Monday, September 21, 2009

SELAMAT HARI RAYA 1430 HIJRAH/2009

* Peringatan : Post kali ini adalah panjang melalut, kalau malas nak baca tengok gambar je lah yer.

Salam Eidul Fitri pada semua, mohon ampun dan maaf zahir dan batin, sekiranya dengan sedar dan tanpa sedar telah melukakan. Malam raya seperti biasa amat sibuk. Sempat lagi buat 'last minute' shopping kat PKNS Shah Alam lepas berbuka posa dan masak kek. Sebab nak cari kasut raya Iqa dengan selendang Kak Long. Ramai nyer orang tok sah ler cerita, walaupun waktu tu dah pukul 10.30 malam. Dia orang jual kuih dan barang lain secara lelong jer. Maklumlah, esok dah nak raya. Sempat ler belikan Mak Tok 'Mama Carrie'(entah betul ker ejaan dia entah). Sampai rumah dah pukul 12.00 ++. terus tido.




1 Syawal @ Hari Raya Pertama. Bangun seawal pukul 5 pagi opppsss ... tak sahur ler hari ni sebab dah RAYA. Tapi kena siapkan tempahan kek bagi mereka yang berada berdekatan rumah sahaja. Then lepas siap prepare kek, mandi sunat Aidil Fitri, siap-siap ambik air sembahyang, bertolak ke Masjid Al-Hikmah, untuk solat Aidil Fitri. Best sebab, tahun ni kawasan solat muslimah besar dan selesa sekali tak macam tahun sebelumnya. Balik masjid, beraya kat rumah mak aku jer @ Mak Tok yang hanya beberapa langkah jer dari rumah aku. Mak Tok masak Nasi Dagang, feberet aku tu... sedap giler. Ada lah jugak, nasi impit (nasi plastik bungkus), kuah kacang, rendang daging dan kari ayam, masak lemak ikan tongkol.


Tema baju raya kita orang untuk tahun ini adalah biru kekelabuan. Kebetulan famili Abang Ngah pun kaler serupa, sumpah tak janji. Yang kelakarnya, baju Aiman sepapan sama dengan baju En. Hashim, Hilman dan Aran. Baju Maisarah dan Yayah pun warna sama. Tu gambar atas sebagai bukit bukti. Posing kat dapur pun jadik. Then dalam pukul 2 ptg, kami bertolak ke Kampung Jawa, Klang. Beraya lak dengan orang Klang atau dalam erti kata lain, sessi mengutip duit raya di belah Klang. Mak Klang masak Soto selain dari Nasi Impit, Rendang, Sambal Goreng dan sebagainya.


Then kami berkonvoi ke rumah adik beradik mak. Firstly pergi umah Pak Lang @ Atuk Kura-kura(sedapnyer nasi minyak Mak Lang), Pak Udin, Mak Ijah and last sekali umah Mak Ngah. Then balik semula Kuang dalam pukul 7 petang sebab bebudak lelaki dah janji dengan sepupu kat Kuang nak kenduri bunga api dan mercun hingga ke titisan terakhir.




2 Syawal @ Hari Raya Ke Dua. Terbabas bangun lambat. Penat beraya semalam membawa ke hari ni. Ecececeh... alasan jer tu. Hari ni lepas Solat Zuhur beraya kat rumah Abang Ngah di Pantai Dalam. Then ke Gombak rumah Mak Pah dan Mak Ngah. Tapi Mak Ngah lak tak ada rumah. Langsung ke Greenwood, rumah Mummy Ros @ Mak kepada Kak Long.




Kat rumah Mummy Ros telah kami jadikan Lokasi Pengambaran Raya. Sebab umah dia lawa dan mempunyai pencahayaan yang cantik. Dah ler semalam tak sempat nak ambik gambar famili. Haa... ambik kau, bergambar sakan lak kat rumah orang. Memang ler muka kita orang ni tak tahu malu. Nasib baik umah kerabat sendiri. Cucu Mak Tok ramai pompuan. Cian Aiman asyik kena buli jer dengan sepupu pompuan dia, termasuk ler anak aku.





3 Syawal @ Hari Raya Ke Tiga. Balik semula ke Klang. Tak banyak jalan hari ni. Lepas Asar pergi umah Mak Lang sebelah rumah mak, then lepak umah Mak jer. Lepas Maghrib berjalan kaki beramai-ramai, macam rombongan meminang ke rumah Pak Andak. Sebab rumah dia tak jauh dari rumah mak. Balik dari rumah Pak Andak, berkonvoi sebanyak 4 keta ke rumah Mak Su Yah. Dekat jer, tak sampai 2 minit drive. Lepak sampai pukul 10 macam tu balik umah mak.





Balik dari umah Mak Su Yah, bebudak lelaki sibuk nak main munga api dan mercun. Kita orang ramai-ramai lepak kat luar umah. Tapi Sarah, Ain dengan Alia lepas geram, main jugak bunga api. Nasib baik tak terbakar baju kurung yang lawa tu. Siap sessi ambik gambar lagi. Dah besar besar cucu pompuan Atuk Dollah ... dah leh kawin dah. Alia, Sarah, Kak Long, Ain dan Iqa ... posing gedik tak hengat dunia.






4 Syawal @ Hari Raya Ke Empat. Buat kerja giler, pergi lawat sedara kat IKEA. Hehehe... sebenarnya ngidam Swedish Meat Ball. Then nak jamu mata (sessi terapi stress). Iqa dengan kak Long lak nak gi melawat baju kat Factory Outlet di Ikano. Tapi tak beli pun. Sayang nak keluar duit raya ler tu. Then gi Cafe Ikea. Makan Swedish Meat Ball sampai muak... tak senonoh betul. Kak Long memula nak beli Karipap Ikea, tapi sebab dah kekenyangan tak jadi nak singgah. Ingat kan tak ada orang kat Ikea, tapi ramai jugak yang macam kita orang sebenarnya yang melawat sedara kat sini. Balik singgah TESCO Mutiara Damansara, cari apa-apa yang patut sebab esok kawan-kawan kelas/sekolah Kak Long nak datang beraya.


5 Syawal @ Raya Ke Lima. Bangun awal. Masak kek. Then pergi kedai runcit/kedai kopi cari sarapan. Sebelum masak kena makan dulu. Aku masak Spaghetti dengan Kuetiow goreng jer. Fatin dan Mariam dah datang seawal malam tadi. Nasib ler korang datang awal, kena jadi buruh paksa Auntie. Then around pukul 9.30 macam tu, Susu, Fawwaz dan Azwan datang. Makan kuih jer lah korang sebab auntie tak siap masak lagi. Dalam pukul 12.oo lak Anis, Intan dan Amri datang. Tepat pada masanya makanan dah siap. Elok jer lepas tu Ammar dan Afiq datang. Join ler makan sekali. Then Shafikah and famili. Lastly Ira lak sampai. Then hantar dia orang ke rumah Amri lak. Dah petang tu, tolong hantar Mariam dan Fatin balik. On the way, jumpa ler Fawwaz kat depan sekolah, so offer hantar dia balik sekali ke Merbau Sempak. Tak sangka lak Fawwaz ni berjiran dengan Eyzzah (Blogger yang dah jadi kawan aku) Cantik rumah awak Fawwaz.

Alhamdullilah. Laku makanan aku. Sedap ler kut, chewah ayat perasan. Terima kasih ler anak-anak yer sebab sudi datang ker rumah Auntie. Harap-harap korang tak sakit perut makan kat rumah Auntie, maklum ler Auntie bukan pandai masak pun. Seronok menerima kehadiran korang semua ke Teratak Buruk Auntie. Jangan serik datang lagi ek.

6 Syawal @ Hari Raya Ke Enam. Hari ni aku start Puasa Enam. Hari ini jugak aku start kerja. Tak ramai pun yang dah start. Rajin ler kunun. Ingat leh ler relax, tapi hampeh. Banyak nyer kerja tetiba, dari pagi membawa ke petang, siap kena OT lak sejam. Aku buka posa dalam keta...huwa huwa huwa... Gini ler nasib orang yang berkampung di Lembah Klang. Tak perlu journey jauh jauh mengabihkan masa dan minyak di jalanan serta menambah kan kesesakan di Lebuhraya, dan mengadap kesesakan yang berjam-jam. Untung jugak kan kan kan...

5 comments:

IXORAROXI said...

asal bangun pagi buat kek, asal buat kek mesti bangun pagi..towkey kek...salam eidul fitri FAIROS

My Life My World said...

Salam Eidul Fitri Ix... dah rezeki kan, tak baik tolak tolak ;). Jemput datang umah. Kita tak buat open house besar besaran. Tapi kalau datang, pintu umah sentiasa terbuka untuk awak. Meh ler.

Mrs Taz said...

Acik,

zia nak comment banyak ni tak tau camne nak komen meh ler datang umah ...

My Life My World said...

Amboi takut nyer acik baca. Banyak ker komen nak bagi? Tapi macam tahu jer Zia nak tanya apa. Tak pa Acik dah stand by jawapan dah ni. Muahahaha. Nanti acik datang umah Zia ek.

alia zarfullah said...

haha cantik betul gambr alia tenga main bunga api tu. hahaha ( tergelak sdiri)