Thursday, February 18, 2010

FEBRUARIAN BIRTHDAY



Ahad, 14 Februari 2010

Sememangnya dah jadi satu tradisi untuk kami famili di belah Kampung Jawa, Klang (kampung ayah anak anak aku) akan menyambut nyer untuk orang orang yang lahir di bulan Februari. Kebetulan pulak ada 5 orang ahli keluarga ini yang lahir bulan Februari. So sesiapa anak anak yang lahir bulan ni, ahli keluarga akan contribute bawak makanan, umpama 'Pot Luck' lah kira. Dan setiap tahun memang penuh meja, sampai tak cukup tempat. Dan penyumbang terbesar seperti biasa adalah Chek Ita (isteri arwah Amir) mak cik anak anak aku. Dia memang terer masak dan amat rajin memasak. Aku ??? hehehe ... bawak Kentucky Fried Chicken jer 1 bucket. Rajin kan aku... rajin membeli ;) Kek Birthday pun Chek Ita yang beli. Pernah ada ketika tu, setiap famili bawak kek birthday, sampai dah macam kedai kek, lastly tak termakan semua.




Tahun ni ada perbezaan sikit, sebab ada BBQ. Yang ni ketua BBQ dia adalah Pak Hussein. Dan pembantu nyer adalah Uncle Zarfullah. Seronok bebudak ni main bakar bakar sambil makan makan. Tak sempat orang dalam rumah nak makan, dia orang dah bedal dulu dah. Siap ada marshmallow bakar lagi. Bila dah abis membakar tu, semua orang masuk rumah balik, sebab ada upacara tiup lilin.



Tak tiup lilin tak sah, kekadang tu sampai kena nyalakan semula lilin 2-3 kali, sebab orang lain pulak nak tiup. Kelakar jer. Bila dah berkumpul memang riuh. Tak payah nak panggil orang luar, dengan nenek, pak cik, mak cik, sepupu yang ramai tu pun dah cukup buat rumah nenek Klang macam nak pecah. Dah ada rupa tadika pun ada. Dia orang ni bila nak ambik gambar dah macam selebriti lak berkelip kelip flash kamera, sampai tak tahu nak tengok kamera yang mana satu, tu yang mata semua tak fokus di kamera yang sama tu.



Antara makanan yang ada Pasta, Buah, Krim Karamel, Soto, Bun memang tak terabis pun. Dan selalu nyer kita orang akan tapau bawak balik. Mengah nak menghabiskan semua. Makan berulang ulang membawa ke malam.




Berikut adalah hadiah-hadiah yang ada. Dah macam nak sambut hari natal jer tinggal tak ada pokok Krismas jer...hehehe. Anak anak aku memang suka sangat sangat dapat sambut birthday kat sini. Sebab dia orang akan dapat hadiah yang boleh tahan lah banyak nyer. Nenek bagi, mak cik bagi tu, pak cik bagi ni. Bayang kan kalau dah ramai pak cik mak cik berapa banyak leh dapat.


Antara penerima hadiah hari jadi


Yang ni budak besar yang sambut Birthday pada Februari dan masih dapat hadiah yang banyak



Yang ni pulak budak kecik yang sambut Birthday Februari - Hilman suka giler sebab dapat Bekas Air dan Jam Chelsea. Orang Klang semua tahu dia suker giler dengan Chelsea. Sepupu yang lain ada yang fanatik Arsenal, Man U dan Liverpool. Kalau dia orang tengok bola memang bising lah, masing masing sorak tak hengat dunia punya lah, sebab menyokong team kesayangan hamba dia orang.




Nengok tu, tak puas nak BBQ siang tadi boleh lagi sambung malam. Yang kelakar nyer, sebab daging dah abis dibedal, dia orang ni sanggup pakat bakar ubi kayu pulak ... hish nak merasa duk zaman jepun ker hapa bebudak ni. Nasib baik ada Uncle Zarfullah yang sporting tolong pantau bebudak ni. Balik Kuang semula pukul 11.00 malam. Kalau ikut kan bebudak ni memang tak nak balik lagi, dah jumpa sepupu sebaya memang lupa diri jap :) Aku seperti biasa akan tersangap sangap bila drive balik sambil menyepak yepak muka sendiri sebab mengantuk. Nasib baik selamat sampai.

Antara mereka yang terlibat dalam menghuru harakan rumah nenek Klang ;)
(Alia ... sori ek, dapat capture perut dan belakang jer ... muahahaha)

4 comments:

azieazah said...

Seronokkkk...! Seronokkkk...! Seronokkkk...!

Tumpang seronok tengok gambar.. Wahhh bestnya berkumpul sanak saudara cucu cicit..

Patutnya dah ramai2 gitu, buat ler door gift, so yg tak besday pun dapat gak ler bawak balik cenderahati..

My Life My World said...

azieazah - hehehe tak terfikir. Harus dibawa ke mesyuarat kabinet idea akak nih ;D

Memang gamat dan meriah. Sampai anak anak tak nak balik. Tapi biasa nyer gini lah semangat kaum kerabat orang Jawa. Dia orang punya ikatan kekeluargaan memang kuat dan rapat ;)
Dan saya, ter'join' sekali ...hehehe

alia zarfullah said...

haha ape kes gambar perut n belakang je. ish2 tak patut btul la. allah dah bg muka cantik2 harus di tunjukan dong! haha.
semestinye sambutan hari jadi di klang memang best. best dgn huru-hara. kahkahkah.

kalo bab pasal bola. no comment semestinye bumbung umah nenek tgu tercabut je. hahaaha

My Life My World said...

alia - tu la, Alia nanti duk betul betul depan auntie. Baru ler leh dapat macam model ... hehehe

Itu best nyer sambut birthday kat rumah nenek. Alia kalau besar Huda, Nurin dengan Lia pun sure berlari lari tak ingat dunia punya kan ;)