Friday, March 19, 2010

PANGGILAN TELEFON YANG MENYAKITKAN HATI

Weih !!! Tak sabar nak cerita ni, sementara masih panas dan hati masih juga membara. Sekejap tadi, masa aku tengah sibuk bekerja walaupun jam dah menunjukkan pukul 5.oo petang. Tetiba handset aku menjerit-jerit minta di angkat, dengan tertera Private Number kat skrin yang tak lah selebar I-Phone dan Blackberry :) Aku ni kan, apa jer nombor memang aku jawab punya tanpa rasa takut, sebab memang aku tak pernah buat salah dan nak larikan diri dari apa apa pun kan. Chewah, perasan ler konon ....



Dengar suara minah berbangsa india kat hujung sana dengan suasana yang amat bising macam kat Pasar Borong Selayang. Dah ler suara dia kejap kuat kejap pelan. Sebagai manusia yang amat bersabar aku layan ler jugak.

'Minah Tu' kaler MERAH :(

'Aku' kaler BIRU :)



Hello, saya dari Maybank. You pemegang kad kredit Visa dan Mastercard kan.

Iyer ... kenapa?

Maybank nak bagi you Life Insurance bernilai RM200,000.00. So I need beberapa pengesahan dari you (dah ....waktu ni aku dah start malas nak layan kalau ada soalan pasal insuran nih)

OOOOooooo okay

Nama you Jaf Fairos Liza kan

Yes

I.C. you 69xxxx - xx - xxxx kan

Yes

Boleh bagi tarikh luput tak untuk kad Visa dan Mastercard you (time ni aku dah cuak dah)

Eh! you kan dari Maybank, tak kan you tak tahu tarikh luput kad I, and for your information ... untuk Maybank I pakai Zingcard jer. I dah lama tak pakai Mastercard.

Tak apa puan, just bacakan tarikh luput kad tu untuk saya

Sorry la, macam mana I nak bagi tarikh luput tu kat you, kad tu pun tak ada dengan I, lagi pun I dah potong kad tu. (dah start geram dah ni, sebab rasa ada paksaan)

Okay untuk pengetahuan puan, kami dah creditkan RM800 dalam Visa kad puan yer ... (dia terus letak telefon)




Arghhhh .... sungguh kurang ajar nak gertak gertak orang dan end conversation macam tu. Sah sah bukan Maybank la tu. Tapi aku panik lah jugak kan. Mana tahu betul betul dia boleh rompak aku dengan cara tak berhemah tu. Aku terus intercom Ayang mintak Maybank Centre No. = 1300886688. Terus je aku call dan cakap dengan service centre dengan perasaan geram yang tak abis lagi.

Budak tu cakap, "Akak jangan risau, selagi dia tak dapat tarikh luput kad, pin no dan security no yang kat belakang kad tu dia tak akan boleh buat apa apa". Aku suruh dia check akaun aku, dia kata memang VISA aku dah lama terminate, tapi Mastercard aktif lagi tapi dah lama tak ada transaction yang terbaru dan yang lama. Phew lega .... budak tu cakap, kalau ada apa apa transaction aku tak perlu bayar, just buat report to them sahaja. Lega seh ... tapi masih cuak lagi kalau dia orang dapat tembus akaun aku.

So, korang kat luar sana, tolong lah berhati hati. Aku heran macam mana lah dia dapat Info tentang aku, siap nama penuh, IC dengan no handset sekali tuh! Macam macam cara dia orang nak menipu kita sekarang nih. Dengan cara lembut memula tu, dah tak dapat info ... nak gertak gertak kita pulak. Sangat sangat kurang ajar hokey ... geram nyerrrrrrrrrrr ...... :(



15 comments:

Ieza said...

kiut siut baby tu..kelakar tengok..ha3

bank dh kata gitu..ok la xyah risau2 lagi..

mohdandmeriam said...

salam ros, pandai betul baby tu marah ya..mak cik pernah juga dapat panggilan telefon dapat cabutan bertuah..nak nombor pin nombor bank dll..eh pandai betul mereka menipu..mak cik buat tak layan je terus letak telefon..macam mana eh diorang dapat nombor telefon rumah eh...

Twenty Something said...

AGREE !

azieazah said...

Perghhhh.. sungguh berani tuuu..
and
2nd perghhhh... bijak juga.


Mujur ler bagi orang2 yg hanya ada Mykad dan kad bank untuk terima salary jerr...

My Life My World said...

Ieza - Salam Ieza ... baby tu kiut , akak kau nih hah yang tak kiut bila geram. Tak sanggup letak gambar geram sendiri, pinjam jer lah gambo baby tu :)

Yang risau kalau betul betul terjadi, dah lah pulak nak kena pergi bank settle kan balik.

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :)

Ini kali pertama dapat call, selalu dapat sms jer yang memang didelete terus. Heran kan Mak Cik. Ada jugak kes, terima surat dengan alamat yang penuh... dari sami buddha mana tah, konon nyer boleh jadi kayo kalau kita berurusan dengan dia orang. Kelakor jer.

My Life My World said...

Twenty Something - Macam hapa jer kan, sungguh menjengkelkan. Rasa nak hempuk jer kepala orang tu kalau dia kat depan mata ;)

My Life My World said...

Azieazah - Salam Kak. Macam macam cara nak menipu, sungguh konfiden lak tuh.

Akak baru balik dari Pesta Buku ker? Agak jer, sebab Blog akak sunyi, Kat Kampung tak ada komen, FB pun sonyap jer :) Mesti best kan kat pesta buku tu. Nanti cerita kat Blog ek ;)

Mia's Mom said...

Salam Acik! :-D

Yessss!!!! Akhirnya.... entah apa I godek2 tadi masa I try ngomen kat LG punya blog, boleh send! I macam nak Raya dibuatnya. Esok bolehlah I buat pulut kuning! Ngan rendang!!

Ya Salaaammm! Lamanya tak berbual2 mesra dengan you Acik oi!!! Hilang seri dunia blog ni! Alamak minta mahap ya! Kak Long baru Form 3 rupanya! Tapi tak pe! Untuk PMR pun kena buat betul2 juga.

Acik, dulu, I pun ada sikit2 macam wife Tarzan. oh... silap la... wife dia lady like. Satu benda I paling pantang, lepas I berkemas anak2 main dan menyepah 2 kali ganda macam sebelum I berkemas. Maka gegak gempitalah Seksyen 7 Shah Alam seperti dilanggar garuda! Sekarang ni kalau I nak marah, I cuma kata kat anak2 ni - "Nampak pintu tak?" Selalunya dia orang mesti lupa dan jawab. "Nampak." So I pun cakap. "Good. Now, siapkan beg terus keluar, OK?". Dah tak larat dah I. Lagipun, kat sini karang kalau I jerit datang polis pulak jerit kat I. Maklumlah masyarakat prihatin.

OKlah Acik, Kalau ke mana2 esok, memandulah dengan cermat, ya? Dan I rasa you mesti balik sebelum pukul 9, sebab nak tengok Akademi Fantasia. Ya lah, sebelum tu nak buat cucur udang adabi ke, cekodok ke, karipap ke, goreng pisang ke....(I yang sebenarnya rindu makanan2 ni. Rindu kat mee goreng mamak sekali!)

IXORAROXI said...

mujur dalam phone, kalau depan2 bagi jek penampar jarak dekat!hehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

laaa kak..

saya pon kena tiga minggu lepas.. tapi budak melayu..

yang kelakarnya bila saya kata kalau dari bank nape tak tau tarikh luput tu bila..pastu dia kata dia nak check..

masa tu saya tau dia tipu ..gaya check tak sampai few second.. "owh ya ada-ada" dia kata..terus saya kata tak interested.. saya hang-up jer kak..

memang teruk betul kan..

My Life My World said...

azrina03.07 - Salam Rina ... sori lar lambat reply ;) ... Akak sajer jer bercerita kat sini, jangan lah ada orang lain yang kena dan reveal semua info kat perampok macam tu, menyusahkan hidup jer kan kan kan :)

My Life My World said...

Ixoraroxi - bukan bagi penampor jarak dekat jer, mahu disumpah seranah menjadi batu kut ;) hehehehe

My Life My World said...

Salam MM - suka nyer saya, akhirnya awak dapat menjelma semula di Blog saya nih....

Saya tak ikut sangat pun AF tahun ni, takat mana dan jer tengok. Sibuk banget ...

dairi ibu said...

Assalam. macam-macam cara orang cari makan sekarang.Lama-lama nanti orang pun dia makan gamaknya.