Thursday, July 1, 2010

MUSIM DURIAN DAH SAMPAI

Semalam masa tengah-tengah sibuk buat kerja, eh silap ... separa sibuk. Adalah seorang hamba Allah ni intercom, "cepat cepat sapa nak durian sila turun ke basement parking sekarang, kasik tahu semua orang kat level anda yer" ... Memang gini ler tiap tiap tahun, disebabkan Boss besau aku ada Kebun Durian kat Mantin, dah jadi acara tahunan lak. Bukan sekali ni jer dia akan bawak durian berbakul bakul datang opis, tapi akan ada dua tiga kali lagi lah agenda serupa akan berlaku dalam masa terdekat ni.

Tapi disebabkan aku ni tak makan durian, jadi tahap keterujaan tu boleh kira tak ada langsung. Cuma sempat titipkan pesanan kat kawan yang nak turun ambik durian tu, "Kau ambik kan aku 2 bijik dah la, nanti kau tolong letak kat tepi tayar kereta aku yer". Bukan apa, aku nak bawak balik lah jugak untuk mak tok ker, tok abah ker, mak su ker kalau dia orang nak makan. Anak anak aku lak Kak Long sorang jer yang makan durian. Minah ni lak tak ada rumah sekarang, sebab pergi 'Homestay' anjuran sekolah. Hilman lak siang siang dah kata, "Mak kalau nak suruh Man makan durian, nanti mak kena sediakan Panadol. Sebab kalau Man makan durian, lepas tu mesti Man deman" ... macam macam la kau Man.



Ni lah hah 2 bijik durian yang telah di'rezeb'kan oleh member opis aku. Jadi nyer masa perjalanan balik semalam, memang aku bukak ke empat-empat tingkap kereta aku disepanjang perjalanan dari Segambut sampai Kuang. Nasib baik ler tak hujan. Aku dah risau dah, kalau aku tutup tingkap dan pasang 'air-cond' ... sure pening punyerlah. Dah sampai rumah pun masih biarkan tingkap pintu terbukak, nak kasik bau hilang. Siap spray dengan pewangi lagi. Pagi ni naik kereta nasib baik dah ilang bau. Itu pun aku parking derian ni kat umah Mak Tok, sebab kalau bawak masuk umah aku, sure semerbak bau yang memeningkan kepala aku di seluruh rumah.



Masa on the way balik yang bukak tingkap kereta semalam, maka aku pun ternampak lah Banner ini. Wah! Wah ! Wah! ... ada Tesco baru nak bukak lah kat area Menjalara, Kepong. Tak yah ler aku nak pergi menapak jauh sampai Batu Caves nak carik barang dapur. On the way nak balik umah jer Tesco baru ni. Ini sudah amat amat bagus. Hari ni la pembukaan dia. Balik ni nak pergi terjah sat, kut kalau ada apa-apa yang menarik kat sini ;)

8 comments:

Mrs Taz said...

naaaaakkk ...durian hehehe

azieazah said...

Wow! best nya ada agenda makan-makan durian camtu. Adoooiii jeles nyerrr

Rugi ler sapa yang tak minat makan durian tu kan?

Mia's Mom said...

Salam Acik :-D

Ya Allah hai! I ingat I sorang je (opps... sorry, berdua dengan my sister) dalam 1Malaysia yang pening dengan durian, rupanya you pun macam tu. Sahlah tak de kena-mengena dengan genetik. Mesti kena-mengena dengan deria ni!!! I pun kalau belikan durian untuk anggota keluarga yang dikasihi mesti buka semua tingkap. Siap kipas2 muka lagi, macam

Senang jugak le nampaknya Big Boss you cari market untuk durian dia ya? :-D

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

sukaaaa sangat durian tapi lepas rambutan.. hehe.

ari tu abg beli sebijik pasal anak pomfuan kesayangan dia nak sangat.. baunya...hmmm dua-tiga hari baru hilang..

si Adiq makan 2 ulas jer, yg lain disettlekan Along&Angah..

My Life My World said...

Mrs Taz - Salam Zia :)

Zia! dah berlambak durian terjual kat tepi jalan sekarang ni. Musim dah ni. Hehehehe ... Yan sila beli banyak banyak untuk isteri tercinta yer ;)

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Masa dipanggil suruh ambik durian tu, dia orang kat opis ni pakat kekah kenduri durian kat basement parking tu jugak. Seronok giler ler bagi pengemar durian.

Rugi yer kak tak makan durian, hehehehe ... mungkin kut ;D

My Life My World said...

Mia's Mom - Salam MM :)

Ye Ye ... kita sama lah. I teringat masa kecik kecik dulu kalau balik kampung, bapak I letak durian dalam bonet kereta, boleh 2 hari 2 malam I pening sebab bau durian tu. Masa kena panggil tu, I dah siap tutup pintu bilik siap-siap, memang bau pun satu level opis ni, syukur I dah ambik tindakan berjaga jaga sebelum nyer.

Betul tu, Big Boss I ni tang makan tak berkira, memang dia baik hati ... hehehehe

My Life My World said...

a.z.r.i.n.a.03.07 - Salam Rina :)

Ye lah Rina, sama dengan akak. Akak pun memang suka sangat Rambutan. Tapi kat keliling rumah akak ni tak ada pokok rambutan. Semua nyer pokok manggis. Nanti kalau ada musim jemput ler datang umah akak yer. Rina kan hari hari lalu Kuang kan. Tapi dengan syarat ... panjat ler sendiri, hehehehe ... suruh cik abang awak panjatkan ;)