Friday, July 2, 2010

ARAN MASUK KELAS MEMASAK

Chewah, tajuk post bukan main gempak lagi. Eh! tapi betul. Aran kena main masak masak kat kelas dia hari ni. Sebenarnya dari minggu lepas lagi dia dah cakap kat aku, "Mak! ada resepi nak buat sandwich tak?". Dia pun cerita lah yang cikgu dia nak. Apa lagi aku pun keluarkan lah buku lama KBSM (Korikulum Baru Sekolah Menengah) yang ada banyak resepi tu kasik kat dia. Suruh photocopy, tapi dia siap bawak satu buku sekali pergi sekolah. And it's end up dengan English Teacher dia nak pinjam pulak dah buku tu.

So, dari awal minggu ni lagi dia dah ingatkan aku, "Mak, nanti cikgu suruh bawak Telur Rebus, Timun dengan Tomato. Cikgu kata nak ajar buat sandwich". Wah! baru darjah dua, cikgu dah buat kelas SRT. Flashback (dengan musik greng greng greng) >>>> Masa zaman aku dari Tingkatan 1 sampai 3 aku ambik Sains Rumah Tangga (SRT) untuk subjek pilihan menggantikan perakuanan, yang hanya untuk budak lelaki sahaja. Aku tak ada pilihan, terpaksa ambik SRT walaupun tak rela sebab leceh nak kena jahit dan memasak. Dan akhirnya masa masuk ITM dan aku ambik Accounting, aku tak tahu satu habuk pun pasal Accounting <<<< Tutup Flashback. Panjang lah pulak selingan ni dek non ... hehehehe


Timun dan Tomato tu kemudiannye Aran mintak Mak Tok tolong potongkan,
sebab nyer dia lupa nak suruh aku potong :) pagi tu.


Jadi ini lah bahan bahannyer yang aku sediakan untuk Aran. Dan ada roti juga. Aran siap pesan kat aku, "Mak, Cikgu cakap bawak roti 2 keping jer, tak nak lebih lebih. Kalau bawak lebih dari dua nanti Cikgu rampas" ... hehehehe comel jer bila dia cakap gitu. Yang suratkhabar tu dia kena bawak jugak sebab nanti nak buat alas. Dengan garpu, nak buat lenyek telur tu. Terharu nyer, anak mak yang kecik ni nak belajar masak. Hahahahaha... poyo nyer bunyik, walhal buat sandwich jer tu.


Sempat lagi Aran tengok Jadual Perlawanan Piala Dunia,
kat paper yang nyaris aku nak suruh jadikan alas untuk projek kelas dia :P

Malam semalam dia tak sabar sabar nak cerita kat aku, sanggup tunggu sebelah aku sampai abis baca Yassin. Start ler dia cerita, "Mula-mula kena pecahkan kulit telur. Lepas tu kan kena tekan tekan telur tu sampai hancur. Cikgu letak marjerin kat roti. Lepas tu dia kasik mayonis suruh letak kat telur. Lepas tu cikgu ajar susun timun dengan tomato yang dah potong kat atas roti tu. Last sekali Cikgu masuk kat dalam pengepit nak buat sandwich tu" .... aku menyampuk, "Mesti masa nak makan tu Aran buang Timun dengan Tomato tu kan" ... "Ha'ah mak, tomato tu tak sedap, Aran makan timun tu sikit jer lepas tu Aran buang, tapi roti dengan telur tu sedap" itu ler jawapan dia.

Hmmmm (garuk garuk kepala) .... bila lah anak anak aku ni nak suka makan sayur. Kalau aku masak mee ker, nasi goreng ker, habis dia kais semua sayur letak tepi. Susah nyer nak suruh dia orang suka makan sayur. Ada idea tak?

8 comments:

Mrs Taz said...

aaarrrghhh ..sama la anak kita pun tak makan sayur =P

azieazah said...

Tahniah ARAN! Macam ni ler menantu idaman kalbu. Cewahhhhh!

ACIK, kalu nak bagi anak-anak makan sayur, kita kena masak sayur hari2 juga. Pastu bagitau yg kalu makan sayur selalu, otak jadi pandai, kulit jadi cantik, mata jadi terang..

dll... kelentong ler yg baik-baik jer. Kak Azie buat camtu, lama-lama semua anak2 Kak Azie dari kecik makan sayur dah.

alia zarfullah said...

wahhhhh aran! jangan lupa bawak kat umah nenek sandwich tu. orang klang sume nak rasaaaaaaa *__*

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia :)

Agak nyer ikut Acik kot anak anak ni, masa kecik pun Acik tak suker makan sayur ;) tapi bila dah tua ni, makin pahit sayur tu makin sedap.

Peria pahit tu siap makan dengan roti jer buat 'filling'.

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Wah! seronok nyer kalau dapat berbesan dengan Kak AA, yang punya anak anak yang cerdik pandai. Hehehe ...

Silap saya jugak kak, ikutkan sangat kehendak anak. Bila dia orang tak nak makan sayur, tu lah fullstop. Fikir kalau masak pun membazir jer. Kan dah jadi macam ni. Bila dah tak nak makan sayur, mak dia lah jugak risau.

Tapi nasib baik ada sayur yang dia makan sikit gak, such as kangkung dengan carrot. Yang lain abis kuis letak tepi.

My Life My World said...

alia zarfullah - Salam Anak Sedara Auntie yang cantik ;)

Nanti auntie suruh dia buat bawak balik Klang yer ;). Jangan orang Klang semua sakit poyot lepas tu udah lah. Hehehehe ....

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

waahhh..bersemangat Aran.

bagusnya sekolah tu kak. Along tak pulak cikgunya mengajar macam tu..

lenkali boleh minta tolong Aran buatkan bekfes ..hehe.

My Life My World said...

a.z.r.i.n.a.03.07 - Salam Rina :)

Aran kalau breakfast ... sendirik punye,r dia paling suka makan Honey Star dengan Cookies Crisp jer with susu. Hehehehe ... mana tahu beso sikit lagi, boleh mintak dia buat benda benda lain pulak kan.