Sunday, March 7, 2010

TERPERANGKAP

Hari ni pepagi lagi hantar Kak Long ke tuition. Sepanjang jalan dari Sg. Buloh ke Kepong terjumpa dengan ramai pak polisi yang bersidai kat tepi tepi jalan sepanjang jalan ke Sg. Buloh. Cuak jugak hati aku nih. Dah ler area Sungai Buloh ni ada Penjara kan, mana lah tahu kut kut ada banduan ganaz yang terlepas ker hapa ker. Cit cit cit mintak dijauhkan. Kereta pepagi ni tak ler banyak seperti hari hari bekerja. Dari rumah ke Kepong ambik masa 15 minit jer. Hari ni aku tak pergi mana mana pun, sebab Iqa dan Hilman tak ngikut. Jadi lepas hantar Kak Long terus balik umah ... opppsss ... pembetulan, lepas makan nasi lemak sambil ditemani Aran dan beli paper baru balik umah.

Jadi nyer boleh ler buat kerja rumah dulu sementara nak tunggu ambik Kak Long semula pukul 11.30 pagi nanti. Kali ni tak ada sesapa yang tolong temankan aku, semua duk leka depan Komputer dan Laptop dan TV main PS2. Lepas geram sebab weekdays tak leh main. Kena ler ikut undang undang kan. Aran selalu merungut kata aku banyak sangat buat undang undang kat rumah. Dah tu kalau tak ada undang undang macam mana nak disiplinkan diri dan hidup jadi teratur kan. Nasib baik anak anak dah terbiasa dengan undang undang aku :) sebeno nyer dia orang ni takut, kalau tak ikut undang undang, mahu nak kena tadah telinga dengar mak marah dan membebel, tak pun kena terima hukuman tak leh nak main internet ke, tak leh pergi jalan jalan ker.

Masa ambik Kak Long sempat lagi singgah 'Guardian' beli Toiletries. Ada SALE you ... suker sangat ler akak nih, dah ler banyak barangan nak kena belikan. Yang tak patut beli, disebabkan Sale punyer pasal pun aku dah terbeli sama .... sungguh tak berhemah langsung. Keluar Guardian dengan hati yang berbunga sebab dapat beli barang yang dikehendaki. Aku cakap kat Kak Long, dalam perjalanan masa nak datang hambik dia ada banyak polis. Agak nyer ada orang besar nak lalu kut, tak pun ada orang nak buat Piket ker, Reformasi ker ... statement aku dah buat kak long la risau.


.

Lepas tu kat area Sri Damansara, jalan belah kanan aku nak hala ker Kuala Lumpur, tak ada kereta langsung, di ulangi ... tak ada kereta langsung. Lengang giler, nak baring sambil tidur berdengkur dengkur pun boleh. Kak Long dah suspen dah, aku lagi ler.


Tetiba ... aku baru teringat ... laaaaa, ini mesti pasal 'Le Tour De Langkawi' nak lalu. Apasal ler aku leh tak teringat dari awal lagi kan. Segala benda negative terkeluar dari kepala. And it's end up ... kami pun terperangkap kat atas jejantas kat Damansara Damai menghala ke Sg Buloh.


Best gak dalam hati nak tengok basikal lalu kan ... tak leh lepas peluang nih, dah memang tak leh lepas pun sebab dah keta dah kena blok semua arah... lagi pun kan Kejohanan ini dah diiktiraf sebagai Kejohanan Antarabangsa. Ramai sangat polis, kereta marshall basikal dengan ambulan dengan helikopter yang berlegar legar kat tempat kita orang terperangkap tu.


Bukan setakat terperangkap jer, siap semua orang keluar dari kereta lagi ... macam Pesta Sure Heboh TB3. Heran nyer tak ada yang marah pun, semua orang teruja kut ... ;) Lama jugak ler kita orang ter'stuck' kat situ. Sampai anak anak kat rumah dah call dua tiga kali, risau ler tu. Ker risau takut mak dia pergi shopping dengan kak long tak bawak dia orang ...ngeh ngeh ngeh.

9 comments:

azieazah said...

Nampak gaya macam kamera tu dibawa ke mana saja, kan? Beruntung, sbb dapat snap pic menarik tu tanpa disangka-sangka. Mesti orang lain jeles, kan?

My Life My World said...

azieazah - salam kak ... kebetulan tak bawak kamera pun masa tu. Yang ada hanya handphone. Itu pun bateri dah nak abis dan memory almost full. Gitu ler hasil nyer gambar di'snap' dari handphone :) lepas di edit kat Picasa

Anonymous said...

salam ros, undang2 dibuat demi kebaikan anak ka. diharap mereka akan faham nanti setelah mereka berjaya.
hahaha suspen betul mula2 membacanya.macam2 teka dalam hati, tentu aada banduan yg lari masuk rumah alih2 beruntung roa dapat melihat d'tour ..

IXORAROXI said...

Ix pun terserempak dengan LTDL tu masa hantar DAYAH untuk Ko-Ko, mujur dalam jalan kg, kes naya je, masa tu pakai tshirt buruk & track suit je, baby pun ada dalam keta, mujur lerr dia tak melepas :D

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kak..

saya pon tersangkut hari Ahad ari tu.. on the way nak gi Tesco Rawang. Nasib baik pergi ngan Adiq jer.. ramai betul pak polisi & rela bersidai dari BTP sampai ke Rawang.. pulak tu..kena tukar laluan.. pusing rawang town baru hala ke Tesco..

My Life My World said...

mohdandmeriam - Salam Mak Cik :) Betul kata Mak Cik, kita mengharapkan yang terbaik untuk anak anak kita, dan suatu hari nanti harap nyer mereka faham kenapa kita bertindak serupa itu.

Memang rasa bertuah sungguh, 2 tahun lepas lagi best, LTDL ni lalu depan rumah kami jer :)

My Life My World said...

IXORAROXI - Ix tak keluar kereta ke join kemeriahan tu? hehehehe ...

Kalau ler Imran melepas tak ker haru, tak dapat bayang kan. Bagus nyer dia, kecik kecik dah tahu bawak diri ;) tak nak susahkan mak dia yer

My Life My World said...

azrina03.07 - Salam Rina,perjalanan yang dekat dah jadi jauh kan. Macam akak terperangkap hampir satu jam tu.

Nasib baik dah ambik Kak Long, kalau idak mesti muncung kak long dah boleh ikat getah kot ...hahahaha

iDAN said...

Saya cuma sekali saja dapat tenguk masa lalu di Kajang ni, entah bila kurun nak lalu sini lagi;

Syok juga sesekali dapat tengu acara antarabangsa begitu kan..!