Thursday, March 11, 2010

ALHAMDULLILAH ... DAH BERUBAH

Aku nak cerita pasal anak lelaki sulung aku nih. Hilman ... masa umur dia 6 tahun tu kan, sesajer jer tanya :

Mak : Man, Man ... nanti besar Man nak jadi apa?

Dengan konfiden dan selamba badak jer dia jawab sepantas kilat soalan mak dia tu dengan jawapan ni

Hilman : Man nak jadi Ultraman lah ... kalau tak pun Man nak jadi orang jual CD Game

Apa lah punya cita cita anak aku nak jadi nih, tak membina langsung. Buat spoil mood aku jer nak bagi semangat kat dia kalau ler dia bagi cita cita best ker. Aduhai ... nak gelak pun ada gak. Sajer jer aku tanya kenapa dia nak jadi Ultraman :

Hilman : Nanti boleh 'fire' orang jahat ker, senang sikit.

Seronok jugak melayan, aku pun tanya lagi ... kenapa lak nak jadi orang jual CD Game

Hilman : Senang nak main game, tak yah beli banyak banyak buang duit.


Hilman di kedai jual CD Game kat OU

Itu cerita 5 tahun lepas, masa masih kat TAKIS ... sekarang Hilman dah di Tahun 5 Alhamdullilah cita cita dia dah berubah. Senang hati aku. Sekarang ni kalau aku tanya :

Mak : Man, Man ... nanti besar Man nak jadi apa?

Dan dengan konfiden juga dan penuh yakin dia jawab sepantas kilat soalan mak dia tu dengan jawapan ni

Hilman : Man nak jadi Pilot.

Lega hati aku, dia siap cerita dia nak masuk sekolah yang best best, masuk asrama dapatkan biasiswa dan jadi juruterbang. Kali ni aku tanya lagi, sebab apa nak jadi Pilot.

Hilman : Man nak jadi Pilot sebab gaji besar, boleh keliling dunia. Nanti Man banyak duit. Boleh belanja mak. (sambil tersengih suker)

Ialah Man, mak akan sokong Man. Tapi kalau tak jadi pilot Man jadi lawyer pun okay gak, sebab dia ni memang tersangatlah 'loyar buruk' dan banyak cakap ... ada jer jawapan yang tah hapa hapa kalau di tanya. I LOVE U MAN :)

Kau jangan jadi 'Hantu' udah lah yer Man

4 comments:

mohdandmeriam said...

salam ros, hehehe budak2 semua minat ultraman ..cucu mak cik pun gitu sekali nak jadi ultraman, power rangers dll. sekarang minat kapal terbang , cita2 dah bertukar nak jadi pilot, tenguklah nanti minatnya apa, cita2 pun bertukar juga.tak takut ke Man nak jadi pilot tu.

azieazah said...

Ehhh jadi hantu pun bleh laaahhh...
Hantu Buku... heheheh...

Semoga tercapai cita-cita.
Kalu dah jadi pilot tu, mesti nak bawak MAK kan? Tapi MAK tu ramai kawan, dia mesti nak bawak kawan dia buat teman, kan?

ok kot kalu Untie AA ikut sekali? tak berat sebelah kapai terbang tu nanti kan? HILMAN mesti tau cemana nak ejas, kan?

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Memang semua kanak kanak kat dunia gitu agak nyer ... kalau lelaki nak jadi SUPERHERO, kalau pompuan nak jadi Snow White lah, Cinderella lah, Sleeping Beauty lah.

Alhamdullilah, harap cita cita dia tak bertukar. Mak dia pun suker. Ajal maut di tangan Allah.

My Life My World said...

azieazah - AMIN kalau jadi 'Hantu Buku', Cita cita masa kecik ni memang tinggi tinggi, tak yah kata anak, mak dia masa kecik dulu pun cita cita tinggi melangit ;)

Akak, kalau ler Hilman "MENJADI' nak nak ada pulak pesawat persendirian. Insya Allah akak tak dilupakan :) Kalau berat sebelah pun, bagi jer beg payung terjun, akak kena ler buat terjunan lepas tu, nak kasi kapalterbang balance ... wakakakaka