Monday, August 17, 2009

SKRINKU ROSAK

Ingat nak mengarang di Blog hari ni, tapi disebabkan Skrin Komputer aku telah bertukar warna menjadi 'purple' di ulangi 'PURPLE', makan usaha untuk mengarang adalah terbantut. Ini adalah kerana skrin ini telah membuatkan mata ala ala coklat ku (ece ce ceh ... hehehe) berpinar-pinar, dan kini ianya telah menyerang kepala, membuatkan kepala ku ala ala pening gitu. Bila ler bos nak tukar Skrin baru, orang lain kat opis ni semua dah pakai 'Flat Screen', aku ler jugak yang masih pakai Skrin yang macam TB dulu dulu.










Tapi nak jugak cerita, last week adalah hari teramat buzy ku. Even hari ahad pun datang opis, ditemani oleh 2 orang anak anak manja yang tak leh berenggang dari ketiak wangi mak dia. Terlalu banyak tender yang tebal-tebal macam buku Law kat khutub khanah yang perlu di isi. Hari Sabtu lak kena attend meeting sampai pukul 1.45 ptg. Jeles seh tengok opis mate balik sharp pukul 1.00. Lepas tu aku stay sampai pukul 6.00 petang. Sebab ada surat ke DBKL dan tender yang meronta-ronta minta di isi. Tak termasuk perut aku jugak yang meronta-meronta mintak makan. Tapi tak ada apa-apa nak makan, nasib baik ada biskut kering, then minum ler air banyak-banyak kasi biskut kembang dalam perut. Hehehe boleh pakai ke teori ni ek. Kesian kat aku kan.















Ada lagi nak cerita nih, aku dan Kak Long dan terperangkap dengan cerita 'Nur Kasih' kat TV3, hari Jumaat pukul 9.00 malam. Memula aku macam tak kisah jer pasal cerita nih, tapi bila baca sinopsis kat paper, macam best lah pulak. So aku pun cari ler kat 'YOUTUBE'. Bayangkan dari Episod 1 hingga Episod 11 aku hanya tengok through 'YOUTUBE' jer, baru minggu lepas, Episod 12 aku tengok kat TB dengan Kak Long dan terus membuatkan Kak Long jatuh cinta dengan Adam dan Aidil. Sebenarnya kami dah jatuh cinta dengan cerita 'Nur Kasih'. Arahan Khabir Bhatia tak pernah mengecewakan. Best giler cerita nih, tak sabar nak tunggu hari Jumaat dan episod2 yang lain. Kan Kak Long kan...kan...kan. Tak leh tahan bila si Remy Ishak start berdialog dan merenung, tetiba aku dan kak long leh jadi cair, macam aiskrim di musim kemarau. Hahahaha....







Gini lah aku, memula tak nak up date bebanyak kat Blog, tetiba tangan tak leh stop menaip, walaupun mataku dah berpinar menatap skrin purple. Aku peminat purple, tapi aku menyampah bila skrin aku jadi purple. Hish... tak suker...tak suker.

6 comments:

Mrs Taz said...

ahahaha , kelakar laaa .. kedekutnye boss acik tuuu ... suh dia tukar PC baru sekali laaa ;-)

Nur kasih tu zia tengok 1 episod je masa terperangkap kat rumah tu ari .. selalu tak ingat bila tayangan nye tu pasal selalu missed =)

Norfatin Suraya said...

tkpelah auntie, jum saye blanje auntie new laptop eh ? haha saye jadi baik nieee ;)

My Life My World said...

Mrs Taz - Zia, best cerita dia, setiap malam Jemaat. Tengok ler, Acik dgn Kak Long kan Jiwang Karat, tu ler layan cerita nih. Hahahaha

Fatin Suraya - Betul ker nih nak belanja Auntie Laptop??? Syiok nyer... tapi Fatin memang baik pun kan kan kan

IXORAROXI said...

huhu nur kasih punya penangan eikkk :D

azieazah said...

Memang citer Nur Kasih ni best.. Teramat sesuai untuk remaja..

Anak kat kampus siap promote kat kitaorang kat umah... memang sangat best...

My Life My World said...

Ixora - iya lah IX, penangan citer Nur Kasih. Kekadang itu ler jadi bahan diskusi dengan Kak Long

Kak AA - best kan citer dia kak. Tapi bulan posa ni kena stop sebab dahulukan Terawih. Nanti lepas Ramadhan sambung balik. :')