Tuesday, February 16, 2010

SIARAN TERTUNDA


Muka-muka kekenyangan, seperti biasa Hilman last abis makan


Sabtu, 06 Februari 2010

Laporan yang amat amat basi nyer. Namun nak jugak buat ulasan. Kisah semasa ke rumah rakan sekerja FIZA. On this date, dia buat 'House Warming Party' kat rumah baru nyer di Bandar Puncak Jalil. Kebetulan hari ni aku kerja dan ada 'meeting' jadinyer pulang dari kerja amat lewat, kena balik 'fetch' anak anak kat Kuang dulu.

Sempat ambik gambo landskap dia yang cantik ni jer, tampat lain ramai orang :)


Aku kekok kalau nak kemana-mana tanpa anak-anak. Bila makan di luar tanpa anak anak, aku akan rasa bersalah sangat. Jadi seboleh nye, kalau ada apa apa majlis yang boleh bawak anak-anak, aku sanggup balik rumah hangkut sekali anak-anakku.


Kat tangga rumah Fiza

Sampai rumah dia pun dah dekat pukul 4.00 petang, nasib baik ada lauk lagi hehehehe ... sudah makan, buat tour lak dalam rumah then balik. Anak anak merengek nak pergi shopping lah pulak. Aku dah siap warning awal awal, beri barang keperluan jer taw, bukan barang kehendak. Tujuan asal nyer nak cari hadiah Kak Long, for birthday dia 11 Februari nanti.


Kat tangga eskelator One Utama

Dia nak aku belikan Kasut 'Converse' untuk dia. Straight to One Utama (macam tak ada tempat lain kan ...hehehe). Punyer lah ramai orang shopping untuk Chinese New Year. Yang kita orang ni pun sibuk sekali nak meramaikan macam nak sambut raya cina sekali. Masuk kedai Converse, tak ada pulak kasut yang berkenan. Hmmm ... nampak nyer tak tercapai cita cita kak long hari ni.

Maskot Tahun Baru kat OU


Masuk lak Vincci Outlet kat New Wing, Iqa lak nak kasut Vincci yang dah berbulan dia idamkan. Okay, aku kata sebagai melunaskan hutang aku kat dia. Sebenarnya aku hutang sepasang kasut dengan Iqa, sebab nyer, kasut raya dia tahun lepas tu aku dah buat macam kasut aku sendiri ... hehehe ... teruk betul mak dia. Dah tu, saiz kaki dia yang gedabak sama macam saiz aku kan. Sedap lak pakai kasut dia, terus aku buat harta :) , tapi malang nyer kat new wing ni tak ada saiz dia lak.

Kalau boleh nak kuat lentang sambil baca buku, nasib baik sedar diri - MPH

Masuk MPH jap, Iqa nak beli buku rujukan. Kita orang apa lagi, dah masuk sini mesti nak buat macam rumah sendiri. Kalau kat kedai mamak tu, sure dah kena jelingan manja dengan mamak yang kedekut tuh.

Hilman sedang menghayati Kebab nyer


Dah tu, bebudak ni start lapar balik. Asal lalu depan Kebab King jer mesti automatically lapar. Makan lagi. Lepas tu start balik jalan ke Vincci Old Wing, Iqa tak puashati nak cari jugak kasut favourite dia. Jumpa lak sepupu sepapat bebudak ni.


Hamboi ... Aran pun suker dapat makan kebab

Kecoh betul kalau dah jumpa Iman dan Inas. Inas jerit "Mak Lang" sambil berlari lari peluk aku macam bertahun tak jumpa, habis orang kat dalam Vincci tu pakat perhati kat kita orang. Aku siap kata "Weh! malu ler , control control .." hahahaha. Memang famili kita orang ni jenis tak tahu malu. Dapat bermesra kejap jer dengan bebudak ni. Kat sini pun tak dapat jugak saiz kasut yang dikehendaki. Hish kena cari tempat lain ler gamak nyer. tak per, perjuangan akan diteruskan, Yeah ! .... nanti kan cerita basi seterusnye demi mencapai misi yang belum selesai ;)


Bila dah jumpa sedara, macam OU tu dia orang yang punyer :D

4 comments:

lemongrass said...

Kak Acik,
banayk lagi shopping complexes kat sekitar KL and Selangor tu yg boleh Kak Acik n Iqa n Kak Long tawaf sampai lah dapat yg dihajati! Tapi make sure you kena prepare and berlatih mcm nak buat marathon lah kan sbb penat weh nak tawaf shopping kmplex tu, hehehe

alia zarfullah said...

haha. la knpe la auntie faios pi angkut kasut iqa. kelakar kot. tergelak alia baca.
ishh asyik pergi OU je uhmm

My Life My World said...

lemongrass - kita orang ni kalau pergi shopping complex memang sanggup buat road run lagi. Siap boleh banding banding harga, kedai A berapa harga, pegi lak kedai B berapa harga, tak puashati leh cari kedai C, tak puashati balik semula ke kedai A. Hehehehe ... nak jimat dan berkualiti punyer pasal, sebenarnya = dasar kedekut sungguh, tak nak mengaku jer. ;)

My Life My World said...

alia zarfullah - dah tu kan alia, kasut Iqa tu sedap di pakai. Auntie sebat jer lah hahahaha, dia kan masa nak beli tu minta pendapat auntie dulu, so auntie bagi pendapat kasut yang auntie suker jer lah. Siap pesan sebelum beli tu "Nanti Mak pinjam kasut Iqa yer", pinjam punya pinjam terus jadi hak milik ... hehehehe

Awat nyer ... nak pergi OU sekali kaa? Nanti ring ring lar kita orang nih :)