Cantik kan nombor tu ... dengar kat radio pagi tadi, dikatakan ini adalah nombor terakhir dengan turutan sebegini di abad ini. Nombor dengan turutan cantik macam ini hanya akan ada pada tahun 2101 nanti. Yang pasti aku pun dah tak ada masa tu nanti. 89 tahun lagi gamaknyer. Kalau aku hidup lagi umur aku masa tu dah 132 tahun. Fuyooo!!!! Itu umur Unyang aku masa dia meninggal dunia pada tahun 1983. Masa tu umur aku 14 tahun. Orang dulu dulu hidup sangat lama. Mungkin cara hidup atau mungkin amalan hidup, tak dapat aku nak jawap. Tapi masa umur dia macam tu, ramai sangat budak budak universiti yang jumpa dia, bertanyakan pasal sejarah di tanah melayu. Dia masih ingat everything, dia tak nyanyuk lagi. Unyang aku orang Minang, yang datang merantau ke Tanah Melayu dari Kepulauan Sumatera. Masa dia datang dulu, dia duk singgah di Sungei Ujong, Negeri Sembilan. Dari Sungei Ujong berjalan kaki dan bermastautin di Kuang Selangor. Dan antara orang yang terawal menduduki dan membuka Kampung Kuang. Sebab tu kat Kuang ni ramai orang Minangkabau. Hebat kan orang dulu-dulu.Bahasa Minang sedap didengar. Aku faham cuma aku tak boleh nak sebut sama. Macam Bahasa Kelantan (Mak aku dan aku lahir di Kelantan) pun aku tak terikut dan pandai melenggokkan nya.
Ishhhh !!! aku dah start merapu lagi. Jangan dibiarkan aku berbicara, entah hapa-hapa aku merepek nanti. Sebab aku kalau menulis boleh non stop dan tak tahu macammana nak stop.
Sori Yang ... aku cilok dari FB kau.
Hari ini hari istimewa sebab hari ni adalah hari orang yang di sayangi. Sahabat paling rapat, dan dah ku anggap adik sendiri. Ayang Safiah ... SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE ... aku tahu dan kau tahu jumlah dia dah cukup kan ;) Dari bulan lepas kau menghitung hari yer Yang .... akhirnyer sampai jugak tarikh ini. Akak doakan semoga hidup Ayang sentiasa Di Rahmati, Di Lindungi dan Di Kasihi ALLAH dan keluarga Ayang yang tersayang. Ketahui lah dik, walau apa pun kau ... akak sayang sangat kat kau. Akak dah boleh terima buruk kau, akak dah boleh tahan temper dan angin kau sebagaimana kau boleh terima temper dan angin akak. Eh! akak ada tak sabar ker dengan kau. Hehehehehe. Yang terbaik akak harapkan untuk kehidupan Ayang di masa kini dan masa hadapan. Apa-apa pun yang berlaku akak sentiasa ada untuk Ayang. Akak tak akan lari dari hidup ayang ... sebagaimana Ayang sentiasa ada untuk akak di hari hari murung dan hari hari gelap akak. You always have my shoulder to cry on dear. Selamat Ulang Tahun Sayang.
Nota Kaki : Akak jelez dengan tarikh lahir kau yang cantik hari ni Ayang.
6 comments:
happy birthday ayang ... acik bawak ayang datang MV nnt zia belanja sempena birthday hehe
Too Mrs Taz ... Insya ALLAH. Mesti dia suka kalau dengar ni. Hehehehe
Salam.. maaf lambat komen.. tq tq tq atas N3 special utk ayg ni.. tq kerna menyenaraikan semua yg buruk pada ayg.. br best gini.. tak le nampak mcm watak2 dlm novel je kan... hehehehe
Ayg pun sayang akak sepenuh hati.. sayang sangat..
Salam.. Akak cakap kat kak Zya.. touchingnya dapat jemputan tu.. Mcm mana ni malu sangat nak jumpa pretty women.. i ni ala2 beast je.. Serebek lak tu.. baca je debar2.. ala2 nak jumpa mak mertua lak rasanya... muahahaha
Too Ayang .... Apa pun kau ... akak tetap sayangkan kau. Akak ambik semua baik dan buruk kau Ayang Safiah ku :)
Post a Comment