tu selalu intai-intai tengok dari kelas kami. Dulu-dulu nak carik Tadika Islam ker, Takis ker sangat-sangat lah susah. Apalah lagik duk kat Bandar Kuala Lumpur ni. Banyak nyer Tadika Cina, Tadika Kristian. 





Ni nak nasihat ni, korang kalau ada anak-anak kecik nak masuk Tadika, tolonglah masukkan ke Tadika Islam sebolehnyer. Yang ajar doa, ajar ngaji, ajar solat, ajar bahasa arab. Bebudak kecik ni otak dia orang macam sponge box squarepants waktu ni lah dia orang akan serap seberapa banyak ilmu yang ada. Dan masa kecik ni lah elok diterapkan nilai-nilai islam. Aku tak malu mengatakan, anak-anak aku semua masuk Takis Pekan Kuang. Biarpun Takis ni tak cantik langsung, sebab menumpang Surau lama. Biarpun bayaran dia murah sesangat (tambang bas sekolah lagi mahal dari yuran). Aku ingat masa tu RM25 sebulan jer. Biarpun uniform dia tak glamer langsung. Biarpun kawasan dia macam kawasan rumah setinggan dan terletak kat belakang kedai mamak roti canai serta tidak bertar. Tapi aku sangat respek ustazah-ustazah yang mengajar bertahun-tahun lamanyer tu (dari zaman Kak Long sampai saman Aran). Sangat-sangat komited dan berdedikasi. Dia orang akan ajar betul-betul, sampai anak kita dapat tangkap, dan tak akan dibiarkan tak reti kenal huruf. Alhamdullilah anak-anak aku hujung-hujung 5 tahun dah boleh membaca dan mengaji. Dan sekali lagi aku tak malu nak mengatakan, aku banyak hafal doa pun dari anak-anak kecik aku ni. Dan sampai sekarang, tiap kali lalu berdekatan kawasan perkuburan, anak-anak aku akan kata."Mak kubur mak, mute radio" sebab kami satu kereta akan sedekahkan Al-Fatihah untuk ahli kubur. Alhamdullilah ... dan dari rekod, kebanyakan anak yang sekolah di Takis Pekan Kuang ni selalu dapat jadi Best Student kat sekolah rendah. 



Wallaweh!! punyalah panjang aku merapu, nak cerita pasal report card dah cerita pasal lain. Jom skodeng report card aku. Hehehehe ... dulu-dulu tak penting sangat markah-markah ni, banyaknyer komen dari teacher jer. Yang aku tahu, aku memang tak pandai berkawan masa dulu. Aku selalu jadi follower yang bodoh-bodoh gitu. Sampai sekarang pun kut aku tak pandai berkawan. Huhuhuhu ...  Dan aku tak banyak cakap. Terlalu pendiam, sangat-sangat pendiam. Tak macam sekarang. Hambik kau ... aku lah penglipurlara sekarang ni. Kalau sorang-sorang pun aku boleh bercakap sendiri. Kira aku tak lah teruk sangat masa kecik dulu. Positive jer ulasan teacher-teacher aku. Tapi tang Bahasa Inggeris aku cukuplah lemah. Memang aku tak pandai langsung. Sila lah skodeng ulasan kat atas tu. Dolu dolu kan, kat rumah cakap melayu (aku tak bercakap banyak pun, aku dengar jer). Kat radio mak pak aku selalu jer dengar lagu melayu (tak penah aku dengar stesen omputeh). Kat TV yang tak banyak channel tu pun jarang-jarang ada cerita omputeh. Jadi nyer ginilah aku.  Erkkk.... boleh pakaikan alasan kat atas ni. Hehehehehehe ... Alhamdullilah sekarang dah okay sikit. Okay sikit jer yer, aku memang tak pandai omputeh. 


Tapi nak kasik tahu lagik ni, aku bukan sahaja PENDIAM, tapi aku sangat-sangat PEMALU. Ha! sila lihat bukti kat atas nun. Tapi tipu punyer. Berbeza sungguh dengan sekarang ni ... aku lah orang yang tak tahu malu. Hahahahaha... sekarang ni aku main redah jer, lantak korang lah nak kata apa, asalkan aku bahagia dan selesa dengan hidup aku.

4 comments:

Fadzli Amir said...

salam kak...
selamat hari raya maaf zahir batin...
Taman DIDEKAN....heheheheh...ayat lama tu...
VERY SHY...hehheheehe...

My Life My World said...

Wa'alaikumusalam. Sekarang ni dah tak ada Taman Didikan lagi. Sekarang ni dah jadi TADIKA kan ;)

Mrs Taz said...

hehe mmg very friendly ... tp shy ke? hahaha .. zia punye sure mak dah bakar report card2 lama .. sedangkan gambar2 lama pun dia duk bakar .. katanya menyemak rumah lol ...

My Life My World said...

To Mrs Taz - Shy tu sejarah dulu, masa baru nak hidup. Sekarang ni tak Shy langsung ... Hahahaha. Sedangkan pantai pun berubah ni kan perangai manusia.

Ala sayangnyer dibuang gambar-gambar lama tu, nostalgia tu.