Friday, September 28, 2012

PENJAHAT CYBER

Pagi tadi aku sempat tengok Nasi Lemak Kopi 'O' kat TV9. Dia orang jemput Inspektor Foo (Inspektor paling femes kat KL ni... hehehehehe) untuk bincang pasal Jenayah Cyber di Internet. Inspektor pun menceritakan dan berpesan, "Jangan sekali-kali memberi tindakbalas ke atas email-email yang konon nyer datang dari Bank-bank tempatan. Yang meminta kita mengemaskini akaun dalam E-Banking kita" ... dia kata gitu sebab nyer, kalau kita mula mengikut setiap arahan yang diberikan maka dalam sekelip mata wang kita di bank boleh hilang.

Maka teringatlah aku, kat dalam kotak -email aku ada terima berpuluh-puluh email dari bank, yang aku tak pernah bukak akaun langsung kat situ. Agaknya sindikit ni main random jer kut hantar email kat semua orang Malaysia yang ada email address. Macam nelayan menabur umpan dan melempar jala untuk dapatkan ikan. Kira email-email ni semua macam umpan lah. Ada yang kena dan ada yang tidak. Bagi mereka yang boleh berfikir mungkin 'ignore' benda ni. Bagi mereka yang naif dan lurus bendul akan fikir ianya betul-betul datang dari bank dan kebetulan dia orang ada bukak kat bank itu. Macam-macam pesen orang nak menipu sekarang ni kan. Tak rasa berdosa ker dia orang ni.



Email aku terima dari Hong Leong kononnyer - berderet deret
Nak jual ubat kuat lelaki pun nak hantar kat email aku ... ish ish ish



Kalau aku bukak email kat atas dia akan keluar macam kat atas ni. "Kami telah baru-baru ini dikemaskini pangkalan data kami dan oleh itu memerlukan semua pelanggan (tak nampak lagi yang lepas tu). Dilampirkan dalam e-mel ini adalah bentuk akuan update. Sila muat turun untuk meneruskan. Sokongan Pelanggan" . Aduyai bahasa malaysia pun tak betul, agaknyer dia orang ni pakai Google Translate kut. Tu yang BM pun jadi tunggang langgang. Layan lah labu, layan gelak tengok orang nak bodohkan orang. Then aku pun klik lah kat file yang dia orang attach tu ... 



Keluarlah web page macam ni. Aku pun tak tahu macam mana originally webpaga Hong Leong, sebab aku tak ada akaun Hong Leong langsung. Lawak sungguh lah dia orang ni. Jadi sesiapa sahaja diluar sana, jangan lah terpedaya dengan penipuan penjahat penjahat cyber kat luar sana. Dia orang tak pakai pisau atau pistol nak ugut orang mintak duit, tapi dia orang menggunakan internet untuk menjadi perompak sekarang ni. So berhati-hati yer... mengingatkan diri sendiri gak ni, sebab tak tahu lah lepas ni macam mana cara lagi dia orang nak tipu orang ni.


nota kaki : Aran tak dapat pergi rombongan melawat kilang KFC esok sebab kena Chicken Pox.
Kesian dia, siap dah buat countdown nak pergi. Melayang fee RM50 untuk lawatan
Redhakan sahajalah .....

2 comments:

azieazah said...

Memang banyak kes macam ni. Bukan Hong Leong saja, segala bank yg ada kat Msia ni.

Siannya Arann... alahai. Takpa la, nanti dah sihat, bleh pi makan KFC puas-puas.

My Life My World said...

To Azieazah ..

Betul tu kak, belum lagi kes awang itam menyamar jadi mat salleh hensem nak tackel perempuan nak kaut duit. Yang herannya perempuan yang bijak pandai pun boleh terkena. Mintaklah kita dijauhkan dari segala penipuan ni.