Tuesday, July 6, 2010

TENGOK WAYANG - TOY STORY 3

AHAD, 04 JULAI 2010



Lepas jer ambik Kak Long dari Perfection Ahad lepas. Kita orang pergi OU ... sebab nak tengok wayang. Last movie yang kami tengok bulan lepas adalah 'Karate Kids', sangat sangat best cerita Jaden Smith dan Jacky Chan tu. Tak sempat nak buat Post pasal cerita anak Will Smith ni. Memula tu, seperti biasa bergaduh dulu dalam kereta, nak tengok cerita hapa lah kan.



Kak Long, Iqa dan Aran nak tengok 'Toy Story 3'. Aku dengan Hilman (noted : kami selalu ada citarasa yang sama) nak tengok cerita kat bawah ni 'Knight and Day'. Kami berdua ni memang suka action movie ... hik hik hik




Dah sah sah la 'Team' Aku dan Hilman kalah ... 2 lawan 3 lah pulak kan. Tak per Man ... nanti kita tengok cerita ni pulak. Harap ada lagi lah kat Panggung nanti. Aku bukan tak nak tengok Toy Story 3 ni, tapi disebab kan ini Sequance yang ke 3 ... jadi nyer aku takut tak faham dengan cerita ni. Sebab tak tengok Toy Story 1 and 2 masa dulu. Tapi nak buat macam mana kan, Mak pasrah lah dengan pilihan anak anak mak. Huk huk huk ...



Kami sampai OU awal lah gak, dalam pukul 12 lebih gitu. Terus pergi kaunter tiket. Tengok tengok cerita paling awal untuk Toy Story 3 dah terlepas. Ada pun pukul 2.20 petang. Hmmm adalah lebih kurang 2 jam lagi tu. Okay lah ... boleh gi shopping (wink wink wink) dan solat Zuhur dulu sementara tunggu movie start.



Aran teruja sangat-sangat, berpuluh kali ucap terima kasih kat aku :) lagi teruja bila mak dia beli tiket untuk 3D. Agak nyer waktu ni, kalau aku suruh dia posing macam mana pun sure dia ikut punyer. Hehehehe ... masa ni kat Butik Kitchens ... bukan butik untuk barang barang dapur yer anak anak. Tapi butik pakaian yang berbunyik ke'dapur'an ... Harga dia tak mahal dan siap ada potongan 70% lagik.



I should admit this, anak anak perempuan aku dah berjaya meng'influence'kan adik lelaki dia untuk turut jejak langkah mereka. Hilman sekarang dah pandai berzikir kat telinga aku, asyik jer lah nak beli baju baru. Huwa ! botak ler kepala mak macam ni sayang oiiii. Nasib baik kau beli yang murah murah Man. Tengok ler tu, kakak kakak dia siap berkomplot dengan Hilman untuk pilihkan baju mana yang sesuai lagik. Bagus ler kau Man, dah ada Fashion Advisor yer. Aku siap pesan kat Hilman, baju tu nanti untuk Hari Raya tau ... hehehehe. Sebab aku tahu, Wak ni pun macam kakak dia jugak, kalau ada baju baru, tak sabar sabar nak pakai.


Lepas solat Zuhur ... terus ker GSC semula. Kami antara yang terawal masuk panggung :) ... tak sabar sabar. Tengok tu Aran, wayang tak start lagi, dia dah siap pakai spek 3D tu. Siap menyanyi nyanyi lagi. Bila aku tanya, apasal Aran nyanyi ... dia kata rasa seronok sangat dapat tengok cerita kartun 3D nih. Hik hik hik



Cerita ini sangat sangat sangat to the infinite... BEST. Dari awal sampai dah keluar nama nama last tu pun masih lagi best. Aku nak cerita best macammana pun tak reti, korang pergi lah tengok sendiri. Dan pasti ianya tak akan mengecewakan. Ada rasa kelakar, sedih, suspen ... all blend together. Ada satu adegan tu aku rasa macam nak nangis pun ada. Sampai aku terlupa lak ... Weih! ni cerita kartun ler, yang kau teremosi lebih lebih pulak ni apahal. Tapi memang 5 Bintang lah cerita ni. Aran yang selalu tidur pun kat dalam panggung boleh tegak tengok dengan penuh konsentrasi.




Character setiap watak dalam cerita ni adalah sangat sangat comel. Dan Movie ni amat sesuai untuk seisi keluarga. Aran dengan Iqa kata macam nak tengok lagi ... mak dia kata pulak, tak rugi mak bawak korang tengok ... "Mak pun macam nak tengok lagi" ... terlupa jap pasal cerita "Knight and Day" sehingga nampak muka monyok Hilman. Hehehehe ... nanti kita tengok cerita Tom Cruise tu pulak yer Wak ;)

4 comments:

azieazah said...

Memang Toy Story ni best. Kitaorang tengok DVD jer yang part awal.

Yang latest belum pegi pun tengok. DVD jugak ler kot.

Hmmmm seronok kan spend time dgn askar2 sendirik? Enjoyyyyy...!

My Life My World said...

azieazah - Salam Kak AA :)

Betul kak, tak sangka pulak cerita kartun yang ni best sangat. Tak rugi pergi tengok. Saya lak kalau beli DVD memang tak tengok ler. Upin dan Ipin punya DVD pun tak abis khatam lagi ;)

Memang seronok spend time dengan askar askar ni. Yer lah, hari hari biasa, asyik dengan kerja jer. Hujung minggu macam ni lah nak sama sama dengan dia orang.

ayang said...

Emm.. Best eeh.. Masa tgk preview sikit2 tu pun dah nampak best.. Boleh dicadangkan ni.. hehehehe.. Ganas akak ni..tiap-tiap bulan gi tengok wayang tu.. tak mampu i..

My Life My World said...

ayang - Salam Ayang :)

Cadang yang jangan tak cadang ... tak rugi tengok dengan anak anak tikus tu nanti ... hehehe

Mana ada ganas tengok tiap tiap bulan, tiket dia bukan mahal macam tengok Teater pun. Kalau Teater tu,tak mampu akak nak tengok tiap tiap bulan :D