Masih tak lewatkan untuk ucapan Hari Raya ... hehehe. Walaupun dah 23 Syawal berlalu. Dan aku masih di hari ke 3 puasa enam. Huhuhuhu ... harap harap sempat ler hendaknyer. Lama betul tak up-date blog, ada banyak cerita nak cerita, malangnya mood tak mari-mari. Dahlah sebelum raya hari tu kerja bertimbun, nasib baik lepas raya tak ada tender lagik. Biasalah bila dah lama tinggalkan dan nak start balik tu punyerlah payah giler.
Raya tahun ni biasa-biasa sahaja. Tak ada lah best sangat, mungkin sebab faktor penuaan kot. Huhuhu lagik. Seminggu lepas raya aku kena hantar mek JB balik Maktab. Lepas tu kena masuk kerja balik. Lepas tu aku demam tahunan. Dengan batuk, selsema campur lak sakit pinggang (tak penah-penah). Siap kena panggil tukang urut lagik, sebab abih satu badan sakit. Terjerit-jerit aku, mana taknyer, last sekali aku kena urut lepas bersalinkan Aran iaitu 10 tahun yang lalu. Aku tak suka berurut sebab geli dan tak tahan sakit. Huhuhu lagik. Aku ni jarang demam, tapi kalau dah demam memang teruklah jugak.2 hari MC + 1 hari cuti Merdeka + 1 hari emergency leave + 1 hari Ahad = 5 hari aku duk temankan katil. Hari senin masuk opis kepala pening lalat lagik. Sampai hari ni batuk tak hilang lagik. Tensionnnnnnnnnn ...
Raya aku pergi mana, tak lah pergi mana-mana sangat. Takat Kuang - Klang, Klang - Kuang jer. Nasib baik ler tak jauh. Tak ler merasa kesesakan lalulintas. Kalau ada open house pun takat pergi 1 rumah 1 hari jer. Sebab anak-anak aku lebih suka pi Shopping Mall lepas beraya, almaklumlah duit raya banyak dapat, ni ler masa nak lepas geram beli barang yang dah lama di idamkan. Tambah pulak masa raya hari tu, tiap-tiap petang hujan lebat. Jadi perancangan nak pi rumah orang pun terbantut. Tapi alhamdullilah dapat gak jengah rumah-rumah yang wajib pergi masa beraya.
So raya ada lagi lebih kurang seminggu. Mari lah sama-sama kita merayakan bersama-sama (tiba-tiba). Selamat Hari Raya korang.
Mode : masih tak mari-mari lagik. Gambar pun sekeping jer ... hehehehe, Doakan aku rajin lepas ni yer ;)
6 comments:
Punya la lama, kan?
Mujur jumpa url blog sendiri. heheheh kalu sampai lupa password, cemana? Sapa nak tolong? Hahahaha!
Apapun, tema warna GREY memang mengancam dan ramai sekali yang guna kaler tu tahun ni..
azieazah - Hahahaha ... lama sangat kak, melangkau bulan posa. Hehehe. Nasib baik dah tulis siap-siap password semua dalam buku. Sebelum ni ada sampai lupa password. Terpaksa minta Iqa buat balik. Now ni nak suruh Iqa pun kena tunggu dia balik rumah dari JB. (dia ni computer geek)
Lawa kan GREY ... tetiba kat Klang sampai 2 family berkaler Grey, dengan kita orang jadik 3 family hehehe. Memang tahun ni Kaler Grey jadi pilihan semua orang kut.
cantik luar ..cantik dalam ... cantik dengar sini .. sume memang cantik2 ... :)
sama la kita greyyyy ... :P
To Mrs Taz - Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum tak perlu kata apa-apa. Hehehehe ... kita kan selalu sehati sejawa opppssss sejiwa. Muahahaha.
Haih....ada pun cerita raya...Cantik gambar....macam tu la, ceria.....Kami tiap tahun raya best..meriah...kalu raya kat umah mertua je macam kureng sikit...sebab diorg semua beli..tak buat sendiri macam kat kampung...
To Fadzli - akak tengok gambar raya korang pun macam best giler jer. Mesti kecoh riuh kan nak letak letak orang tu duk sini orang tu duk sana, belum dengan bebudak comel tu lagik.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Macam mana pun mestilah best rumah dan kampung sendiri kan. Psssttt ... jangan kasik orang rumah kau baca ek ;)
Post a Comment