Tuesday, March 16, 2010

TETAMU JAUH

AHAD, 14 MAC 2010

Hari ni rumah aku terima kunjungan tetamu istimewa. Kak Zuhairiah, aku panggil Kak Juaa jer. Dia kakak senior sebilik aku masa study kat ITM Dungun 23 tahun yang dulu. Aku sorang jer junior dalam bilik tu, yang lain semua senior. Kak Juaa ni orang Dungun, masa study kat ITM dulu aku selalu jugak pergi rumah dia yang ambik masa 5 minit jer dari Asrama. Dia terer masak dan mengubah bunga. Kalau ada pertandingan masak dengan gubahan, orang lain jangan ler participate, asyik dia jer yang menang :) makan ati semua orang.




Lama betul tak jumpa, sekali dah berjumpa anak anak dia semua dah beso panjang. Mak dia jer yang tetap comel lote lagi jelita :) sama macam 23 tahun yang lalu. Suami Kak Juaa, Pak Aziz dan anak anak Kak Juaa .... Athirah, Aisyah dan Ajak memang 'happening' giler. Kebetulan Kak Juaa ada kenduri kawin di Kampung Melayu Kundang, tu yang dia singgah tu. Kalau idak entah bila nak sampai kan. Walhal bukan ler jauh sangat pun rumah Kak Juaa ... kat Bangi jer. Kak Juaa dan Pak Aziz dah sign mati kerja di UKM Bangi. Hahahahaha ...





Seronok nyer dapat jumpa Kak Juaa ... sampai lupa nak ambik gambor masa tengah chit chat chit chat kat dalam rumah. Aku tak masak apa apa pun, memandangkan Kak Juaa dari kenduri kawin. Goreng kuih muih jer ... laku gak ... hehehehe. Bila dah nak balik tu, baru teringat nak hambik gambar, itu pun masa Pak Aziz ingatkan. Kelakarlah famili Kak Juaa nih. Kita orang asyik gelak jer, sakit poyot aku.




Athirah sampai tak nak balik. Bila dia tengok pokok manggis keliling rumah lagi lah macam tak nak balik. Sayang oiii ... pokok manggis tu belum musim lagi ler, nanti kalau dah musim auntie inform awak datang panjat sendiri aaaaa. Bila aku cakap, "korang mesti seronok dapat mak macam ni, mak korang terer masak" ... laju jer jawab "Yang tu dah sah sah terbukti, tengok ler badan kita orang ni tak pernah susut" .... hahahaha ... weih bertuah tau korang dapat mak macam Kak Juaa. Semoga korang tak serik datang lagi ....

8 comments:

azieazah said...

Seronok kan jumpa kawan lama masa belajar dulu..

Duk sehari pun tak abih lagi nak bercerita...

My Life My World said...

azieazah - Betul tu kak, kalau boleh nak golek golek atas katil sambil bercerita macam dulu dulu. Hehehehe

mohdandmeriam said...

salam ros memang seronok jumpa kawan lama.. tak ada bual lain melainkan kisah2 waktu sekolah. mak cik ada kawan masa sekolah tahun 1970 ,datang rumah ya Allah seronoknya..rasa tak nak tamat berbual...

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik. Iyelah mak cik ... lepas tu kan suka tengok perubahan fizikal satu sama lain. Tanya pasal pertambahan ahli keluarga. Mengimbau kenangan silam sewaktu nakal nakal dulu. Seronok banget :D

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ala..seronoknya.. kalau dah jumpa citer satu hari pun tak habis kan kak ?... rasa cam satu minit jer..

Macam2 nak citer..

ni yg teringat kat kawan lama ni... huhu..

My Life My World said...

azrina.3.7 - Salam Rina ... berjumpa dengan kawan lama memang best, sebab dia orang selalu nyer dah faham dengan perangai kita, tak yah nak control control ayu gitu, redah jer, leh gelak kuat kuat ... hehehehe

IXORAROXI said...

memang best dapat jumpa kawan2 lama..happy kan JAF

My Life My World said...

Ixoraroxi - betul tu Ix .. best sangat. Dapat jumpa kawan baru pun best jugak, leh kumpul ramai kawan bahagia hidup :)