Friday, December 9, 2011

HARI MINGGU YANG STATIK

Ini kisah hari minggu yang lalu ... yang membuatkan aku malas nak keluar rumah. Ini gara-gara Kak Long lah nih, sudah terbeli satu DVD Korean kat Popular Book Store, AEON Bukit Tinggi Klang semalam. Dari buka mata pagi lepas sarapan, maka bermula lah operasi tengok cerita Korea. Hmmm ... cerita cerita Korea ni memang berhantu. Kalau dah start tengok tu, memang susah nak stop, sanggup tak tidur sampai pukul 3 pagi sebab nak tahu cerita penghabisan macam mana. Kalau bangun pagi buat solat sunat kan bagus hehehe ... ini berjaga malam sebab nak tengok DVD. Sungguh tak senonoh di situ.



49 Days tajuk dia ... best gak cerita nih. Pasal sorang perempuan muda yang accident dan koma. Roh dia merayau masuk badan orang lain. Dan dia kena dapat 3 titis airmata orang yang betul-betul ikhlas sayangkan nya, tak termasuk mak pak dia. Masa ni lah dia tahu, siapa kawan dan siapa lawan. Member sendiri rupanyer ada skandal dengan tunang dan berkonspirasi dan bolot harta dia. Dalam duk melekap depan TV ni, sempat lagi aku attend Kenduri Kawin Jiran Seberang Bukit rumah aku. Noted: rumah aku atas bukit, dan depan rumah aku pun ada bukit, dipisahkan oleh lembah yang merupakan Jalan Raya. Kira Jiran Seberang Bukit lah tu kan. Hahahhaa ....Sempat jugak hantar Hilman ke Kundang Jaya sebab dapat Anugerah Murid Cemerlang untuk ADUN Kuang. Aku hantar jer lepas tu balik rumah balik, sambung tengok cerita Korea ... hehehehe

4 comments:

kasihibu said...

wajiblah mencari ni, sangatlah suka melayan korean siri

My Life My World said...

kasihibu - Carik jangan tak carik :) berbaloi baloi

Syuhada Zukafle said...

hai. terjumpa belog ni ms bw. nice la cr pnulisan u. sy da bc semua entry. menarik. btw,u look muda tp ank u da bsr2... :))

My Life My World said...

Syuhada Zukafle -
As-Salam Syuhada, tak sia sia BW awak yer. Terima kasih sudi hadir. Saya ni tak lah aktif sangat, ada masa baru nak merapu ... hehehe.

Alamak, terperasan lah pulak. Anak-anak saya memang lagi tinggi dari saya, walaupun umur dia orang semua muda-muda lagi.