Wednesday, August 5, 2009

WABAK SELSEMA BABI (H1N1)

Sehingga ke hari ini dah meragut 9 kematian. Dan sebagai seorang ibu, laporan ini amat-amat menakutkan aku. Aku ingat nak bawak anak-anak pergi ambil suntikan Antivirus H1N1, tapi aku call Putra Medical Centre, dia orang kata, selagi tak terkena wabak ni, memang tak akan dapat Antivirus ni. Jadi nyer macam mana, dah lah wabak ni amat mudah menular. Nak suruh anak-anak pakai penutup muka sepanjang masa kat sekolah atau bila keluar rumah, confirm tak mau punya. Hish...risau nyer.

Last 3 day ago, Kak Long cerita, ada senior sekolah dia yang study di MRSM yang kena kuarantin disebabkan oleh wabak ni, datang ler melawat-lawat kawan ler kunun kat sekolah, siap salam Kak Long dua tiga kali lagi. Yang Kak Long ni tak tahu, layan jer dia, sehingga dia naik heran bila kawan-kawan baik senior yang menjauhkan diri. Baru ler dia tahu, sebenarnya senior ni balik sebab sekolah tutup coz of H1N1. Kira nyer kena self quarantine ler, tapi dia lak senang-senang pergi sekolah lama, jumpa semua orang. Dia sepatutnya duk rumah diam-diam. Start dari situ Kak Long pulak 'Paranoid', takut jangkit kena H1N1 nih, siap ajak aku pergi spital check dia, kalau dia dah kena. Adui lah ....

Hari ni aku baca paper kat ruang forum, ada kisah pasal H1N1 lagi menakutkan aku. Cuba ler korang baca benda yang aku dah edit nih :


BAGAIMANA CARA DAPAT RAWATAN TERBAIK H1N1?

Apabila membaca dalam akhbar menyuruh ibubapa lebih peka tentang Virus H1N1, itulah tindakan yang diambil oleh saya dan suami.

Apabila anak saya mula menghadapi selsema pada hari Khamis hingga Sabtu lepas, diikuti dengan batuk serta demam, kami membawanya ke Hospital Besar Ipoh. Cukup menderita kerana terpaksa menunggu selama 2 jam 5 minit hanya untuk mendaftar sebagai pesakit luar. Yang menjadi persoalannya ialah tempoh masa lebih dari 2 jam tetapi rawatan hanya lebih kurang 5 minit sekadar memeriksa yang perlu seperti di klinik swasta yang biasa

Apabila ditanya adakah anak saya menunjukkan tanda penyakit H1N1, doktor bertugas memberitahu bahawa melihat keadaan anak saya tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit H1N1. Jadi pada dasarnya kata doktor berkenaan, saya tak perlu risau. Apabila saya bertanyakan tak perlukah diambil sampel darah atau air liur, saya diberitahu bahawa anak saya demam, batuk dan selsema tidaklah teruk, jadi tak perlu.

Begitu juga dengan saya yang hanya mengalami 'sedikit' demam dan sakit tekak sahaja. Jadi saya bertanya, masa bilakah pihak hospital akan mengambil sampel sedemikian, jawapannya ialah apabila pesakit itu menunjukkan tanda-tanda kritikal seperti sesak nafas dan demam pada suhu yang tinggi.

Sungguh menakjubkan, sudah ada tanda-tanda nazak baru nak buat semua ujian. Patutlah jumlah korban H1N1 sudah bertambah. Seperkara lagi, doktor itu ada bertanya, samada saya ada membuat sebarang 'contact' dengan pesakit H1N1? Apabila saya jawab tidak, dia kata saya tak perlu risau. Apabila saya beritahu bahawa anak saya telah pulang bercuti kerana IPTA nya dikuarantin, dia dengan sinis pula bertanya, adakah anak saya dijangkiti penyakit H1N1?

Saya pula membalas dengan menjawab, "doktor tak tahu ke yang penyakit ini boleh merebak dengan begitu mudah. Melalui udara pun kita boleh mendapatnya walaupun kita tidak bersentuhan dengan pesakit H1N1". Jawapan saya itu mungkin menyakiti harinya dan selepas itu dia tidak lagi melayan saya apabila saya cuba berbual atau bertanya lebih lanjut. Jadi janganlah salahkan pesakit atau waris mereka kerana tidak pergi mendapatkan rawatan lebih awal kalau pihak hospital atau doktor sendiri mengambil cara mudah untuk merawat pesakit.

Sepatutnya ujian diambil tanpa perlu menunggu pesakit menjadi kritikal. Keadaan ini pada saya amat mengelirukan. Saya berharap pihak Kementerian Kesihatan mengambil tindakan yang lebih proaktif dalam menangani penularan penyakit H1N1 ini. Janganlah suruh orang ramai mengambil sikap atau langkah berjaga-jaga, padahal apalah kuasa kami kalau penularan virus ini melalui udara yang mana semua manusia bebas bernafas melapaskannya dimana-mana sahaja

TAK FAHAM- Ipoh, Perak

2 comments:

Mrs Taz said...

biasa ar tu cik , negara kita sokmo camtu , masa zia gi hospital pun masuk drip , x-ray and check darah , demam masa tu 38.8 suhu tapi sebijik ubat demam pun diorang tak bagi .. pelik betul ..., asrama V.I. pun dah ada budak kena. Kawan faris yg duduk asrama nak tumpang rumah kitorang plak .. tak tau la camne .. kalo dah ada kes tu suh je la budak² asrama balik .. betul tak?

My Life My World said...

Wabak ni dah kritikal sangat, updated - hari ni tambah lagi 4 kematian so dah jadi 13 orang. Rasa macam sekolah pun nak kena tutup kut. Hmmmm...