Thursday, September 20, 2012

SIBUK-SIBUK DI HARI AHAD

AHAD, 16 September 2012

Pulang ke rumah dari Kampung Jawa, Klang agak lewat malam tadi. Sampai rumah pun hampir pukul 11.30 malam. Tu yang pagi Ahad lepas solat subuh tidur balik tu. Sedar-sedar bangun dah dekat pukul 10 pagi. Hehehehe ... buruknyer perangai mak orang ni. Nasib baik anak-anak burung pandai carik makan sendiri. Stok kat dapur banyak lagi kan (baru semalam pi Tesco) pandai-pandai lah korang layan perut sendiri. Lepas bangun tengok Starmovie jap. Kejap mendenyer ... hampir pukul 11.30 lah jugak. Lepas tu baru ler terhegeh-hegeh nak gosok baju, nak mandi sebab jap lagi nak pergi kenduri kawin 


Tak jauh pun kenduri kawinnyer dari rumah aku. Tak sampai pun 2 batu. Kami sampai lebihkurang pukul 12.30 tengahari. Kenduri kawin kat rumah Nazri, kawan anak-anak aku. Dah tuo-tuo ni kawan anak-anak pun dah jadi macam kawan aku gak. Ramai anak buah aku :) . Meriah kendurinyer ... banyak khemah, kawasan rumah pun memang beso. Tak ada masalah nak carik meja makan. Seperti biasa carik yang dekat dengan meja lauk, hehehe senang sikit nak menambah. Memang muka tak malu ... heheheh. Malu kalu lapar ler jawapnyer kan kan kan.



Yang berdiri sambil tersenyum tu lah Nazri
Masa ni sebenonyer dah abih makan dah ... sajer sajer melepak.
Ingat nak tunggu pengantin. Tapi macam lama lah sangat melepak sampai rasa segan pulak :)




Berderetan lauk pauknyer. Ada nasi minyak, ada nasik putih. Ada ayam goreng rempah rendang daging, dalca, ikan masin masak lemak dengan nenas, acar timun, acar buah, tapai pulut, bubur kacang serta teh tarik dan air sirap... Lepas dah melepak tu, tengok jam baru pukul 1.30. Sebenornyer dah rancang pergi shopping kasut sukan Aran lepas kenduri. Cikgu nyer dah tegur tapak kasut makin nipis. Tak per lah, jom balik umah lah dulu, Solat Zuhur. Dah lepas solat baru seronok nak jalan, tak rasa bimbang berhutang lagik dan fikir nak solat kat mana kan.

Sampai Pertama Complex dah dekat pukul 3 ... tempat paling best kalau nak cari barangan sukan. Banyak kedai dan pilihan kat sini. Alhamdullilah, senang dapat parking. Lepas melilau keluar masuk kedai, dapat lah sepasang kasut Dunlop dengan harga yang sangat berpatutan. Lupa pulak nak hambik gambo. Sebab penat berjalan dalam kompleks tu. Dan aku sempat menyambar tepon murah untuk no phone aku yang satu lagik tu. Sebabnyer phone Nokia aku dah kasik kat Kak Long, sebab BB dia langsung tak boleh pakai. Semua orang dah komplen, apasal tak dapat call aku kat no lama. So nak tak nak terpaksa lah carik phone murah. Lepas amoi tu insert SIM Card, dia kata no aku yang lama tu tak valid. Dia suruh aku pi Maxis Centre mohon balik nombor yang sama.


Maxis Centre yang paling hampir dan bukak di hari Ahad ni, mana lagi kalau tak KLCC. 
"Jom pi KLCC anak-anak" ...
 "JOM" amboi hampir serentak dia orang jawap dengan mata shining shining.





Nak tahu kenapa aku bersungguh-sungguh sangat nak nombor lama tu semula? 
Sebab aku dah pakai nombor tu lebih dari 10 tahun.
Sebahagian dari kenalan semua masih hubungi aku dengan nombor yang lama.
Sampai Big Boss yang dah hafal no lama aku tu pun bising sebab ingat aku dah tukar nombor baru.
Tu yang sayang sangat kat nombor lama tu. 

Anak-anak ini memang suka kalau dapat datang Maxis Centre ni.
Sebab boleh usha-usha Smart Phone terkini kat pasaran
Nengok jer lah yer sambil belek-belek.



Dah sampai KLCC kan, ini lah masanyer nak pi Window Shopping. Takat masuk butik-butik yang mampu jer lah. Butik butik mahal tu takat jenguk kat cermin jer lah. Nak masuk pun takut ... takut sakit ati tengok harga. Lagi satu takut .... takut sakit ati SA pandang sebelah mata, tak moh layan kita. Iyer kami insan yang sedar diri, bukan orang yang ada-ada. Lepas ke KLCC waktu tu tengok jam dah dekap pukul 5 lebih. Woi! mengkome tak solat Asar lagik. Perjalanan seterusnya, transit opis mak kat Segambut ... solat Asar then lepak kejap untuk tunggu Solat Maghrib lah pulak. Kita orang tak abis shopping lagik nih ... Kak Long tak jumpa lagi kasut Converse dia. Kat KLCC kaler tak cantik katanyer, tak banyak pilihan.




Lepas Solat Maghrib, perjalanan seterusnyer adalah ke Setia City Mall. Shopping Mall terbaru ni dah jadi feberet anak anak aku sekarang. Nak tahu kat mana .... nun di Setia Alam Park. Kat mana Setia Alam tu? Kat Meru Klang. Jauh tak jauh tak ..... huhuhuhuhu. Ingat nak singgah malam sebelumnyer sebelum pergi rumah nenek. Tapi masa tu pun dah dekat nak pukul 7. Korang kalau berjalan mana reti kejap. Abih tu bila nyer nak sampai rumah nenek. Nak tak nak postponed hari ni. Dah janji dengan anak-anak kena ler tepati. Tak tunaikan, mahu sebulan dia orang mengungkit kang payah pulak. Nasib baik ada Plus Highway dari Jalan Duta terus keluar ke Setia Alam. Kalau idak jenuh ler nak tempuh Federal Highway yang sesak tu.




Akhirnyer Kak Long dapat juga kasut yang dihajati. Butik Converse kat Setia Alam agak besar lah jugak. Banyak pilihan, dan tak sesak sangat. SA pun baik dan mesra alam gitu. Dah dekat 3 tahun jugaklah Kak Long dengan kasut Converse lama dia tu, sampai dah sempit. Tu yang terpaksa beli baru tu. Mak okay jer, sebab korang bila nak shopping pakai duit sendiri kan. Mana korang nak pergi pun mak bawak, hatta ker JPO kat Johor tu pun mak singgah ... (kalau nak hantar Iqa ler). Balik dari Setia Alam kami singgah makan malam kat Steak House di Paya Jaras. Steak kat sini sangat murah dan sedap sangat. Ini pun tempat feberet anak-anak aku. Sampai rumah dah dekat pukul 11 lebih. Hmmmm kan dah kata, sejak Iqa balik kita orang tak lekat duk kat rumah. Sajer sajer nak bawak Iqa jalan-jalan. Sebelumnyer kalau nak jalan pun macam tak best, sebab tak cukup ahli. Bila ada Iqa tu yang pulun-pulun jalan tu. Esok, hari isnin Iqa dah nak balik JB semula. Lepas ni Hari Raya Haji pun dia tak balik sebab betul betul lepas raya ada Final Exam. Balik nanti pun bila cuti lama bulan sebelas nanti. Kesian anak mak ... sob sob sob

4 comments:

azieazah said...

Sejak IQA dok Johor, agenda pun berubah-ubah ya. Tapi nampak macam lebih ligat berjalan-jalan. Macam lepas geram jer? hehehe

Tapi seronok, sebab bergerak dalam satu kumpulan yang setia. As family, as geng, as frens... wahhh seronoknya.

Cemana eh kalu ada yang dah kahwin nanti?

My Life My World said...

To azieazah ...

Hehehehe ... memang pun kak. Rumah saya dah jadik macam Hotel jer. Balik tidur then transit sekejap sekejap. Kesian kat Iqa, duk sana tak pergi mana-mana. Bila tak ada Iqa, kengkadang bila yang lain ajak jalan mesti terkeluar kata. "nantilah kita tunggu Iqa jalan sekali" ... lepas tu terkeluar lah lagi, mak ni sayang kat Iqa jer. Aik, dah tukar pulak. Hari yang lain kata sayang kat Aran.

Gitu ler anak-anak, mak dia sayang semua sebenarnya. Tapi kadang-kadang dia orang jer tak sedar. Bukan mudah nak puaskah hati semua orang. - Laaa terpanjang komen lak. Hahahaha.

Kalau ada yang kawin nanti ... hmmm biarlah waktu dan keadaan yang menentukan. Sorang jer pergi asrama pun dah terasa sangat, tahun depan Kak Long pulak ke PLKN. Tinggal ler 2 orang jejaka tinggal temankan mak dia. So kalau kawin nanti, korang jangan ler duk jauh-jauh, duk sepelaung sudah. Saya dah cop nak jaga cucu saya nanti ... hahahaha berangan tak sudah.

kasihibu said...

seronok berjalan jalan bersama anak anak, sya nak berjalan dengan anak anak dara cuma masa diorang balik je

My Life My World said...

To kasihibu ...

Memang seronok, tambah lagi dah beso-beso ni. Bukan selalu pun dapat jalan cukup corumn gini. Kena tunggu cuti sekolah jugak. Lagi satu kena tunggu banyak duit jugak. Anak-anak ni tengah kaya dengan duit raya, tu yang seronok lagi tu. Hahahaha