Saturday, December 22, 2012

JOM SURUH ANAK MASUK ALIRAN SAINS

Semalam dengar kat Bulletin Utama oppss dan lihat. Hmmmm TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa perakuan untuk meningkatkan lebih ramai murid yang join Aliran Sains di Sekolah-sekolah Menengah. Banyak jugak lah keistemewaan yang diberikan pada pelajar aliran sains dan keluarga mereka. 


TPM sangat tidak berpuashati dengan penyertaan pelajar yang mengambil aliran ini, sangat sangat menurun. Untuk candidates SPM tahun ni, hanya 20% sahaja dari pelajar yang ada mengambil Sains Tulin. Sangat sedikit kan itu. Sistem sekolah sekarang ni tak macam zaman aku sekolah dulu. Masa aku dulu hanya ada 3 aliran sahaja. Sains, Sastera atau Perdagangan. Dan yang paling ramai adalah Pelajar Sains Tulin. Kat Sekolah aku dulu (CBN) jer ada 6 kelas sains tulin, 1 Perdagangan dan 1 Sastera. Tapi sekarang ni macam-macam aliran ada. Sains Sukan lah, Sains Ekonomi lah, Sains Integrasi lah, tak termasuk lain-lain lagi yang aku pun tak reti nak sebut.


Tapi statement di atas ni lah yang sangat menarik hati. Tu lah dia, kenapalah baru sekarang dia keluarkan perakuan ni kan, kenapa tak tahun lepas ker. Boleh jugak aku dapat pengecualian cukai dari RM1000 ke RM3000 untuk seorang anak.. Banyak tuuuuuu .... Kalau tahun lepas lagi di terapkan, boleh dapat pengecualian cukai dalam RM6000 sebab anak aku ada 2 orang ambik Sains Tulin, jadinyer tahun depan hanya dapat RM3000 jer, sebab dah tinggal Iqa sorang jer. Kak Long dah abih sekolah dah. 

Eh!wait wait wait ................... tapi tapi tapi Pengistiharan Cukai nanti untuk tahun 2012 kan, means aku masih layak lah kan. Hahahahaha ... suka suka suka. Terus hilang sakit ati ;)

nota kaki : tetiba rasa sangat konpius hahahaha

2 comments:

azieazah said...

Ada banyak kelebihan dalam bidang Sains ni. Kak Azie pun baru tahu pasal pengecualian cukai tu.

Apapun tahniah utk anak-anak dara yang hebat itu!

My Life My World said...

Too Azieazah ... tu lah dia Kak, rasa sejuk perut sikit dapat pengecualian. Anak dara akak lagi hebat dari anak dara saya yang belum teruji lagi. Apa-apa pun bersyukur lah kita :)