Selamat Ulang Tahun yang ke 18 untuk Mak Su. Semoga sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang NYA. Amin. Acik tak tahu nak bagi apa kat Mak Su. Ingat nak beli kek jer, then kak long said nak suruh beli kad yang sebesar anak gajah. Hahahaha. Sayang nyer lah dia kat Mak Su dia (sayang sebesar gajah kut). Mana tak nyer, Mak Su dah belikan dia baju yang di idam-idamkan masa pergi Times Square hari tu kan kan kan.
Mak Su di apit oleh anak-anak sedara yang sama besar dengan dia
Hari ini cuti untuk Negeri Selangor sempena Hari Nuzul Quran, tapi tidak untuk Wilayah Persekutuan. Jadinyer, hari ini aku KERJA .... :( Anak anak semuanya sedang melepak kan diri kat rumah sempena cuti ini. Hilman dengan Aran lagi lah best. Hari Jemaat baru sekolah balik sebab UPSR start dah esok. Ingat tak nak kemana-mana hari ni, ialah due tu Selangor cuti dan tiada kerja yang melibatkan office di Selangor. Tapi 'Main-point' yang tak nak kemana-mana itu adalah disebabkan oleh jalan sure jem giler
Tapi tadi kena jugak keluar ke JKR Sultan Salahuddin. Nasib baik ler Acik dah biasa dgn jalan jalan kat KL (ada bau riak ker nih?) so, tahu jugaklah jalan short cut kat Bukit Tunku terus sampai Sultan Salahuddin. Tapi nak menyampai ke Bulatan Segambut dari ofis terjebak jugalah dengan jem sekejap. Bayangkan Jalan Kuching dari bawah Bulatan Segambut dah start jem. Mesti ler ramai orang kat Jalan Tunku Abdul Rahman tu macam ulat taik kan. hehehe.
Yang ni 1st time anak-anak jalan kat Dataran Merdeka...hahaha nama jer duk KL, tapi sebelumnyer tak penah turun keta, takat lalu jer
Nasib baik acik dah belikan baju anak-anak seawal bulan 5 lagi. Baju melayu budak lelaki pulak aku dah beli seawal dua bulan yang lalu. Tak larat ler aku nak menongkah arus lautan manusia dalam keadaan posa ni. Dan waktu ni sure Sales Assistant tu pun dah tak larat nak layan orang yang banyak kerenah macam aku dan anak anak aku... ;)
p/s: Gambar yang ditempek tiada kena mengena dengan cerita hanya sebagai menambah ruang ruang sepi (ece ce ceh)
4 comments:
happy birthday to MAK SU
biasalah memang happenings kat Jln TAR tu musim2 sebegini..tapi IX memang cuba elak lahh pegi ke situ..tak sanggup :D
Iya lah IX, kekadang tu dengan anak-anak kecik yang dah tak larat dan start buat perangai. Kita tengok pun tak sanggup.
Moga murah rezeki, sejahtera to MAKSU...
Tahun ni saya sudah masuk tahun ke 4 agaknya, tak jejak kaki ke Jalan TAR di bulan Ramadhan.. tak sanggup...
Kekalkan sehingga tahun depan yer Kak AA. Hahahahaha... sebenarnya barang-barang kat TAR tu ada jer kat tempat lain. Tapi orang nak pergi situ jugak.
Post a Comment