Friday, December 16, 2011

KALAU PERGI KUALA KUBU ... TULIS NAMA ATAS BATU



Ini cerita Jumaat 2 minggu lepas, tapi masih segar dalam ingatan. Buat pertama kalinyer aku drive sendiri pergi ke Kuala Kubu Baru. Masa kecik tak sekolah dulu aku penah lah datang sini, tinggal kejap kat rumah sepupu aku yang masa tu suami dia kerja tentera kat kem berhampiran. Ada jugak masa sekolah rendah lalu pekan ni, masa tu ikut rombongan nak ke Bukit Fraser. Tapi yer lah dah terlalu lama pun persitiwa tu berlalu.

Pekan Kuala Kubu yang aman

Oh! yer lupa nak kasik tahu, tujuan datang sini sebab nak hantar Iqa masuk exam kemasukan ke MRSM, untuk Tingkatan 4 Tahun 2012. Dapat ker tak dapatnyer tak tahu lah lagi, bergantung pada keputusan PMR yang bakal keluar minggu depan. Ada rezeki, Insya ALLAH, kalau tak ada pun tak per. Kalau tak cuba tak tahu kan. Dan MRSM Kuala Kubu Baru adalah MRSM yang paling hampir dengan rumah. Masa nak datang sini pun aku terpaksa bukak Google Earth nak tengok peta. Hehehehe ... nasib baik Melati (mak kawan Iqa) dah siap kasik tahu awal-awal macam mana nak pergi dengan mudah. Kebetulan dia dah pergi hantar anak dia exam di tempat yang sama 2-3 hari awal dari kami. Dia kata ikut Kundang, masuk Lebuhraya Lekas, turun Rawang lepas tu jalan terus jer, sure jumpa.


Tak ada kereta pun, boleh buat DRIFT kat sini... hehehe

Memula tu konpius jugak masa nak masuk lorong ke KKB tu, sebab jalan dia macam kecik jer. Lastly jumpa jugak ... tak susah nak carik sebenarnya. Pekan KKB sangat-sangat damai dan tenang sangat. Tak ada jem, tak ada hiruk pikuk. Memang bestlah kat sini. Tapi kalau orang dah biasa duk bandar mesti bosan kot kan.


Pandangan dari dalam kedai makan

Kami sampai kat KKB seawal pukul 7.30 pagi, exam start 8.30 pagi. Ingat nak carik sarapan pagi kat pekan KKB dulu. Jumpa restoran yang sangat bersih dan sedap rasa juadahnya, Betul-betul kat sebelah pejabat Imigresen KKB. Sedap sedap tengah makan, sekali tengok jam dah pukul 8.15 pagi, alamak nak kena bertolak nih, Acik pecut ler apa lagi, nasib baik pekan dengan MRSM tak jauh jaraknya. Sampai dalam pukul 8.25 pagi macam tu, tapi semua budak dah masuk bilik exam, dan nasib baik jugak ada budak yang sama lewat. Hehehe ...


Tangga menuju tempat exam, aku hanya boleh hantar takat kaki tangga ni jer, tak leh naik


Sejuk dan damai jer kawasan MRSM ni, terletak kat kaki bukit. Kabus pun tak hilang lagi.


Sementara nak tunggu exam abis pukul 12.30 tengahari, tak tahu nak pi mana. Kononnyer masa datang tadi, sebelum masuk simpang KKB nampak satu papan tanda tulis "TESCO BUKIT BERUNTUNG DIBUKA" ... ingat nak pergi lah kan. Sekali dah lawa jer lah ikut Pekan Rasa, tup tup tengok tanda batu jalan tu tulis "BUKIT BERUNTUNG 35KM" . Aduh! jauhnyer lah lagi, macam boleh pergi Pekan Rawang balik. Kensel niat murni, pusing paling pekan KKB then balik MRSM. Nasib baik exam Iqa abis cepat ... jadi tak lah lama sangat menunggu :)


Aran yang tak jemu-jemu temankan mak dia :)

p/s : aku tak jumpa batu nak tulis nama kat Kuala Kubu Baru,
kalau ada pun takut di tuduh Vandalisme ;)

8 comments:

Mrs Taz said...

good luck iqa ..mesti trial straight As ni ... :)

My Life My World said...

Mrs Tza - Terima Kasih Zia on behalf. Tak dapat Straight As pun masa trial. 3A jer .. hukhukhuk. Sekadar cuba nasib jer nih. Dapat tak dapat belakang kira :)

IXORAROXI said...

itulah untungnya ada anak masih kecil, ada kawan nak pegi mana pun kan..comel je Aran tu

Mrs Taz said...

ok la tu insyaAllah ada rezeki dapat tu .. :)

My Life My World said...

Ixoraroxi - Betul tu Ix, yang beso beso ni tak moh dah ngikut kalau diajak kecuali pi shopping atau orang kawin. Sebab dia orang suker makan. Heheheh...

My Life My World said...

Mrs Taz - AMIN moga ada rezeki itu ;)

azieazah said...

Aminnn.... moga IQA berjaya!

Result PMR Khamis ni tau!

My Life My World said...

azieazah - Terima kasih atas doa akak.Mak nyer lak yang tersuspen lebih lebih. Takutnyer lah :)