Saturday, October 24, 2009

LAGI LAPORAN TERTUNDA - RAYA DI HUJUNG SYAWAL

AHAD, 18 OKTOBER 2009 - 29 SYAWAL 1430 HIJRAH




Last Call for 'Raya' ... tak abis lagik. Puasa sebulan (as for acik, tak sampai pun sebulan), but raya nak lebih lebih lah pulak kan. Bangun pagi, seperti biasa masa untuk menyediakan sarapan. Hapa lagi, semalam kan banyak tapau lauk POT LUCK kat rumah Zia. Kerja paling mudah, panaskan haje. Mewah sarapan kita orang pagi ni, dan kenyang membawa ke Tengahari. Tu yang ada lambat sikit nak pergi Open House Rumah Amri. Sampai Amri dah siap siap SMS tanya nak sampai pukul berapa... hehehehe. Itu sebab perut dah kenyang, kalau perut lapar, mahu Amri tak sempat open table lagi dah terpacak kat depan umah dia :)


Sempat ler lagi ambik budak baju Pink nih... (Anis, auntie baru perasan, banyak betul baju pink Anis yer). Sampai umah Amri dalam pukul 3.15, wah ramainyer orang kat Rumah Tokeh Perabut Jati ni. Makanan pun banyak. Tapi dalam banyak-banyak makanan tu, kat Bread Butter Pudding dia lah yang aku rasa dulu. Masya Allah, punyer ler sedap giler. Sampai aku mintak resepi dia. Makanan-makanan lain adalah Roti Jala, Pengat Durian, Laksa, Nasi dengan berbagai lauk pauk ... aargghhhhh aku dah start lapar dah ni bila cakap pasal menu makanan. Hehehehe.


Ini gambar anak-anak aku selepas makan. Dah kenyang tu, tapi tak puas puas lagi makan Puding Roti yang sedap tu, sampai Amri pergi ambik kan lagi di dapur untuk bebudak nih. Dia orang makan share-share. Pose adik beradik ni di ambil kat dalam rumah Amri. Cantik rumah Amri, banyak betul perabut jati. Jelezzz seh Auntie. Nanti kalau dah boring ker dah nak tak nak pakai ke, dah nak buang ker, jangan lupa kat Auntie ye.




Haa, tu yang pakai baju belang-belang tu lah Amri. Budak lelaki yang paling rajin setakat ni yang Auntie jumpa. Kesian tengok dia, tak henti henti kerja, maklumlah kat rumah dia tak ada adik beradik pompuan. Tak duduk langsung, nasib baik sempat ambik gambar yang ni. Terima kasih yer Amri sebab sudi menjemput Auntie dan keluarga datang ke rumah awak. Selama ni, duk lalu jer depan rumah awak, boleh katakan hari hari lah lalu. Baru ler hari ni berpeluang singgah. Dalam pukul 4.15 petang gitu balik dari rumah Amri terus ke Klang...balik dari Klang about pukul 9.15 malam, aku punyer lah mengantuk giler. Sampai singgah tidur kat Restoran Jejantas Sg. Buloh. Ini mesti sebab banyak sangat makan kat rumah Amri... hahahahaha

4 comments:

^@mr!^ said...

Terima kasih auntie...
Jati tu kena beli lah...
hehehe..
kerja tu perkara biasa je auntie:-D

Norfatin Suraya said...

dengar makanan sedapp ni yg jeles tk pegi nii xD

IXORAROXI said...

kalau tak buat posting tertunda macam ni, sayang pulak cerita indah dan gambar2 tu kan?:D

My Life My World said...

Amri - Kekalkan kerajinan anda (Chewah, tetiba rasa sedang baca ulasan guru besar dalam report card pulak hahahaha)

Norfatin Suraya - Betul fatin, makanan dia sedap sedap banget, pendek cerita, rugilah kalau tak pergi :)

Ixoraroxi- Ialah Ix, tu yang banyak posting tertunda tunda tu. Tak ada masa nak update. Tak per lah, ini kan mcm journal saya, so nanti boleh refer balik tengok tarikh kejadian. Bila masa dan waktu berlaku ;)