Tuesday, December 11, 2012

MINES WONDERLAND ... sekarang

Pernah pergi Mines Wonderland? Ala tempat rekreasi keluarga yang populor di awal tahun 2000. Yang terletak bersebelahan dengan Pusat Beli Belah MINES kat Sg Besi tu. Aku dan keluarga pernah la pergi sekali. Tak ingat bila, tapi rasanyer antara tahun-tahun tu jugak lah. 


Masa memula pergi dulu adalah lebih kurang keadaannyer macam dalam peta kat atas ni. Dia buka petang dan malam jer rasa nyer. Hehehehe sebab aku sampai malam. Masa tu terkenal lah sangat-sangat dengan rumah salji nyer. Maklumlah duk kat Malaysia nih, mana ada jumpa Salji kan. Yang ada masa tu kalau tak silap aku kat Genting Hinglands, kat rumah 4 Musim Bukit Cerakah dan kat sini lah ... di Mines Wonderland. Teruja betul masa tu nak masuk rumah salji, sanggup beratur panjang.




















Bukan takat rumah salji jer ada kat dalam tu. Ada Mini Roller Coaster, ada keretapi keliling taman, ada lampu-lampu yang cantik, ada bot-bot kecik, ada mini zoo ... macam-macam ada. Memang happening lah masa tu kalau bawak anak-anak kecik lagi lah best budak budak tu.

Adalah hari tu, aku berpeluang untuk pergi ke area Mines di Seri Kembangan, dengan lebih tepat lagi ke Kettha di Tingkat 6 Bangunan Mines 2. Hati teruja nak tengok Mines Wonderland yang hanya bersebelahan jer dengan bangunan ni. Bagaimana ler rupernyer sekarang ek. So aku pun macam gumbira dan teruja lah nak tengok Mines Wonderland sekarang nih ... tapi aku menerima SURPRISE.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Eh! Betul ker ni Mines Wonderland tu ....


Macam tak percaya la ...


Dah tak ada apa-apa lagi. Yang ada hanya semak samun terbiar


Monumen air pancutan yang menyambut kehadiran pengunjung pun dah tinggap sepi dan terbiar




Rumah Salji yang satu ketika dulu sangat gah, pun dan jadi  macam rumah setinggan jer





Mini Zoo pun dah tak ada apa-apa lagi
Hanya tinggal kandang-kandang terbiar dan besi-besi buruk jer


Rasa ralat dan sedih jugak. Padahal dalam kepala dah terbayang nak bawak anak-anak aku datang sini lagi. Nasib baik idea tak terkeluar ... sebab memang dah tak ujud pun Mines Wonderland sekarang ni. Ker aku jer yang baru tahu ia dah lama tak ujud lagi. Hilang satu lagi Taman Tema Keluarga di Ibu Kota ... kalah oleh arus pembangunan negara yang mencari keuntungan semata. Hehehehe ... macam ayat Karam Singh Walia lah pulak. Itu lah nak cerita, dah lama dah aku peruk cerita ni dalam peti, baru sekarang ada sikit mood nak tulis ;)

Nota Kaki : Rasa nak makan kaki ayam ...

16 comments:

mama iman said...

say apon br nk ajak family revisit tempat ni. waaa. sedihnya bile tgk jd cenggini ..

cinta mama said...

la..br nk bwk ank jln2..dh xde rupanya...

My Life My World said...

To Mama Iman ... sama lah kiter, baru ingat cuti sekolah ni nak pergi sini :(

Terima kasih sudi singgah blog kita :)

My Life My World said...

To Cinta Mama ... kena lah jalan-jalan kat The Mines, boleh gak naik bot dalam shopping centre tu :)

Rasyidie Amat said...

Nasib baik terbaca blog ni...

Rasyidie Amat said...

Nasib baik terbaca blog ni...

Shuhaimi Abd. Sani said...

Lorrr baru ingat nak pi

GoGo PowerRangers said...

Kenapa aku langsung x tau... ceh puii... sempat la aku g kecik2 dulu. Baru nk bawak anak2 main salji

GoGo PowerRangers said...

Kenapa aku langsung x tau... ceh puii... sempat la aku g kecik2 dulu. Baru nk bawak anak2 main salji

Puteri Wanita said...

salam... baru tahu macamana pemanandangan terkini mines wonderland dari atas. selalu tengok pintu masuk dengat mines shopping mall aje. minta gambar sikit yer nak review :)

Klik Sini

siti farishah an said...

aku pun sama..satu ketika dulu nak bawak anak g jalan2, konon-konon lokasi yang dekat dan best, siap dah booking hotel kat hotel sebelahnye tu..konon-konon malam nanti nak g mines wonderland la.. bila sampai je diorang kate tutup sebab tengah renovation. nak tak nak sebab hotel dah bayar, mandi manda kat kolam hotel je la..hotel pun masa tu dah tukar nama, jadi Mines Wellness Hotel. Mujur anak-anak suke sebab kolam hotel tu ada pasir, feeling-feeling mandi pantai gitu..

sayang sebab tempat tu aku rasa agak best jugakla..mungkin masa zaman kegemilangannya dulu orang tak mampu nak masuk sebab tiket mahal, sebab tu tak dapat nak menampung kos..

MUHAMMAD FIRZAN ABDUL AZIZ said...

Sedih tgok tempat ni.. baru je balik dr stay semalaman dekat mines wellness hotel.. bilik btul2 mngadap tapak wonderland ni

MUHAMMAD FIRZAN ABDUL AZIZ said...

Sedih tgok tempat ni.. baru je balik dr stay semalaman dekat mines wellness hotel.. bilik btul2 mngadap tapak wonderland ni

Danial Darmin said...

Ingat lagi masa pegi dulu . Masa tu darjah 6. Tahun 1998. Best tempat ni. Ayah bawak. Masuk rumah salji. Paling aku ingt sekali air pancut yang lampu tu. Siap muzik. Walaupun dah dekat 16tahun tapi masih segar dalam ingatan. Terima kasih ayah. Bawak kat tempat cam ni walaupun dulu gaji ayah 400 jer sebulan

Rizuwan Intercooler said...

mines wonderland.. dah jadi macam mimaland jugak dah sejarah nya satu tempat yang gah dulu kininya jadi tempat berpuaka dan berpenunggu..

+ e.z + said...

salam kenal.

saya pun tetiba teringat psl mines nih...
mohon izin copy satu gambar ye. TQ