Thursday, March 18, 2010

CUTI SEKOLAH PENGGAL PERTAMA




Eh, ada ker main penggal penggal sekarang nih, ker pakai semester ? ... aku pun tak tahu. Banyak benar sistem persekolahan yang bertukar sekarang nih. Nasib baik anak anak aku pergi sekolah, kalau idak aku pun tak tahu bila cuti sekolah, bila mula sekolah, macam mana nak kira Gred untuk PMR dan SPM, maklum lah time aku dulu kira pakai Gred dan ada aggreget, time sekarang main A - Z jer. Hish... aku dah start melalut. Anak anak dah masuk hari ke 5 cuti, dah nak abis pun cuti dia orang .... aku baru nak cerita, sungguh ketinggalan keretapi.


Yang aku nak cerita ni kan .. sejak cuti, baru semalam rumah aku dah bergelap seawal pukul 9.30 malam. Aku bayar yer bil api aku, tiada tunggakan lagi. Semua tido AWAL!!! ... sebab apa? Ni nak cerita nih.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SUKA BEBENOR GUNA TITIK, NAK BAGI SUSPEN LER KONON :)






Adalah budak budak yang cuti sekolah ni, sebab terlalu leka dengan Internet dan PS2 maka mereka telah lupa melaksanakan kewajipan yang amat amat dituntut, dan terlupa dengan tugasan yang telah diberikan, dah naik berbuih mulut mak dia serupa kena sawan babi mengingatkan dia orang ni sebelum meninggalkan rumah ke tempat mencari rezeki. Mana mak dia tak naik hangin satu badan ... ha!!!! hambik kau, kan terus terkeluar ayat "Mulai hari ni sampai bukak sekolah jangan bukak Internet dan PS2". Terus bila tak ada aktiviti nak buat lagi, baru reti nak tidur awal dan berdisiplin.

Nasib baik ler anak aku semua mendengar kata, kalau tidak mahu aku tambah naik antu ;) Aku tak pernah pukul anak aku ... sekadar cubit dan dush dush manja tu adalah, tapi nak merotan sampai birat birat belum pernah seumur hidup aku. Aku selalu jadi TARZAN jer, memang suara aku cukup kuat sehingga membinggitkan telinga kalau aku dah start 'High Pitch' tu. Jangan ler ada suara yang cuba melawan, sebab nanti aku akan berleter tak berhenti henti sampai hati aku lega. Aku selalu ingatkan anak anak "Mak boleh jadi kawan yang paling memahami dan sekepala dengan korang, tapi mak juga boleh jadi sangat garang dan paling menyakitkan hati korang kalau korang tak dengar kata mak" ... itu lah aku.



Nasib ler korang dapat mak macam ni yang tak sama dengan mak orang lain kot. Aku tak boleh nak tegur dengan suara yang lembut dan meleweh leweh, aku cukup keras kalau marah. Teringat masa dia orang masih kecik lagi, waktu tu duduk berjiran. Kak Long pernah tanya aku "Mak ... mak tak malu ker kalau orang sebelah dengar mak marah marah kita orang" ... aku nak gelak pun ada gak, "Ha..ah ... mak tak malu pun, biar korang yang malu sebab korang ni nakal sangat, biar orang sebelah tahu" giler nyer aku. Aku rasa macam nak tuntut ILMU dengan Mak Cik Meriam jer ... boleh kan Mak Cik :)

Hari aku balik dari kerja ... Wah! rumah kemas, keliling rumah dan garaj tak banyak daun kering dan abuk, kain dah berangkat dan dah berjemur. Rumah bersapu ... mengaji secara berjemaah dah mula balik sejak semalam. Tak tahu lah berapa hari dia orang ni boleh bertahan ;) .... biasanya aku akan kembali menjadi Hammer dan dia orang manjadi paku semula selepas beberapa hari lagi, seharusnya seorang mak kan kena selalu ingatkan anak anak agar tak harus leka dan lupa diri ..... Emosi nyer post aku kali ni kan :)



8 comments:

lemongrass said...

Kak Acik,
I pun memang Mummy yg sgt garang! Tanyalah the girls and my hubby, memang diaorang akan setuju :-).
Tapi kan I rasa memang lah budak2 kena ada discipline, kalau tak, kita yg susah nanti kan.
Psst.. Memang baguslah kalau kita berbesan, wakakaka.

My Life My World said...

lemongrass - Salam LG :) ... Kalau kita ibu nyer tak membentuk dan mendisiplinkan mereka sapa lah lagi. Kalau anak buat salah, mesti kesalahan tu orang keliling akan letak pada ibu dan ayah nya juga, kata tak pandai nak ajar anak. Besar tanggunjawab kita nih ;)

Wah!!! suka nyer ati I dapat lampu hijau nak berbesan dengan you. Hahahaha, bakal Mak Mertua pun garang macam Mummy nyer jugak.

IXORAROXI said...

sabo sabo sabo :D

Mrs Taz said...

Sabar , sabar acik , budak2 tu masih muda jangan stress kan diorang sangat .. bg diorang enjoy masa kanak2 lagi ni .. ingat tak kita dulu ? time ni mana ada buat keje rumah .. (zia laa) bila dah besar ok pe hehe berdisiplin jugak , alaaa biasa la budak² sume sama , kat rumah tu 4 4 camtu jugak rumah memang tunggang langgang .. tp acik tau le zia ni tak kuasa nak marah² sangat .. pejam kan mata je. Jangan jadik tarzan selalu nanti diorang jadik lali ..telinga jadik tebal , tak laku suara tarzan acik tu bila diorang dah besar nnt. Sekali sekala tak pe hehe ;)

I love you ! muaaahhhs

Anonymous said...

salam ros,nampaknya kita sebakul n seliftlah dalam bab mendisiplinkan anak2/cucu2 ni.kalau ditanya who is the best in teh worldz/ jswapannya ialah papa/top papa.kenapa?kenapa..mak ciklah yg jadi tukang disiplinkan mereka..kalau buat salah, mereka akan diugut nanti rasalah kalau mama/tok mama tahu hehe..bab bangun pagi mak cik juga yg bersuara yalah kerana suara kita kan kuat n nyaring hahaha..bilang 1,2,3 dah bangun cuba tok papanya bilang sampai sepuluh pun dia orang buat dek je..jadi tak bolehlah berguru dengan mak cik sebab garang..tak guna saikolojoi tapi penamparlogi hehehe..

My Life My World said...

IXORAROXI - sabo ler nih, kalau tak sabar mahu masuk paper acik nih ... hahahaha ... ada lah yang terluka, tersiat, tercedera sampai kena masuk paper bagai.

My Life My World said...

Mrs Taz - memang dah sah sah acik ni tak ada kelembutan langsung macam Zia. Acik tak leh tahan kalau tengok benda bersepah atau anak anak yang dah start leka dan kureng ikut peraturan yang mak dia buat... Automatic jer ... suara akan terkeluar sendiri dengan volume yang tinggi... hehehehe.

Genatik kot, memang mak acik pun dulu gitu, ... sebab tu ler acik jadi orang ... tetiba nak salahkan genatik. Macam mana tu? ... hehehehe

I LOVE YOU TOOO ZIA !!!
Muah Muah Muah

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik ... saya dah agak,kita ni memang sekapal :), agak nyer anak anak saya nanti tak akan sayangkan saya ker :( Huwa!!!

Memang pun Mak Cik, sebelum saya balik kerja, anak anak saya akan call tanya mak balik pukul berapa, saya tahu ler trick dia orang, sebab last minute mak dia nak balik baru nak kemas rumah.

Kalau saya balik tersangat awal, dia orang akan berlari kutip semua barang yang bersepah dalam rumah ... sebelum mak dia jadi Tarzan.

Pernah dia orang tak letak kasut sekolah kat tempat sepatutnya, saya baling jauh jauh kasut dia orang tengah padang, nasib ler bila dia orang nak pergi sekolah, baru huru hara mencari :)