Saturday, August 22, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1430 HIJRAH




Salam Ramadhan untuk semua. Alhamdullilah, berpeluang lagi melalui Bulan Rahmat ini. Rindu nyer pada Ramadhan, dan akhirnya ketemu jua. Semalam, sebelum hadirnya 1 Ramadhan, aku diuji oleh NYA. Sedap-sedap drive keta on the way to Main Con. office di Shah Alam, sesampai jer kat Tol Bukit Jelutong (Guthrie Expressway) tetiba enjin keta mati sendiri. Nasib baik ler waktu tu tengah turun bukit, dan dah sampai kat Tol. Tak tahu lah macam mana kalau kat tengah tengah 'Highway' benda ni berlaku. Lepas call pomen semua, dia check kata 'Timing Belt' putus. Padan ler muka aku, sapa suruh tak tukarkan masa last month punya servis. Dah benda nak jadi nak buat macam mana. Redha kan sahaja lah. Aku ikut pomen balik workshop dan tinggalkan Cik Kiah aku kat tol sementara tunggu Towing datang tarik bawak workshop. So semalam dan malam ini Cik Kiah aku akan bermalam di worksyop. Tadi call kata mungkin hari Ahad baru siap. Ahhh...rindu la aku dengan Cik Kiah. Terus semalam tak ada mood nak pergi opis, iyalah sedih lah pulak, Cik Kiah tu sebahagian dari aku, kalau dia sakit, aku pun sakit lah jugak. Lagi aku aku sakit bila pomen kata, bil medical untuk Cik Kiah adalah RM1k +++. Tak per lah demi Cik Kiah, aku Redhakan sahajalah. Nak buat macam mana kan. Tak yah lah nak sedih sedih, hidup perlu diteruskan.

Cik Kiah - Gambar Ehsan Google Image

Waktu waktu gini aku harus ucapkan terima kasih Cik Siti kepunyaan Encik Hashim. Nasib baik ada Cik Siti, tak ler acik patah kaki. Boleh ler bawak pergi kerja hari ni. Malam tadi aku pergi Terawih dengan dua anak bujang ku. Anak dara ku semalam dia orang last day datang bulan (dah pakat sama sama ek), so tak pergi ler Terawih. Ramai semalam orang kat Masjid Al-Hikmah, Kuang. Hari pertama biasala, makin lama makin susut ler tu. Aku akan cuba untuk tidak memontengkan diri. Itu azam aku, kecuali kalau terpaksa balik Kelang, atau berbuka kat luar, atau datang bulan. Harap harap berjaya. Tau semalam ada NUR KASIH, tapi dibandingkan dengan Terawih yang tak selalu datang kan, hari pertama lak tu. Ala cerita tu leh tengok kat YOUTUBE jer.

Cik Siti - Gambar pun ehsan google image ( kes malas nak tempek gambar)


Hari ini anak bujang dua orang sibuk nak berbuka kat Klang, anak dara lak nak berbuka kat Kuang. Aku ... tersepit. Tetiba jap tadi mak aku call, suruh berbuka kat rumah dia, sebab katanya dia masak banyak, dan Abang Long pun nak berbuka kat Kuang. Esok lah agaknya berbuka di Klang...

2 comments:

azieazah said...

Sian ACIK kita... berpuasa bersama anak-anak tanpa Encik Hashim yg bekerja nun jauh di sanun....

My Life My World said...

Hehehehehe....selamat berpuasa Kak AA. Apa apa pun hidup perlu diteruskan.