Hari ni aku buka paper, nampak cerita pasal dia. Aku terpegun tengok gambar ni. Cantik nyer dia .... dan dalam usia menjangkau ke 68 tahun pada 28 April ni, dia masih tetap cantik. Wajah dia yang bersih dari noda dan parut. Badan dia yang sihat dan langsing. Aduhai ... di saat ini aku terbayang, agak nyer aku boleh tak macam dia masa berumur 68 tahun nanti ... :D
Tak dapat yang bab langsing pun tak per, dapat yang muka bersih berseri dan sihat pun dah cukup cukup bersyukur. Tahu ler aku pun tak pernah nyer nak langsing. Huwa! Dan aku rasa dia paling cantik masa berlakun "Ibu Mertuaku" masa jadi Sabariah Mansor. Selain Sarimah, yang aku rasa cantik juga adalah Sa'adiah mak Fauziah Ahmad Daud. Dalam ramai pelakun dulu kala, Kak Long Farhanah kata dia paling minat kat Sarimah ni. Dia kata Sarimah cantik sangat. Mata dia bercahaya, nampak anggun. Kalau Sarimah yang berlakun kat TV mesti dia tengok. Dia kata Sarimah ala-ala pelakun Hollywood Scarlet Johannson. Tang mana yang sama aku pun tak tahu ... hehehehe
16 comments:
Ya benar... Dato’ Sarimah ni memang hebat... sentiasa berada dalam kelasnya yang tersendiri...
Tak leh lupa dulu2 tengok gambar Sarimah ni dlm majalah dulu2, pakai seluar pendek jer.. hehehe...
filem pertama Dato’ Sarimah ini ialah filem Ali Baba Bujang Lapuk, watak MARJINAH.. masa tu dah ada anak 1 or 2 gitu...
Minat juga dia.. sebab dia cantik dan manissss... ya masa jadi Sabariah Mansur dia memang lawoooo... ramping tul..
antara yg seangkatan yg hebat adalah Saadiah dan Saloma...
perhhhh!
Salam MLMW :-D
Oh... kalau cakap pasal artis dulu2, I rasa yang paling cantik dan paling natural lawa(pada I la...) ialah Zaitun. I suka sangat tengok dia - Melayu paling lawalah I rasa masa tu - yalah, I pun kecik lagi. Artis lelaki dulu pulak yang I rasa macho habis, Allahyarham Nordin Ahmad - manly gitu! Hehehe...!!!
MIA’s MOM > setuju. Zaitun memang sangat manis pada zaman tu kan? Even sekarang pun dia masih lawa.. cuma I dengar dia sakit sekarang ni..
Nordin Ahmad? Ohhh... sungguh menggoda.. hehehe..
Tak ramai seniman dulu yang setampan dia..
Ahmad Mahmud ok gak ler.. tp kita tak minat dia. Agaknya dolu2 hero tak ramai, balik2 pun P. Ramlee jerr..
Jins Shamsuddin pun hensem gak, kan?
but.. I paling suka dgn Mustafa Maarof..!
azieazah -
rasa nyer pelakun dulu dulu ramai yang cantik. Kecantikan dia orang semulajadi. Tak macam sekarang,cucuk botox lah, vitamin C lah, bulu mata palsu yang panjang, contact lens ...cuba tak pakai make-up. Sama jer taraf muka dia orang dengan kita ...ngeh ngeh ngeh.
Kita ni tak pandai make up jer. Macam ada setengah artis sekarang, muka tegang semacam jer, nampak membengkak, macam susah nak bercakap, sebab terlalu tegang. Dah macam muka patung yang tak ada perasaan pun ada jugak :)
Mia's Mom - Kalau cakap pasal Zaitun, teringat cerita Bujang Lapuk, yang ketuk ketuk botol dengan Sudin. Body Zaitun pun ...wow, cantik sangat.
Nordin Ahmad tu pu I minat sangat. Nampak jantan nyer. Macho ler kata orang sekarang ...
Psssttt... ada rahsia acik nak kasi pecah ni. Masa kecik dulu kalau tido, asyik selalu berharap dapat mimpikan Ahmad Mahmud. Ada satu cerita dia berlakun dengan Sa'adiah. Acik raza jelez abis dgn Sa'adiah waktu tu.Bodoh betul ...hahahahha
azieazah -
akak saya pun sangat suka Jins Shamsuddin. Lebih lebih lagi bila dia jadi JEFRI ZAIN... hensem giler waktu tu. Sekarang pun dia masih tetap segak bergaya.
salam MLMW.mak cik amat setuju . Dato Sarimah memang cantik dari dulu sampai sekarang. seorang yg natural beauty tak seperti artis2 sekarang yg banyaknya cantik ialah kerana makeupnya.rasa nak tahulah anak2nya cantik2 dan ayu macam dia ke..mesti diturunkan ilmu2 luaran dan dalaman kan.
she's a natural beauty kan... unlike some artist yg suka cucuk sana sini :)
Salam MLMW :-D
Emmhhh! Kelakarlah kita ni kan? I pun suka tengok yang ketuk2 botol tu - teringat pulak singlet roti kirai P Ramlee - kihkihkih! Dahsyat jugak you ni :-D Tak pasal2 Saadiah jadi mangsa kejelesan you! Hehehe!
Salam Azieazah :-D
Ya ke? Zaitun sakit? Moga2 dia cepat sembuh.
Memang macho, kan? Nordin Ahmad tu... P. Ramlee bak kata dia, hensem tak de, manis ada! :-D
mohdandmerian -
Salam Mak Cik, rasa anak anak perempuan Sarimah tak ler se'glamour' mak dia. Yang paling terkenal sikit pun M. Jamil, anak lelaki dia. Itu pun dah kerja belakang tabir jer sekarang kan.
naddy -
Yes you'r right. Dulu pun ada cucuk sana cucuk sini jugak, tapi tak lah ketara sangat macam sekarang, yang menghilangkan terus identiti pemilik muka itu.
Thanks nad, sudi jengok blog akak, akak try banyak kali nak masuk blog nad tapi tak dapat. Please add me again yer :)
Mia's Mom -
I memang suka layan cerita dulu dulu, tak menjemukan. Dan dialog dia orang best best, membuatkan I teringat ingat sampai sekarang. Kalau dengar dari dialog jer dah tahu dari cerita mana kan ;)
sejuk je mata melihat penampilan Dato' Sarimah... i like
FAIROS pun cantik apa..phewittttttttttttt!(baru lega,baru dapat blog hopping, rindu nak membebel@komen kat blog yg aku suka singgah :D)
kakzie - sori sayang, baru nak reply, tak sempat lah dik banyak kerja. Blog pun tak update hehehe.
Itu lah, cantik kan dia. Bila tengok dia dalam usia 68 tahun boleh cantik macam gitu, kita pun rasa ... YEAH KITA BOLEH :) Semangat tu ... hehehe
ixoraroxi - itu lah, lama tak nampak Ix mengomen kat sini. Sibuk yer. Sama lah kita.
Fairos cantik yer IX ... hehehehe, terima kasih. Ada jugak orang yang rasa saya cantik ... sob sob sob (lap lap mata) terharunyer ...
Post a Comment