Sunday, September 27, 2009

BERAYA LAGI

7 Syawal @ Hari Raya Ke Tujuh. Hari ni tak kerja. Tapi totap kena bangun pagi. Solat Subuh, kejutkan seisi rumah Solat Subuh. Hari ni aku masak nasik lomak. Rindu ler, sebab dah lama tak dapat makan nasi lemak. Lepas makan lepak jap tengok 'The Nanny' di Channel Hallmark. Biar pun dah berulang kali tengok cerita ni, tapi aku tak penah ler jemu. Aku suka tengok sitkom dan movie yang kelakar. Paling tak suka tengok cerita perang, cerita sedih atau cerita hantu - sebab stresss dan tension. Tak suker sangat-sangat. Tapi kalau tertengok cerita Thriller tu layan ler jugak, then anak aku lak tension sebab mak dia penuh perasaan, macam macam bunyi aku buat sebab suspen sangat sangat. Hari ni ada undangan ke Pantai Dalam lagi, sebab Abang Ngah dan Kak Ngah buat sambutan "Birthday Fendi' yang ke Lapan. Dia pesan suruh datang sebelum pukul 2 ptg.





Seawal pukul 12.30 tengahari dah keluar rumah. Disebabkan tak sompek nak beli hadiah, bagi duit jer leh. Jem lah pulak kat depan Parlimen. Punyalah panjang, rupa-rupanya ada lak lori rosak kat situ. Gedebak gedebuk sampai Pantai 5 minit sebelum pukul 2 ptg. Macam VIP lak rasa, kita orang sampai jer, start upacara tiup lilin dan potong kek. Sedap Birthday kek Endi. Makanan yang Kak Ngah prepare pun sedap. Ada Kuih Jala, Spaghetti goreng, Nasi Himpit, Kuah Kari Ayam, Rendang Dendeng dan kuih muih.



Dalam perjalanan balik, kita orang sempat singgah Mid Valley/Gardens. Dah lama sungguh aku tak sampai sini., dekat setahun ada kut. Just pergi MPH dengan Toys'R'us jer. Kat MPH sempat merembat 3 novel. Dah lama tak beli dan baca Novel, yang pasti Kak Long ler suker, sure lers dia yang habis 'Khatam' dulu semua novel ni. Kat Toys'R'us, kita orang buat kerja giler. Entah hapa hapa, pantang nampak benda pelik sikit ambik gambar. Especially kat tempat topeng-topeng muka. And anak anak aku memang 'have a good time and fun here'. Tak beli satu habuk pun. Kak Long jer yang beli sebotol air mineral, sebab terlalu dahaga.



8 Syawal @ Hari Raya Ke Lapan. Bangun se awal pukul 5 pagi. Lepas solat sunat, terus ke dapur sebab nak masak kek. Nak bawak ke rumah yang jemput kita orang pergi 'Open House' hari ni. Tak masak sarapan hari ni. tapi anak anak mengidam nak makan 'Maggi'. Sebagai ibu yang baik hati (harus muntah darah korang dengan ayat ni), maka aku pun gigih ler masak air untuk rendam maggi. Macam ler berat sangat nak masak maggi kan. Mengada ngada sungguh mak dia. Tengok ler muka muka kemaruk rindu kat Maggi.


Then lepas kemas rumah. Maka bersiap pergi rumah Kak Zarah sepupu aku yang tinggal kat Kundang. Dia jemput orang datang seawal pukul 6 pagi. Sebab dia panggil orang masjid lepas Solat Subuh. So kira aku sampai pukul 11 pagi itu adalah dikira lewat ler jugak. Dia buat Nasi Lemak Kukus. Baru jer semalam makan nasi lemak. Tapi anak anak aku ni bukan kira, belasah jer, bertambah tambah lak tu dengan muka yang tanpa punya perasaan malu pun. Nasi lemak dia sedap giler. Hilman sampai nak tambah untuk kali ketiga. Ternyata dia buruk lantak, lupa nak baca Bismillah kut. Kenyang giler,walhal nak pergi another open house lagi lepas ni.




Perjalanan seterusnya adalah ke Bukit Rahman Putra, rumah Fatin kawan Kak Long dan Iqa. Dan sekarang dah jadi kawan aku juga, kan Fatin kan. Fatin nak kawan dengan auntie kan? Walaupun auntie ni macam Iqa gak suka buli buli fatin kan kan kan... Waktu ni dah ramai dah kawan anak-anak sampai. Seronok dia orang bila berjumpa, macam setahun tak jumpa, walhal esok dah nak sekolah lak tu. Budak lelaki yang aku kenal Fawwaz dan Ammar serta adik lelaki Susu. Budak pompuan lak ada Iman, Adrianna, Anisa dan Susu. Then kejap lepas tu Amri dan Anis pun datang.



Makanan pun sedap-sedap kat sini. Ada satay, mee kari, nasi impit. Alahai rugi lak makan banyak tadi. Slow-slow makan, share satay dan nasi impit dengan Aran. Lama sikit ambik sikit Mee Kari. Hilman, Iqa dengan Kak Long macam dah tak larat nak makan. Tapi sumpah Fatin, sedap sedap makanan kat umah awak. Balik terus rumah dalam pukul 2 macam tu. Sebab tak larat nak pergi mana mana. lagi pun esok dah nak sekolah. Kalau berjalan lagi mesti penat untuk preparation esok.


Bagi aku yang paling penting dalam hidup sekarang ni adalah bila dapat membuatkan anak-anak bahagia, sebab kebahagian mereka tu lah sebenarnya kebahagiaan aku. Dan adalah penting bercampur gaul dan mengenali kawan anak-anak dan mengenali keluarga mereka kalau berpeluang ler. Kita join sekali aktiviti mereka kalau boleh. Kawan anak-anak aku secara automatik menjadi kawan aku jugak. Tu yang kadang kadang lupa diri yang aku ni dah tua. Bila bersama dia orang ni, aku jadi kanak-kanak riang semula. Indah nya hidup... ;)

6 comments:

IXORAROXI said...

hidup memang indah..jemput datang beraya umah IX yang tak berapa nak indahler:D

My Life My World said...

Bila tu? Nanti datang IX tak ader. ;). Rumah Ix tak indah... indah jer tengok dalam gambar. Besor lagi. Sampai Imran tak abis jelajah lagi semua.

Norfatin Suraya said...

hahaa, betul betul (: saye asyik nak call teledera tapi smpai skrg nie tk call lagii, takpe masih boleh bertahan, hahaa. anyway, best oh auntie campur dgn kitorang, sporting gilagila, macam tk teras pulak auntie nie mak kawan saye, haha. and tenkiu sebab puji makanan, penat saya tolong, wahaha,

My Life My World said...

Fatin - bukan tolong masak kan. Tapi tolong hidang jer kan, lepas tu tolong makan. Hahahaha.

azieazah said...

Tumpang merasa bahagia dan indahnya hidup kengkawan..

Tapi kadang2 dalam keindahan suatu sudut, ada duka terselit di sudut dapur, kan? kan?

My Life My World said...

Kak AA - Salam Kak Azie, Selamat Hari Raya. Duka kalau nak datang tak kira tempat dan masa. Tapi apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti...