Wednesday, March 3, 2010

CERITA HARI MINGGU



AHAD, 28 FEBRUARI 2010

Agenda biasa di pagi minggu kali ini adalah satu keluarga penuh keta menghantar Kak Long pergi tuition macam nak hantar orang pergi Mekah jer. Kali ni Iqa yang tak nak ikut pun aku paksa ikut, sebab tahu kalau dia tinggal ... memang duk depan Laptop dia jer lah sampai petang (ini lah satu satu nyer benda yang membuatkan Iqa tak tertido). Selepas meng'drop' kan Kak Long kat Perfection... apalagik, jom carik sarapan. Dah lah konpius pulak nak memenuhi kehendak 3 orang budak ni. Ada yang nak makan nasi lemak lah, roti canai lah, maggi goreng lah. Lastly beli nasi lemak bungkus untuk Hilman, then pergi kedai mamak cari Maggi goreng dengan roti canai. Ingat lepas tu nak 'morning walk' kat Tasik Menjalara.. tapi cuaca amat lah panas nyer. Kita orang pergi kejap jer, dapat lah pusing satu tasik ... lepas tu ...'Callo Bette' ... jom pergi opis mak sejuk kan diri bawah air-cond sambil mak siapkan kerja opis jap, dan sementara nak tunggu ambik kak long. Nasib opis mak kat area tu jer

.
Sempat ambik gambo ni jer, lupa nak ambik gambo Cik Prosperity, sebab tak sabar nak makan

Lepas ambik Kak Long .. langkah dipanjangkan ke Selayang Mall. Macam ler jauh sangat ... terus menuju ke Mc Donalds ... Kak Long dah bising kelaparan. Sebagai meraikan Musim Prosperity Burger yang bakal tamat, so hari ni kita orang pakat ramai ramai makan Prosperity Burger untuk kali terakhir bagi tahun ni. Lambat lagi nak jumpa musim Prosperity balik nih.


Kak Long jadi Paparazi ambik gambar budak ni, dia kata budak ni comei sangat, macam MIN JI dalam cerita Korea 'Boys over Flower'


Lepas tu tak tahu nak pergi mana, bebudak lelaki sibuk merengek nak main games kat tingkat atas. Sementara tunggu dia orang main game, aku 'ter'masuk kat tempat orang main bowling. Ingat nak tengok jer, eh eh tetiba rasa seronok lak tengok orang main. Hilman, biasa lah ... pantang tengok apa jer semua nak main. Okay lah, kasi budak gumuk ni main dulu. Fee RM5.50 + Sewa Kasut Rm2.00 + Plus beli stokin RM2.00. Dah tu mamat ni tak puas main satu game, nak sambung lagi. Not bad lah tempat dia...bersih, cantik, tak ramai orang, kasut pun macam baru jer tak hapak.


Macam terror tu, walhal ini masuk kali ke 3 jer main


Gaya mesti lebih, tapi banyak kelongkang bola boling tu sebenor nyer :)


Happy giler sebab berjaya menjatuhkan 9 Pin dari 10 Pin

Lepas tu Kak Long lak rasa geram jer tengok Bola Boling Kaler Pink, dia pun nak main jugak. Lastly Iqa yang memula malu nak main pun ... eh eh nak main jugak. Ending with 6 games jer, dari memula tengok orang main dan malu nak main. Lepas tu ketagih lak, tak nak stop. Walalah ... kena stop lah dulu, balik solat zuhur weih. Sampai umah pun dah pukul 3.30 petang. Dari tak tahu nak pergi mana tu ... entah hapa hapa aktiviti kita orang buat hari ni. Tapi Best!!!!


Tengah bermesra dengan bola Pink sebelum di baling bola tu ke lantai


Relax jer Kak Long baling, tapi yang herannye banyak lah Pin Jatuh tu




Iqa macam nak terseret sama dengan bola tu


Terus hilang malu budak 2 orang nih

Yang paling sedih kat Aran tak dapat main ... nanti tunggu besar sikit lagi yer


Tapi anak mak sporting, tak kisah pun ... ni yang buat mak tambah sayang kat Aran


p/s : Minggu ni dia orang ajak gi main boling lagi kat Selayang Mall. Berantu sungguh benda ni :)

7 comments:

Mrs Taz said...

hahaha .. tau tak pe ... mmg berhantu jgn mula ..pastu nak lagik dan lagi dan lagi ..pasni kita buat tournament lak hehehe

My Life My World said...

Mrs Taz - Boleh ler joint kali ni, sebab anak anak dah suker main boling kan. Tapi kita orang punya markah hancus. Jangan compare ler dengan Zia and family yang dah teror main tu. Malu (tutup muka) :)

mizadgreat said...

aku tak pernah main bowlinggg...yg aku suka swimminggg masa muda2 dulu.....

My Life My World said...

mizadgreat - aku lak tak reti swimming. Kalau aku swim, sure tenggelam punyer lah, lagi pulak isipadu dah bertambah. Lagi ler mudah tenggelam...hehehehe

mohdandmeriam said...

salam mlmw. tenguk pada gaya pegang bola n menghayung tu akan jadi pemain pro malaysia nanti.seronok budak2 main lepas tension belajar sambil hiburkan hati dihujung minggu.

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik ... hehehe ... bukan reti pun, main baling jer sesuka hati. Bila dah penat tu yang banyak masuk longkang tu.

Kalau ler dia orang ni terer main macam Shalin Zulkifle ... Mak Cik Kayo ler nampak nyer ;) hehehehe

azieazah said...

Kak Azie perasan, skang ni, gambar2 yg ACIK upload, sudah sharp, besar jelas, sbb tak perlu enlarge. Original size, kan?

See? Practice makes perfect!

Baru best dan enjoy layan gambarrrrr...!