SABTU, 15 September 2012
Tajuk pasal beraya, tetiba jer gambar kereta tergantung ... tak relevan langsung. Aku ni jarang cuti hari Sabtu, kereta pulak dah masuk masa untuk di serbis. Di kesempatan ini lah aku bawak keta pergi serbis. Aku ni pompuan, tak reti sangat pasal kereta-kereta ni, kalau rosak tengah jalan, mati ler aku tak reti nak buat apa. So untuk mengelak dari rosak, kenalah maintain kereta dalam kondisi yang baik selalu, kenalah serbis ikut waktu. Tapi kalau dah nak rosak tu, kau serbis tip top macammana pun rosak gak kan. Nauuzubillah, minta dijauhkan lah hendaknyer.
Seawal pagi Sabtu dah kena bangun sebab nak hantar Anak bongsu tersayang pergi latihan Tennis di Penjara Sungai Buloh. Tapi aku tak lah hantar sampai Penjara nun. Hantar sampai rumah cikgu dia jer ... hehehe. Tapi sebelum tu aku dating dengan Aran, bawak dia pergi makan roti canai. Hantu roti canai mamat ni, selalu sekali hadap 2 keping dia boleh abis kan. Maklumlah musim raya dah lama tak dapat roti canai kan. Lepas hantar Aran ke rumah Cikgu dia, aku terus balik umah. Mengutip pulak budak tiga orang lagi. Ketiga-tiga ni pulak nak ikut aku pergi servis kereta kat Kepong dan cadang nyer lepas servis nak pergi TESCO. Anak-anak aku ni pantang dengar aku nak pergi Tesco, mesti nak ikut. Nak beli pen ler, eraser ler, correction tape ler, kertas kajang ler ... tapi mak faham sebab mak pun pernah sekolah jugak dulu. Kau ambik jer lah mana-mana kau nak wahai anakku, masa ni aku memang tak banyak songel punyer. Sebab sangat faham dengan keperluan dia orang. Anak-anak aku tak akan pergi kedai beli sendiri punyer, mesti nak tunggu mak dia lah jugak.
Hahahaha ... ini masa kat Pusat Servis Kereta tu. Mak dia punyerlah bersungguh-sungguh nak ambik gambar dia orang bertiga. Boleh lak sorang sorang pakat tutup muka macam baru kena tangkap dengan pihak JAIS. Orang-orang kat pusat servis tu pun heran, selalu tengok aku datang sorang jer tapi kali ni bawak bodyguard, sampai 3 pulak tu. Aku pulak heran, bukan main ramah lagi korang dengan akak ek, mentang-mentang ler aku bawak anak dara aku sekali datang. Hahahaha ... Kebetulan rezeki kami, pusat servis tu pulak buat open house sempena hari raya. Wah! perut kenyang lagi pun boleh lagi tu aku membalun dengan Muhammad Hilman.
Hilman kata kalau nak ambik gambar, jangan ambik gambar masa makan ... tak elok orang tua kata.
Oooooo patut ler kau tegak berdiri masa mak ambik gambar ek.
Eh iyer ker, mak ni dah tua tak penah lak dengar orang kata macam tu
Ker kau rasa kau tak hensem kalau mak ambik gambar kau tengah ternganga .. hahahaha
Meriah gak makanan kat Pusat Servis ni ...
dengan Rendang Ayam, Laksa, Ketupat, Kuih Muih dan Buah-buahan
Masa tengah-tengah servis kereta tu, dapat pulak call dari Aran. Dia kata on the way balik dari latihan. Memula tu Hilman bertegas jugak nak pi TESCO, aku pulak bertegas nak ambik adik dia. Mana boleh kan nak tinggalkan busyuk aku tu tunggu lama-lama, nanti nangis lak. Dah ler dia kecik lagi. Statement macam ni ler yang selalu buat kakak-kakak dan abang dia tak puas ati, kata aku selalu lebihkan adik dia. Ketahuilah anak-anak aku, mak sayang semua anak-anak mak sama rata. Dan mak tak mahu anak mak rasa mak pilih kasih atau melebihkan orang tu dan orang ni. Kalau lah perut mak ni ada poket macam Kanggaru, keempat-empat sekali mak nak letak dalam poket tu dan bawak korang merata-rata. Huhuhuhu ... dah masuk bab Kanggaru lah pulak tiba-tiba.
Sebelum balik ambik Aran tu, sempat lah masuk mesin cuci kereta. Memang cepat giler cuci kat sini, tak abis kita orang dengan satu lagu kat radio dah siap. Murah pun murah ... 4 hengget jer. Asalkan bersih sudah, walaupun tak lah bersih sangat. Sampai rumah dah dekat pukul 12 tengahari. Suruh Aran mandi dan bersiap, keluar balik ke Rawang ikut Lebuhraya Latar masuk di Kundang.
Ada open house kat Taman Jati Rawang. Ini rumah kawan sekolah rendah aku ... entah macammana jumpa balik. Walhal aku pun tak ingat ke'ujud'an dia masa sekolah dulu. Sori ler Rozaimy ... nasib baik ler kau ni peminat setia Mazita kawan baik aku tu, kalau tidak memang aku tak kenal kau. Dah baru kenal tu pulak tak sangka kau pulak kenal dengan kawan baik aku Sabariah kat Media Prima dan Ixoraroxi kat NSTP . Kebetulan Rozaimy ni kerja kat NSTP yang adik beradik dengan Media Prima tu. Ini jemputan dia untuk kali ke 2 raya ni, masa kali pertama aku tak sempat nak datang. Nasib baik senang nak carik rumah kau Rozaimy. Ini pun gambar aku cilok dari FB kau yang kau tag kat aku. Thanks Bro ... Nasik lemak berlaukkan tempe, udang petai itu sangat sedap.
Lepas balik dari Rawang tu ler baru berkesempatan singgah kat TESCO Batu Caves. Gedebak gedebuk kat sini dalam pukul 3 lebih tu berkejeran balik rumah semula. Nak kejar solat Zuhur yang dah kat ujung waktu then tunggu nak solat Asar pulak. Sebab lepas ni ada open house lagi. Kan aku dah kata, rumah aku sejak Iqa balik ni tak ubah macam Hotel, transit kejap-kejap. Dah dua kali balik rumah dalam satu hari. Aku tak boleh ler nak berjalan dengan groceries basah kat bonet, nanti busuk pulak.
Pukul 4 lebih sampai kat Bandar Baru Sg. Buloh. Kali ni open house kat rumah Nina (kawan baik Kak Long) pulak. Kali ni dah 2 tahun berturut-turut ke sini.
Makanan dia memang marbeles. Ada ayam panggang, roti canai, capati, laksa, nasi arab, kuih muih such as blueberry tart, pahlova, karamel ... fuhhhh nak list down memang ler banyak. Puas ler makan ...
Nina dan Kak Long dah lama sangat kenal, sejak di sekolah rendah lagi. Menyebabkan aku pun turut sama mengenali Mak Nina, Sarimah yang sangat peramah dan mesra alam gitu. Kengkadang buat aku rasa segan. Iyerlah ... dia orang ada-ada, aku ni sapa ler. Tapi seperti biasa aku ni memang tak malu, main redah jer. Asalkan selesa dan anak-anak aku suka. Sebab aku tahu kengkadang anak-anak aku ni perlukan aku untuk temankan dia orang ke majlis-majlis macam ni. Mesti nak mak ikut, dah 17 tahun dah umur tu. Rasa bersyukur gak, sebab dia memilih ibunyer sendiri dari kawan-kawan yang ada. Tu yang susah aku nak berpisah dengan anak-anak ni nanti. Macammanalah kalau Kak Long pulak duk Asrama ... aduyai. sangat terasa kut. Sebab dia ni lah Radiogram kat rumah tu.
Hilman dah bersandar kekenyangan ... tak tahulah berapa ketul ayam dia dah ngap
Tengah bincang masalah negara lah tu kut.
Yang kecik kuat menyakat ... yang beso tak tahan kena sakat. Cepat jer naik marah ...
Tapi mak tahu Hilman sayang adik dia
2 minggu lepas dia kata, "Mak jangan risau, Hilman kan pernah janji dengan mak nak jaga Aran"
Tapi konpius gak mak, bila kau asyik nak buli adik kau jer.
Boleh dia balas,"Itu ler tanda sayang".... Cit
Kak Long dan Iqa dengan kawan-kawannyer.
Kat sini baru perasan, sama jer muka korang
Cuma Iqa dah tinggi sikit dari Kak Long
Eh ... dah abis gambar ker ... tak sedar pulak. Lepas majlis open house ni pulak kami pun terus bertolak balik ke Klang. Maklumlah cuti umum, seperti biasa rumah nenek Habsah akan dipenuhi dengan sepupu sepapat pak cik dan mak cik. Riuh dan kecoh sure punyer lah. Sambung lagi nanti ... ;)
2 comments:
Bestnya bila anak-anak (esp. lelaki pun) masih mahu ikut mak ke mana-mana. Anak-anak Kak Azie, hanya tinggal yang bongsu jer yg masih mahu ikut. Yang lain... paksa pun tension!
Makan dan makan. Apa lagi, lepas gantung keta, gantung kuali la pulak! Layannn...!
To azieazah ...
Alhamdullilah, takat ni kalau dengar nak pergi shopping memang semua nak ikut. Tapi kalau nak pergi rumah orang atau kenduri tu memilih jugak.
Iyer lah kak, akhirnyer jumpa satu persamaan di situ. Gantung kereta dengan gantung kuali ek :)
Post a Comment