Hari ni juga untuk pertama kali Malaysia telah menyambut HARI RADIO. So pagi tadi Sinar FM telah mengundang beberapa DJ yang lama-lama sebagai tetamu. Dapat dengar suara Prema dan Kak Yong Tengku Mariam. Bila dengar suara Kak Yong teringat masa kecik kecik berhingus dulu. Setiap Sabtu, kalau tak salah lebih kurang pukul 10 pagi mesti duk depan radio sebab nak dengar 'Rancangan Apa Itu...' bersama Kak Yong dan Abg Chik...korang ada pengalaman macam aku tak? Hmmm, hari ni juga adalah HARI MUFORS atau 'Malaysians Unite For Road Safety' , dimana semua para drebar keta hendaklah berikrar pada diri sendiri untuk lebih berhati-hati semasa memandu. Tapi awal awal lagi aku dah fail, tadi aku dah buat call , bersms, menulis dan membaca masa drive. Bukan suka-suka, tapi pasal kerja, dah terpaksa, urgent matters. Jahatnyer aku ni kan, bukan jer membahayakan diri sendiri, tapi pengguna jalanraya yang lain. Korang jangan ikut aku ek.
Masa driving tadi untuk pertama kali nyer dengar lagu raya dipasang di station radio. Syahdu dan sayu jer rasa hati . Suka pun ada gak sebab raya dah nak dekat. Hahahaha. Elok pulak tu dipasang lagu feberet acik. Minat sangat sangat lagu ni sejak zaman aku anak dara lagi sampai sekarang ni aku dah ada anak dara. Mungkin jugak kut aku akan terus minat sampai dah jadi nenek kepada cucu yang dara...Hehehehehe. So, korang kalau rajin tunggu sampai lagu ni abis upload, tunggu lah dan hayati lah ek. Dan aku tuju khas untuk teman se opis yang minat giler dengan lagu ni, juga untuk seseorang yang suatu ketika dulu pernah aku panggil 'Hantu' dan dia panggil aku 'Pontianak' ,tak tahulah dia baca ker tak blog aku ni :). Kalau dia baca harap dia masih ingat gelaran itu. Dengan ucapan hayatilah lagu ini...jiwang karat besi buruk lah pulak ;)
6 comments:
alaaaa...sedihnye dengar lagu ni ... ngalir air mata .. :`(
Wahhh.. Sepasang Kurung Biru - by Khairil Johari Johar kan?
memang best lagu niii... tapi ni nak bagitau lerrr.. Kak Azie punya baju raya tahun ni pun Sepasang Kurung Biru...!
waaaaa.. tak sabar niii...:D
Mrs Taz - Zia tak yah ler dengar lagu ni. Zia dengar lagu yang happy happy jer, macam lagu yang ada dialog ni "Mintak Mak, kuih sepotong, saya mahu makan kerna perut kosong" ;)
Kak AA - Baju warna biru ker? Bukan warna purple. Tak sabar tak sabar tu, baju dah siap ke belum Kak Oooiii. Muahahahahaha ...Ampun kak.
lagu tu sedap dengo tapi adehhlaa jiwang benor :D
bukan "mintak mak kuih sepotong ...."
patut "duit raya lupa nak diberiiiiiiii" kekekeke
Iyer betul tu. "dam dam dum bunyi mercun, kanak kanak datang berduyun duyun. dam dam dum, mercun berdentum, semarak lah hari raya ini tahun". Zia, dah macam rancangan Jangan Lupa Lirik pulak dah. Hahahahaha
Post a Comment