Wednesday, August 12, 2009

MAK BALIK PUKUL BERAPA

IQA : Mak balik pukul berapa hari ni?
MAK : Entah lah Iqa lambat kut, tapi tak lah lambat sangat, mak ada kerja. Kenapa ?
IQA : Iqa boring lah tak ada mak. Takut nak duk rumah

Itu ler dialog antara aku dan Iqa. Dah dua malam aku balik pukul 11.00 malam ++, kerana tuntutan kerja yang ada tarikh mati. Dah dua malam aku balik rumah tak jumpa anak anak sebab semua dah tido. Dah dua malam aku tak cukup tidur, sebab kena bangun awal nak siapkan kerja rumah. Mendobi, memasak, mengemas semua aku buat awal pagi. Alhamdullilah, tak lari waktu nak hantar anak ke sekolah dan ke pejabat semula.


Pagi ni pulak ada 'Amazing Race'. Dah kelam kabut siapkan kerja, kena pulak ke Restoran Jejantas sebab nak hantar dokumen sebelum pukul 10.00 pagi... sebab titik pertemuan kat situ. Ingat dah, "AH LEGA" takat tu je. Rupa-rupanya on the way nak sampai opis, receive call said nak ke PUTRAJAYA pulak hantar tender ke Kementerian Pelajaran Malaysia. Tak sempat nak parking pun, straight away ke Putrajaya. Nasib baik ada MEXs, so perjalanan tak lah sampai 30 minit, dalam pukul 11.30 sampai. Aku dah standby bawak geng, sebab dah tahu tempat ni susah nak cari parking.


Alang alang dah sampai Parcel E tu kan, dah dekat benar dengan Alamanda, maka kita orang pun memang ler pergi kat Alam anda (kami) untuk berpoya-poya. Kebetulan waktu Lunch hour kami. Masuk Carrefour cari barang dapur, tetiba fiza kawan yang temankan aku said, hubby dia ajak makan kat Residence Hotel Uniten. Hubby dia Manager kat situ. Chewah! rezeki tak baik ditolakkan. Lagi pun from Putrajaya to Uniten tak jauh pun. Makan free ler hari ni. Buffet lak tu, akak suker.


Terbayar ler sikit kepenatan aku dengan Lunch Treat yang macam tu terima kasih Fiza dan Alan. Dan di tambahi lagi dengan 'concern' Iqa yang rindu dengan mak. Okay mak try balik awal hari ni ya. Lagi pun aku dah penat sangat sangat.

5 comments:

Mrs Taz said...

amboi busy nye dia =) tak pe busy2 masyuuuuuk hehe

My Life My World said...

Kerja dengan orang Zia, bukan kerja sendiri... untuk teruskan hidup, boleh lah

azieazah said...

Seorang wanita yang berjaya adalah sukses dlm kerjaya dan rumahtangga..

Memang penat, tp seronok, kan?

My Life My World said...

Seronok ;) tu yang tak sedar masa berlalu. Yang ni boleh consider workaholic ker? Hahahaha

IXORAROXI said...

sesekali tak per..jangan hari2..cian bebudak eikk :)