Wednesday, July 7, 2010

JERMAN SILA MENANG PAGI ESOK



Wah! tiba tiba nak cakap pasal Piala Dunia pulak lagi. Walaupun sebelum ni aku kata yang tak tahu nak pilih Team mana kan. Ni sebab hari tu ler, masa tengok match antara Jerman lawan dengan Argentina, dan Jerman berjaya membelasah Argentina sehingga 4 - 0. Aku suka aaa tengok game Jerman yang laju dan penuh semangat sehingga ke wisel penamat. Sungguh berstamina dia orang ni, iyer pun semua muda muda lagi kan. Team ni memang bagus walaupun tiada Kapten dia orang Micheal Ballack yang direhatkan sebab cedera.


Germany v Spain: the Mannschaft's oracle octopus has predicted the end of the road in their World Cup 2010 campaign
'Paul the Octopus' meramalkan Sepanyol akan mengalahkan Jerman pagi nanti ...

Tak percaya dengan Sotong Kurita yang bernama 'PAUL' ni, bila dia ramalkan Jerman akan kalah pada Sepanyol pagi esok. Alahai! sotong tu pun nak jadi Pak Belalang ... famous seantero dunia tu kisah 'Paul The Octopus' ni. Aku rasa orang Jerman elok buat lauk jer Sotong ni, masak sambal pun sodap. Macam tak sangka jer bila orang puteh pun percaya lah sangat dengan benda benda ni.

Lukas Podolski, Miroslav Klose dan Stefan Kiessling ...
penyerang Jerman yang ganteng ganteng :)

Malam ni, kena tidur awal ... ditempat yang tidak lena. Supaya pagi esok boleh bangun tengok match. Ngeh ngeh ngeh ... kalau tiap malam macam ni untuk Solat Tahajud kan bagus. Dush dush dush ... tumbuk diri sendiri. Kebetulan esok aku cuti sebab nak hambik buku laporan Aran dan Hilman, boleh ler ganti tidur nanti. Sooooooo ... Jerman tolonglah menang pagi esok. Supaya nanti boleh lawan Belanda masa final. Seronok nih, sebab Kak Long sokong Belanda. Baru ada fight nak tengok match nanti dan sure bingit la rumah aku. Hehehehe ...

p/s : pagi tadi bangun temankan kak long tengok match between Belanda dan Uruguay.Mak Cik tu jerit macam hapa di pagi buta bila Belanda menang.

2 comments:

azieazah said...

Adehhh... tak larat nak sebut la pasal bola ni.

Kat rumah ni, yg jantan tak berapa havoc, tapi yang pompuan si IKA tu semua match dia nak tengok. Letihhhh... Semua nama players dia bleh tau plak tu. Cukup fanatik.

Kita dah tua-tua ni, tido jugak yang best...!

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Arghhhh ... sedih Jerman kalah. Lama nyer nak tunggu 4 tahun lagi. Tapi masa tu, mungkin Team Idaman dah bertukar kut. Hehehehe ... sungguh atas pagar.

Kat rumah saya pun sama kak, budak perempuan lak yang lebih lebih dari budak lelaki.

Saya lak, tukang kejut dia orang sebab dia orang nak tengok bola. Baik nyer mak dia kan kan kan ;D