Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 untuk MALAYSIA semalam...Hip Hip Horey... kita dihadiahkan lagi dengan kenaikan harga minyak. Acik 'suker', 'suker' sangat sangat sehingga mengharapkan kenaikan lagi dan lagi dan lagi. Itu lah agaknya hadiah kemerdekaan yang diberikan untuk kita semua. Lepas ni kita tak yah terkejut lak kalau semua barang kat kedai runcit Pak Mat Tempe akan naik dengan harga mendadak. Nasib baik ler aku dah isi penuh minyak untuk Cik Kiah dan Cik Siti sehari sebelum rega minyak naik. Tak ler rasa sakit hati, sakit kepala dan menanah jiwa dan bakul hati ku (dalam erti kata lain jiwa raga).
Semalam, aku ke Tesco dengan anak anak sebab nak pergi membeli barang dapur dan stok barang kering yang dah benar benar kering. Anak-anak aku kalau masuk pasar yang basah-basah macam chow kit tu, kirim salam ler awal awal, lebih rela tak keluar keta. Masuk kedai yang ada jual barang basah pun tak moh, kata busuk ler, air dia kotor ler, geli ler ... itu ler anak anak merdeka sekarang. Banyak songeh. Tapi kalau pergi pasar moden macam Giant, Carrefour ker atau Tesco. Tak yah diajak, masing masing volunter diri sendiri nak ikut. Siap pakai lawa lawa lagi macam nak gi dating.
Dalam keadaan posa ni, bebudak ni tengok peha ayam pun dah rasa menyelerakan
Aku sempat snap gambar kejadian yang telah berlaku semalam di market. Maaf ler sebab mutu gambar adalah 'kureng' cantik, maklum ler guna handphone jer tak sempat nak cari kamera. Lawak ler bebudak ni, mulanya aku nak beli ayam yang dijual sekor sekor tu, tapi dia orang tak nak, semua nak makan part peha ayam. Hilman dengan rela hati telah pergi mengambil plastik sendiri, dan dengan gigihnya pilih sendiri, cari yang beso-beso macam peha dia. Kalau kecik-kecik macam peha Aran, tolak tepi. Upacara pencarian peha ayam telah diketuai oleh Hilman dan diiringi bersama oleh Kak Long dan Aran yang hanya menunjuk-nunjuk sahaja. Sampai budak yang jaga ayam tu pun tergelak-gelak nengok kerenah dia orang ni.
Kat troli pun sempat posing, rimas mak tengok rambut Iqa yg mcm hantu Ju-On tu hehehe
Iqa tak join, sebab dia penggeli ler kunun. Tengok jer dari jauh sebelah mak. Kalau takat tolak troli tu atau beli barangan kering tu pass ler kat dia. Iqa punya perangai, dia akan korek yang belah dalam-dalam, yang pack dia cantik dan belum ternoda oleh tangan-tangan gatal pembeli. Kalau barang makanan dalam tin lak, Iqa akan cari tin yang tak ada kemek atau calar pun walau sikit dan mesti tarikh yang latest. Barang makanan dalam botol lak adalah mesti cantik dan bersih serta tidak berhabuk. Kalau mak dia terambil barang yang tidak mengikut nilai piawaian dia, maka Iqa akan gigih pergi balik kat rak tempat barang tu walau sejauh mana pun dia sanggup untuk menukar yang ikut piawaian dia. Nak jadi QC Officer kut beso nanti tak pun kerja dengan SIRIM je lah.
Hish macam-macam perangai anak anak aku yang membuatkan aku nak tergelak sorang-sorang bila mengenangkan nya. Aku akan sunyi dan sepi lah agaknya tanpa dia orang ni semua, yang sentiasa jer membuatkan urat gelak dan tawa ku bekerja.
4 comments:
Ya betul tu... Siapa lagi yang memahami kita, menjadi teman gaduh teman makan teman borak bercerita dan saling mendengar... kalu bukan anak-anak?
Lain anak lain perangai, tetapi itu ler keindahannya...
Sokong Kak Azie 120%. Tak ceria hidup kita tanpa anak-anak. Tu lah macam tak percaya bila ada orang kata tak nak anak atau senang jer buang anak merata-rata. Hish.
betul tu hidup indah sesgt bila bersama anak2 :)
Ixoraroxi - anak anak itu kan penyeri hidup. Tak berseri hidup tanpa dia orang ni. Betulkan IX. ;)
Post a Comment