Hasil kerja 'Photo Shoot' Iqa - My Office
Hari ni aku kerja ... menyiapkan tender yang bakal dihantar esok. Semua anak anak ikut, kami bersarapan di Nasi Lemak di Desa Jaya lepas hantar kak long ke tuition. Dia orang ni suka datang opis. Sebab boleh bertenet dan ada air-cond...hehehe, panas sungguh cuaca sekarang ni. Lepas mandi pun boleh berpeluh balik, phew!
Hilman merempit kat internet
Lari ambik Kak Long jap, masa pukul 11.30 then balik semula ke opis. Lepas solat zuhur dan kerja siap, kami memulakan semula misi yang belum selesai semalam. Kak Long ajak ke Sunway Piramid lak. Tapi masa nak masuk junction kat Dataran Mentari tu pun jem dah tak bergerak gerak. Tak sanggup aku nak redah sesak. Itu baru kat luar, belum kat dalam shopping centre lagi tuh. Padan muka, dah ni kan minggu terakhir sebelum raya cina.
Kalau dapat pergi shopping....suker :D
Terus jer drive masuk tol, menghala ke Putrajaya. Iqa lah punyer idea ni, kak long dah muncung sebab dia tahu kat Putrajaya mana ada Butik Converse. Susah nyer nak puaskan hati anak-anak ni. Baru 4 kepala ni, pun dah macam macam kehendak dia orang. Semua nak suruh ikut idea masing-masing. Sabar jer lah.
Gendang gendut tali kecapi, Hilman Gendut senang hati
Anak-anak dah kelaparan masa sampai Alamanda. Bila aku offer sapa nak Prosperity McD, hanya aku dengan Aran je nak, lagi 3 orang semua nak makan nasi. Bungkus properity burger then pergi makan kat food court. Yang lain order nasi ayam. Lepas kekenyangan, kami jalan mengukur Alamanda semula. Iqa suka dapat jumpa Vincci dan ada saiz kasut yang diidamkan. Senyum sampai telinga happy nyer. Kak Long jugak tak jumpa 'Converse' nyer.
Control Macho ler tu, puashati sebab dapat makan Prosperity Burger
Keluar dari Alamanda dah pukul 6.oo petang. Mencicit drive cari surau nak solat Asar kat Presint 8. Surau favourite aku dan anak anak. Kami suka surau ni, sebab nyer dia comel sangat dan dikelilingi kolam air. So rasa sejuk dan damai jer. Plus dia ada taman permainan yang comel lagi :)
Pintu masuk Surau
Bertolak dari Putrajaya dah pukul 7.oo petang. Kak Long yang tak puashati mengajak ke Times Square, nak jugak cari kasut dia. Okay lah, mak yang baik hati ni (sila jangan muntah) bersetuju lah bagi nak puaskan hati anak tercinta.
Sebab suka sangat, aku suruh Iqa snap gambar dalam surau ini banyak banyak
Ikut Lebuhraya MEX, dalam 7.20 dah sampai KL, ingat nak masuk Smart Tunnel terus ke Bukit Bintang. Nasib baik Hilman perasan kat Billboard Electronic tu tulis, "Jalan Sesak ke Bukit Bintang, laluan ke Bukit Bintang di tutup".
Kalau tidak kami mesti terperangkap ler nak kesana. Tak reti reti ramai orang shopping nak sambut raya cina. For sure ler Bukit Bintang tu sesak, itu kan kawasan kaum cina suker pergi shopping.
Apalagi terus jer lah masuk Jalan Duta Plus Highway nak balik Sg. Buloh. Singgah kat Jejantas Sg. Buloh dulu solat Maghrib dan terus balik Kuang. Sorry ler Kak Long lain kali lah yer :)
p/s : Kak Long dah dapat kasut Converse idaman hati pada 13 February 2010 di Berjaya Times Square ;)
11 comments:
Salam MLMW :-D
Cerita ni macam merentas desa pulak gayanya. I pun penat sama imagine berkejar ke sana ke mari. Syukurlah Kak Long dah dapat idaman kalbu :-D
Mmmm.... kiranya kasut Iqa tu macam dah jadi Mak dia punya lah ya???...:-D
salam mlmw. syukur dalam terkejar2 tu semuanya selamat.sejuk dan mendamaikan keadaan suarau tu. makcik nak masukkan dalam senarai kalau keputrajaya nanti.
wah..rindunya kat surau ni..dulu time study kat ukm..suka datang dengan kawan-kawan architecture ke sini...cantik kan design dia..best je rasa :)
salam kak..wah..lama tak jengok sini.
tour the whole town ler..purposely untuk puaskan kehendak anak..itulah kita kan kak..Ibu mana yang sanggup tengok anak sedey..
*saya tak muntah...respect lagi ada ...
Mia's Mom - Salam MM ... memang penat berjalan kehulu kehilir tanpa tujuan, tapi sebab merentas desa dalam shopping mall, jadi tak lah terasa. Seronok lagi ada :D. Iya lah, syukur sangat-sangat Kak Long dapat kasut dia, kalau tidak memang segala shopping mall yang ada kat KL ni aku diredahi jua ...hehehehe
Jadi nyer ... memang kasut Iqa itu dah jadi hak milik mutlak mak dia. Ngeh ngeh ngeh. Moral of the story, jangan beli kasut ikut kehendak mak, maka nyer mak akan rembat kasut tu terus (Amaran! jangan ikut perangai I ini) ;)
mohdandmeriam - salam makcik :)
Seronok sebenarnya terkejar kejar 'hunting' barang ni, sambil sambil tengok barang lain. Cuci cuci mata ;)
Memang best Surau tu Mak Cik, kalau pergi Putrajaya jangan lupa singgah. Bukan tak nak pergi Masjid Besi dan Masjid Putrajaya tu, mengenangkan nak ambik air wuduk punyalah jauh, siap kena naik lif lagi, lagi pun waktu tu dah kesuntukan masa. Tenang dan damai jer kat surau ni. Kalau dah sampai nanti, jangan lupa cerita yer.
MarlissaMusa - tak sangka ada orang suka datang sini jugak selain akak yer. Surau tu memang best. Senibina di pun sangat sangat cantik. Persekitaran bersih dan kemas jer kan.
azrina.03.07 - Salam Rina. Iya lah lama tak nampak Rina. Terima kasih lah sebab sudi lagi jenguk rumah akak ni.
Biasa lah kita mak mak ni, memang dalam kepala agenda nak membahagiakan anak anak jer. Kebahagian anak anak tu lah kebahagian hakiki kita. Kepentingan diri dah jadi tempat ke dua :) Tak caya cuba tanya mak cik meriam ;)
perghhhh penatnya!dah timbang belum?ada lemak2 yg pecah?hehe
Ixoraroxi - hehehe ... tak der nyer nak pecah lemak Ix, dah penat berhenti makan, penat berhenti makan ;) salah salah bertambah lemak bertempek kat badan... hehehehe
ACIK, memandangkan ACIK jenis yg suka melayan karenah anak2 (dah itu jer orang yg ada) hehehe... so sila pastikan kesihatan dlm keadaan baik yerrr...
Makan supplement banyak2.. utk fizikal.. Mental, rasanya dah ok tu, dah cukup positif dah, kan?
Post a Comment