Thursday, February 11, 2010

SELAMAT HARI JADI NUR FARHANAH

Khamis, 11 Februari 2010

Selamat ulang tahun yang ke 15 untuk Kak Long Farhanah. Dah 15 tahun anak mak, macam tak percaya jer. Dah besar panjang anak aku, dah lagi tinggi dari mak dia. Pandai jugak aku jaga anak sampai besar panjang dan sihat wal'afiat macam ni kan :). Kekadang aku macam tak percaya jer, anak aku dah besar panjang macam ni.





Mak sayanggggggggggggggg Kak Long sangat sangat. Walaupun mak selalu marah, selalu bebel, selalu sakitkan hati kak long. Maklumlah, Kak Long kan dah masuk alam remaja. Mak pun pernah lalui zaman itu. Zaman di mana kita nak cari identiti diri, zaman bila kita rasa mak bapak tak faham kita, zaman dimana kita rasa kita betul dan orang keliling salah, zaman rasa nak memberontak jer. Mak faham ... cuma kekadang sajer jer mak buat tak faham ;) .



Kak Long masa 4 Bulan



Semoga Kak Long sentiasa didalam Rahmat dan Kasih Sayang NYA ... dikuatkan iman, semangat dan kesabaran. Berjaya memenuhi impian hidup di dunia dan akhirat. Berjaya dalam cita cita Kak Long dan memenuhi impian Mak Tok. Dan berjaya dapat 8A dalam peperiksaan PMR hujung tahun ini. Mak tahu itu target Kak Long kan.


This is my favourite 'Pic' - Kak Long 4 Bulan


NUR FARHANAH - yang bermaksud Cahaya Riang Gembira.
Memang pun, itu lah karekter Kak Long.
Sentiasa ceria dan gembira dan sangat sangat matang.
Kerana itulah Kak Long akan sentiasa menjadi SOUL MATE mak sampai bila bila........

SELAMAT HARI JADI SAYANG !

11 comments:

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran to NUR FARHANAH, semoga menjadi anak yg cemerlang dan membanggakan..

Aminnnn... segala doa ibu tersayang buat anak yang dicintai sepenuh jiwa raga...

Memiliki anak dara secantik FARHANAH, sungguh membahagiakan, tetapi juga membimbangkan.. Apapun semoga terus berbahagiaaaaa...!


*Rini hantar kek jam berapa CIK?

Anonymous said...

salam MLMW. happy birthday to Nur Farhanah.mak cik sedih membaca coretan dan impian tu. semua ibu dan ayah berperasaan begitu cuma anak2 je yg tak faham. bila dah beranak esok2 pun mak cik selalu beranggapan anak2 mak cik masih lagi kecil dan memerlukan kita- merungut dan menasihatka mereka. kadang2 mak cik selalu membisik kepada diri sendiri anak2 dah besar dah boleh membuat keputusan sendiri tapi sebagai ibu selagi hayat dikandung badan selagi itulah mahu membimbing mereka.

lemongrass said...

Ramai betul orang yg saya kenal sambut birthday hari ni, sure ada Ong nya date kan, hehehe
Happy 15th birthday untuk Kak Long. Semoga Allah makbulkan segala cita2 Kak Long dan may your life be blessed by Him always :-)

My Life My World said...

azieazah - Amin atas doa akak dan terima kasih bagi pihak Kak Long atas ucapan dan pujian. Harap-harap anak ku tak lupa diri ...hehehe

Akak petang nanti kita jumpak noooo ... jangak lupa kuih tat saya. Kita tukar suka sama suka ek :D

My Life My World said...

mohdandmeriam - salam mak cik. Yer betul tu mak cik, semua ibu bapa harap yang terbaik untuk anak-anak. Entah entah saya bila anak besar pun macam mak cik jugak. Dah ler sekarang tak abis abis duk membebel :)

Sekarang ni pulak, mak saya selalu cakap "Tu lar, dulu kata kat mak, selalu bebel dan marah anak anak, sekarang kau rasa ler macam mana mak rasa" ... dah tu apa boleh buat, sengih jer lah bila mak kita cakap gitu. Memang betul pun ;)

My Life My World said...

lemongrass - Amin atas doa U. Agak nyer lah, harap mereka mereka yang lahir hari ni banyak ler ONG dia ...

U ... Kak Long I pun suka baca blog U tau, dia suka tengok wajah wajah bakal adik ipar dia kat blog u, muahahahaha

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Happy Birthday Kak Long Nur Farhanah :-D Pesan Auntie, appreciate what your Mom did for you. She loves you so.... much (oodles + oodles + oodles......) and remember Nothing Beats Mother's Love, OK? Study Hard, Study Smart and make your Mom proud of you :-D Make your wish for Success comes true, yeah! :-D Masa ni tumpukan perhatian pada pelajaran dulu, ya? Yang lain2 tu ada masanya nanti, tapi bukan sekarang :-D

MLMW, bila anak dah meningkat remaja ni, payah ya nak balancekan sporting dengan authority, kan? Teringat pulak masa kita baya2 Kak Long ni dulu - masa2 rebellious; masa2 kenapa orang lain tak faham kita - padahal kita yang pandang sesuatu tu dari satu sudut je! Hmmm... sabar je lah. Kesian mak2 kita, kan? Hopefully kita semua make a better & more understanding Mom, ya? :-D

My Life My World said...

Mia' Mom - Salam MM. Terima kasih atas wish MM. Nanti saya suruh dia baca komen U kat sini, biar dia tahu semua mak pun macam mak dia jugak.

Dia bercita cita nak ke tempat U untuk study, seronok bila dia dapat baca Blog U, secara tak langsung dapat motivate kan dia lagi :)

Mia's Mom said...

Salam MLMW :-D

Alhamdulillah kalau dia berhajat nak datang sini :-D From time to time I akan masukkan entry pasal Uni of Dundee nanti - to get her motivated :-D. Tak lama lagi kan? She'll be taking her SPM tahun 2012,kan? I am sure she will do very well in her SPM. Sama2 kita doa. Hopefully I masih ada kat sini by the time dia datang nanti - Bolehlah tolong dia settle down. Kalau dia bercita2 nak jadi Doktor atau Dentist atau Pharmacist (dan yang seangkatan dengannya) elok sangatlah datang sini - kiranya Dundee punya Medical School among the top. And it is also one of the Best in Teaching quality and Research opportunity in every bidang yang dioffer. Marilah datang ya! :-D Kecil tapak tangan River Tay I tadahkan....lebar tau Sungai ni :-D

My Life My World said...

Mia's Mom - Syukur dapat kenal U. Apa apa nanti boleh tanya U kan. Cita cita memang tinggi, tapi tak tahu boleh gapai ke tak. Semoga dia berjaya. Dan itu pun harapan I sebagai mak dia.

Dia selalu dengar pasal Aberdeen University. Dekat kot tempat ni dengan U kan :). Tapi susah nak ke sini, kecuali kami ni kaya raya :). Berapa lama U kat sana yer. I tak abis khatam lagi Blog U.

iugjug said...

alahai terharu <3
lawak giler gambar waktu 4 bulan tu. haha
thank you aunty aunty sekalian (: