Friday, March 12, 2010

CINTA HATIKU

Pagi tadi, tak sampai seminit jer drive keluar dari rumah, talipon tangan berdering ... ALAMAK !!! ... macammana boleh lupa ni (dalam hati mengutuk diri sendiri) . Abis lah macam ni, merajuk lah dia nanti. Masuk minggu ni, dah 3 kali aku lupa. Sampai dia dah masuk tahap ugut ugut aku. Terpaksa lah kena pujuk. Dengan tak sabar nak jawab lah kan, sebab rasa tersangatlah bersalah nyer, aku pun tekan punat terima masuk call , "Yer Sayang" .... aku dengar suara dia kat sana dah ala ala merajuk mempersoalkan ...................

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


" KENAPA MAK TAK 'BYE BYE' ARAN??? "


"Sori sori sori sayang ... mak lupa sangat sangat, Aran jangan marah mak yer, bukan selalu mak lupa kan, minggu ni jer mak ada lupa 2 hari jer, nanti mak tak lupa lagi yer"

"ye lah" - pendek jer jawap dia, tapi aku tahu dia rasa sedih

"Aran, mak lupa nak 'bye bye' Aran sebab banyak benda mak nak fikir tadi, dan kalau mak tak 'bye bye' Aran, bukan bermakna mak tak sayang Aran tau, Mak Sayang Aran sangat sangat"

"OK" - pendek jer jawab dia dengan suara yang dah mula ceria.



Telenovela sikit :) Dah jadi ke'MESTI'an, tiap tiap pagi kalau nak keluar rumah mesti ada adegan lambai melambai siap 'flying kiss' lagi kat semua anak anak, bukan Aran jer. Dah lambai dah kat rumah masa start keta, tapi dia kata kat tepi jalan masa turun bukit (Noted : umah aku atas bukit) lepas buat U-Turn, dia akan tunggu kat satu point ni dan nak lambai aku sampai hilang dari pandangan. Tapi aku leh lupa lak. Hehehehe ... maklum ler, dah tuo dah acik ni.



p/s : Aran baca post ni kan, mata dia berair, aku tanya kenapa, "aran malu ker"?, "Tak, aran rasa suka macam ...errr terharu" dia jawap "....alahai anak omak :)

16 comments:

mohdandmeriam said...

salam ros.wow rumah atas bukit,mesti best n mahal n nyaman n udara segar n bersih..
cucu mak cik macam aran juga mesti salam, cium n bye bye. kakak marissa selalu kata mak cik tak sayang dia sebab tak senyum hanya senyum pada adik saja. soal senyum boleh buatnya menangis heheeh..

lemongrass said...

hikhikhik.... so sweeeeetttt!! :-). Nanti kalau dah ada makwe, macam mana lah agaknya ye, sure lomantik abis, hehehe

Mrs Taz said...

alahai sweeetnye arannnn ....

Norfatin Suraya said...

COMELNYE PAAN !

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik. Rumah atas bukit, rumah kampung jer mak cik. Segar lah udara compare duk kat bandar tu. Sebab banyak pokok :)

Bebudak ni memang sensitif, tak boleh tengok kita sayang orang lain lebih. Even yang besar pun macam tu, nampak kalau kita peluk cium adik yang kecik, dia pun nak juga kita peluk cium dia macam tu.

My Life My World said...

lemongrass - Salam LG, harapan omaknye semoga dia 'sweet' sampai beso. Jangan dah ada mak we nanti 'sweet' dia kat omak dia hilang lak :D

My Life My World said...

Mrs Taz - memang perangai dia kekadang tak terjangka. Tapi dia memang selalu prihatin pada mak dia. Kalau mak dia muka monyok ke, dia start ler tanya macam macam. Tak sihat ker, demam ker. Suruh pergi jumpa doktor ler, makan ubat lah.

Bukan dia sorang jer, anak anak yang lain pun macam tu jugak. Prihatin kat mak dia. Alhamdullilah, Syukur sangat sangat. Harap sampai ke besar. Amin

My Life My World said...

Norfatin Suraya - comel kan Paan, bertuah sapa jadi mak we dia nanti....kekekekeke

azieazah said...

Seronok nyer baca semua kisah dan telatah si ARAN, HILMAN, IQA dan ALONG..

seronokkkk...

ARAN ni perangai sama tul mcm CHAK. Kalu tak salam, dia bleh majuk siap ungkit2..
Kalu tau kita nak kuar or pegi kerja, dia mesti tunggu tang pintu, nak salam..

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Ialah sama lah perangai nyer anak kita. Belum lagi kira masa balik kerja. Kita tak keluar keta lagi dia dah duk depan pintu keta.Siap nak bukak kan pintu keta lagi. Hilang rasa penat balik kerja, sebab ada orang yang hargai dan ternanti nati kepulangan kita :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak. Saya pun terharu jugak macam Aran.

Rumah akak ni mesti kat area bungalow tu kan.. Kalau lalu kat area tu utk ke BRP memang saya nv jer.. bukan apa..seronok kalau dapat tinggal kat situ.. sunyi jek.


Saya ngan anak2 lak salam pastu cium pipi... ni masa budak2 boleh lah kot..ntah2 dah besar nanti dorang malu.


psst : kakak saya pon nak duk kat Kuang gak. Tanah arwah nenek suami dia. Kat kg gombak tp saya tak pernah sampai lagi. Baru tolak tanah kata dia.

IXORAROXI said...

ciri2 hero memang camtu..anak yg baik..kerana rasanya ARAN pun tahu, setiap kali bersalam dengan ibu atau sesiapa sahaja(yg boleh bersalamlerr), insyaallah dosa-dosa kecil akan gugur

My Life My World said...

azrina3.7 - Salam Dik :) Kalau kita 'train' atau selalu buat sejak dia orang kecik, memang sampai besar pun dia orang akan macam tu. Anak akak yang umur 15 tahun pun still kalau akak nak keluar rumah atau balik rumah akak cari akak salam, cium pipi dan peluk. Dah terbiasa, harap harap sampai bila bila la hendak nyer.

Weih!!! ... seronok nyer dengar kakak Rina nak duk Kuang, dah dekat sangat ler Kg. Gombak dengan umah akak. Akak Kg. Setia, belah bukit, Kg. Gombak belah kaki bukit. Akak rasa macam tahu jer tanah yang dah ditolak kat Kg. Gombak tu, sebab akak hari hari lalu Kg. Gombak, short cut nak pergi Bukit Rahman Putra, hantar anak gi sekolah :) Nanti jemput ler datang umah, kalau dah sampai Kg. Gombak tu yer :D

My Life My World said...

ixorarxoxi - hero di hati mak nyer, harap nyer sampai mak dia tua nanti. Amin :)

^@mr!^ said...

inilah name nye sebuah keluarga yang bahagia..hehehe
betol tak aunty???
lame tak contact..
aunty sehat???

My Life My World said...

Amri - Salam Amri ... lama nyer tak berkomunikasi dengan awak :) Auntie sihat walafiat. Keluarga Bahagia ... Insya ALLAH harap nyer begitulah walau pun terlalu banyak kekurangan.