Thursday, February 11, 2010

SUDIRMAN DALAM KENANGAN

Last week, aku tak ingat berapa haribulan. Tiba tiba aku teringat kat Arwah Sudirman Haji Arshad. Rindu nak dengar lagu dia. Jangan tak tahu, aku peminat fanatik Sudirman. Masa sekolah 'Form 4' dulu aku pernah hantar kad raya kat dia, yang best tu dapat balasan. Sampai hari ni aku simpan. Nanti kalau jumpa aku letak kat sini. Mak dan abah aku pun tahu, aku memang minat giler kat Sudirman. Kalau ada program nyanyi kat TV yang ada Sudirman, abah dah siap stand-by nak 'tape' kan untuk record, supaya aku boleh dengar semula nanti. Oh, baru aku sedar...sayang nyer abah kat aku... sebak lah pulak, sob sob sob (kesat hingus meleleh dan air mata).

Dia lah satu satu nyer artis yang aku beli 'kaset' nyanyi dia. Dengar sampai Walkman yang gedebak tu meronta ronta sebab dah bosan putarkan lagu dia. Aku lak yang tak pernah jemu. Aku hafal hampir keseluruhan lagu dia. Ingat tak lagi masa dia buat Konsert Percuma kat Chow Kit Road. Masa tu tahun 1986, aku Tingkatan 5. Kebetulan nak SPM aku tuition kat Institut Ming sebelah Maybank Jalan Chow Kit, sederet dengan Hankyu Jaya dan McDonald. Masa aku nak balik tuition tu jugak dia orang sedang prepare pentas untuk Sudirman. Aku punyer lah bersemangat nak tengok. Mak dgn Abah pun tahu, siap datang petang tu nak ambik aku balik rumah, dan survey kalau kalau boleh tengok sekali. Tapi.... punyer lah ramai orang, frust betul ... tak sanggup nak tengok dan harung orang yang ramai tu. Kita orang balik rumah terus, tengok kat Talibesen jer.

Sedih giler bila dapat tahu dia kembali ke Rahmatullah. Ada orang kata dia kena 'HIV' Aids ... argghhhhh sampai hari ni aku tak percaya. Kerinduan aku pada Sudirman membawa aku hanyut ker YOUTUBE. Mencari lagu lagu dia. Aku jumpa lah lagu ni. Aku suruh anak anak lelaki aku dengar. Punyer lah dia orang suka, sampaikan hari hari nak dengar. Hehehe ... video clip dia sangat simple, dengan lagu yang amat menarik boleh hilang stress. Cuba ler korang dengar ek ;)




11 comments:

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Minat Sudirman ya? :-D I dulu suka gak kat dia. Paling I suka bila dia nyanyi dengan Noor Kumalasari. Pernahlah I harap2 dia orang berlangsung ke jinjang pelamin. Frust I woh... bila dia kahwin dengan orang lain - sabar je la kan? Memandai jodohkan orang...

Thank you for sharing the song. I tak ingat pulak lagu ni. I paling suka lagu dia Basikal Tua, Anak Gembala dan lagu raya... ala... yang start dengan "Dalam dingin Subuh... hatiku terusik..." Duk jauh2 ni, sayu wo...Eh, lagu "Ayah dan Ibu... Itulah permulaan kami..." tu pun I sayu juga... Banyaknya lagu yang I sayu! :-D

Anonymous said...

salam MLMW. mak cik juga suka lagu2 sudir yg membuatkan kita sama2 turut menghayati senikata dan lagunya. yang paling mak cik suka ialah lagu2nya selepas berpisah dengan Kay yg membuat mak cik tersangat sedih dan turut merasai kesedihan dan kekeciwaannya.mak cik juga tak percaya cerita2 negatif tentangnya.

My Life My World said...

Mia' Mom - Salam MM. Lagu dengan Noor Kumalasari tu tajuk dia 'BIMBANG TERLUKA LAGI', saya pun suka banget lagu tu.

Ada banyak sebenarnya lagu yang best by Sudirman. Cian kat U kan, dah duk jauh dari kampung, kalau dengar lagu lagu sayu macam tu mahu sebaldi airmata boleh keluar :D (sajer jer nak menyakat ...hehehe). Nasib baik ada Cik Abang, boleh gak buat 'shoulder to cry on'

I suka Sudirman satu lagi kan sebab, bagi jelah apa genre lagu kat dia, semua dia boleh bawak dengan penuh penghayatan ;)

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)saya membesar dengan lagu lagu Sudirman. Macam dah sebati dalam hidup. Tapi tak sangka anak anak saya, bila saya dengarkan lagu lagu Sudirman, dia orang pun turut suka. Means, lagu dia memang Evergreen dan sesuai didengar semua golongan dan kaum. '1 Malaysia' betul kan dia.

Saya rasa lagu yang lepas dia berpisah dengan Kay tu tajuk dia "TERASING" - saya pun suka sangat lagu ni. Macam rasa kita pun boleh faham dan terbawa bawa dengan emosi dia kan :(

Mrs Taz said...

Acik,

kalo tak silap dulu rasanye kakak dia ada cakap dia kena buatan orang .. wallahualam tak tau betul ke tak .. tp dia nye performance mmg best la :)

azieazah said...

ACIKKK.... pernah tak baca Kak Azie tulis yg Kak Azie suka sangat lagu PATAH HATI? sapa nyanyi?

So ACIK tau ler betapa Kak Azie pun sangat ler minat nyer dengan ini arwah Sudirman..

Dia memang penyanyi hebat yang sangat merendah diri, sangat dekat dengan jiwa kita..

sedihh.. sbb dia dah takda..
Moga dirahmatiNYA di sana..

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Ni response untuk the previous entry. Aberdeen dalam 65.7 batu jauhnya dari Dundee. Kalau Dundee ni dah kira sejuk gila masa winter, Aberdeen lagilah sejuknya. Sekarang ni, ada 4 student PhD dari University of Aberdeen yang datang ke Dundee yang attend kelas sama dengan I. I am quite close to one of them - Rizal, dia dari Indonesia. So, dua hari seminggu (Mondays + Tuesdays) dia akan ke sini untuk kelas Research Methodology & Quantitative Methods. So, agaknya, apa Kak Long nak tau pasal Aberdeen? Hari Isnin ni I tanyakan. Satu lagi, Aberdeen ada joint venture dengan satu Institute kat Dundee ni - namanya Al-Maktoum Institute. Elok juga Kak Long dapatkan info sekarang - selain pembakar semangat she can be more prepared dan ada banyak masa untuk compare which U yang dia betul2 interested. :-D

My Life My World said...

Mrs Taz - Acik pun ada tengok siri tu, yang cerita pasal kakak dia cerita pasal benda benda pelik yang berlaku masa dia sakit tu kan. Allahualam ...

Rasa nyer tak ada lagi artis kita yang dapat tandingi performance Sudirman yang memang versatile dan kreatif :)

My Life My World said...

azieazah - Ingat lagi kak, pasal akak komen suka lagu PATAH HATI tu :)Sudirman rupa nyer. Tapi lagu Patah Hati ni pun ada ramai penyanyi lain yang nyanyi jugak kan

Kita sama sama suka Sudirman, kalau dia hidup macam mana lah agak nyer kan. Mesti ada lagi banyak lagu lagu yang best untuk di dengari ;)

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam MM ... Kak Long sangat lah gembira nyer dengan Info yang U berikan. Dia akak selalu follow U, cita cita yang terlalu tinggi, entah kan dapat entah kan tidak. Sekarang ni terlalu ramai budak yang pandai, dan peluang amatlah tipis. Semoga Kak Long berjaya. AMIN...

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Sama2lah kita doa ya? Doa Ibu tu yang penting dan paling tinggi martabatnya. InsyaAllah - Cita2 nak belajar tinggi Allah makbulkan sebab niat tu suci. Moga Kak Long success ya :-D