Sunday, March 14, 2010

AKADEMI FANTASIA DAH KEMBALI




Tadi baru jer nengok Tirai Akademi Fantasia 8 ... not bad. Aku rasa VOTE aku kali ni jatuh pada Maulana, Alif, Iwan dan Ain. Macam ler aku rajin votekan. Aku ingat dah masuk AF 8 ni, aku hanya buang duit aku hanya untuk satu sms jer kat Kaer Azami AF2 ... :) aaaaaaaaa..... satu lagi Mawi masa final, pun satu sms jer, sekarang ni rasa menyesal lak vote Mawi :( .... yang lain just vote dalam ati jer lah. Tak kuasa aku nak vote vote guna duit nih, memang dasar kedekut kan.


Kaer Azami suara dia memang best. Masa 1st Album keluar pun aku beli, ala yang ada lagu 'Izinku Pergi' tu. Aku yang jarang beli CD pun leh beli, demam kut aku masa tu. Mawi lak, maleh ler nak cerita ... huk huk huk. Sapa sapa yang tahu aku suka kat Mawi dulu mesti ejek aku sekarang, especially bebudak opis aku. Hish, tak baik tau korang nih (jeling mata)




Okay back to AF 8 ... rasa nyer kali ni mesti banyak 'Dance Music' kot, dah Pengetua nyer pun Norman KRU, so mesti banyak penyanyi yang dibentuk kearah macam Adam dengan Dafi. Tak per lah, sama sama ler kita nengok. Dan malam Sabtu aku sampai Mei ni aku duk depan TB ler nampak nyer, sambil menjadi juri tak bertauliah. Tak sabar dah ni nak nengok peserta feberet aku terpilih ke akhir ker tak :) Sama sama ler kita nantikan ... tunggguuuuuuuuuuuu...

10 comments:

Anonymous said...

salam ros, peminat setia AF.. mak cik tak pernah tenguk..tak boleh beri pendapat le..

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik, tak sesetia mana pun. Diari pun tak tengok. Selalu tengok konsert mingguan jer ;)

azieazah said...

ACIK ni macam sorang kakak kat ofis Kak Azie, sangat follow AF..

Kak Azie ni, kalu dah takda citer lain, baru ler ada hati nak tune ke channel AF ni..

dalam rumah AG ni kurang mendapat sambutan..

tapi sekarang Kak Azie minat gak kat Kaer tu, cuma tak pernah tengok dia masa AF..
Cuma MAWI tuh, sori to say, memang tak pernah minat langsung...

My Life My World said...

azieazah - AF memang kita fanatik la awal awal dulu. Tapi sekarang dah kurang, tengok Konsert Mingguan jer. Seronok bila berkumpul tengok ramai ramai dengan anak anak, lepas tu start ler semua kat rumah nak jadi juri ;)

azieazah said...

ACIK > kerana kita orang baru jer langgan Astro setahun lebih, tahun lepas dapat gak tengok AF wpun tak semua siri. Yang mana suara sedap tu, wajar dipuji. Berbakat sungguh..

Kadang2 tengok telatah jer pun jadilah. Cuma bila difikirkan, sayang sekali sebab depa ni ramai yang tak sambung belajar lagi lepas masuk AF, kan?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Akan bermulalah mengadap tv setiap malam minggu kan kak...

skang ni saya hanya mengadap tv jumaat malam sabtu jer @ tv3 10mlm..(mcm budak2 lak..)

saya pernah mengabiskan $$ gak kak; utk vote Zahid dulu..huhu.. skarang tak lagi.. lately ni cam suam2 kuku je AF ni..kita tengok tahun ni lak..

My Life My World said...

azieazah - nak menyanyi tu boleh tapi abis kan lah study dulu kan. Ini yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran ... lastly sapa susah, diri sendiri jugak kan ...

My Life My World said...

azrina3.7 - betul lah, dah tak ghairah sangat nak tengok AF sekarang, tak macam dulu dulu

Patut ler Kaer kalah Zahid menang, Rina pulun vote giler giler ghupanyer ek :)

IXORAROXI said...

opppsss!no comment, kang ramai pulak yg marah :D

My Life My World said...

ixoraroxi - :)